Ubat Buasir dan Tips Rawatan di Rumah

Adakah anda sedang alami buasir dan sedang mencari ubat buasir yang sesuai? Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh berkembang akibat peningkatan tekanan pada rektum.

Oleh itu, adalah penting untuk anda merawatnya seawal mungkin.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

ubat buasir

Ubat Buasir Yang Mungkin Dicadangkan Doktor

Bergantung kepada tahap kesakitan atau masalah buasir yang dihadapi, pakar perubatan mungkin akan mengesyorkan ubat berikut :

1. Ubat Pelembut Najis

Mempunyai fungsi khas untuk melembutkan najis dan sebagai pelincir, ubat ini biasa diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah buasir bersama sembelit.

Dengan bantuan ubat ini, pesakit dapat kurangkan peneranan ketika membuang air besar.

2. Ubat-Ubatan Topikal

Ubat-ubatan topikal seperti krim atau supositori bertindak bagi mengawal serta melegakan simptom seperti kegatalan dan kesakitan buasir.

Ubat sebegini biasanya mengandungi pelbagai bahan aktif seperti ubat tahan sakit, steroid, antibiotik serta antiradang.

Meskipun begitu, ubat-ubatan topikal bagi merawat penyakit buasir masih diragui kerana kurangnya bukti saintifik yang menyokong keberkesanannya.

Di samping itu, ubat-ubatan topikal yang mengandungi steroid juga perlu digunakan atas nasihat daripada doktor kerana pengambilan steroid pada tempoh yang panjang boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit.

3. Flavonoid

Flavonoid pula merupakan ubat berasaskan tumbuhan yang dikatakan mampu mengukuhkan dinding salur darah vena serta mempunyai kesan antiradang terhadap buasir.

Memetik Medical News Today, sebuah kajian turut mendapati campuran sesetengah jenis flavonoid iaitu diosmin, rutin, hesperidin dan quercetin juga boleh dijadikan sebagai supplemen bagi mengatasi simptom buasir seperti pendarahan.

4. Fiber

Fiber atau serat merupakan sumber makanan yang penting bagi mengurangkan masalah sembelit. The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases turut mencadangkan pengambilan diet tinggi serat bagi melembutkan najis.

Namun, jika pesakit sukar tidak mendapatkan serat lengkap daripada diet, mereka juga boleh dapatkan supplemen serat yang ada di pasaran dalam pelbagai jenis bentuk seperti kapsul, minuman serbuk larut dan tablet.

5. Ubat Tahan Sakit

Bagi melegakan kesakitan akibat buasir, pesakit juga boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen.

Tips Rawatan Buasir di Rumah

Bagi kes buasir yang kurang serius, ia boleh diatasi dengan perubahan gaya hidup serta rawatan di rumah antaranya :

  • Amalkan diet tinggi serat
  • Elakkan meneran ketika membuang air besar
  • Elakkan mengambil masa yang lama di tandas
  • Jangan berlengah membuang air besar
  • Minum air kosong dengan banyak dan elakkan minuman beralkohol
  • Kurangkan pengambilan makanan rendah serat seperti daging merah, produk tenusu dan makanan berasaskan tepung putih.                  
  •  Lakukan mandian sitz iaitu mandian air suam di dalam tab mandi atau besen besar dengan keadaan lutut dibengkokkan selama 10 hingga 15 minit.
ubat buasir

Jangan malu untuk dapatkan bantuan bagi merawat buasir. Rawatan awal adalah sangat digalakkan bagi mencegah tahap buasir yang lebih teruk.

Berbanding buasir yang lebih besar terutamanya yang bengkak, gatal dan amat menyakitkan, ia sukar untuk hilang sendiri dan biasanya memerlukan rawatan yang lebih khusus.

Jika anda keliru untuk dapatkan ubat buasir di farmasi, anda boleh mendapatkan diagnosa dan nasihat daripada doktor.

Mereka dapat cadangkan ubat yang sesuai mengikut masalah buasir yang dialami.

Sumber : KKM, Medical News Today

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!