PERMOHONAN KURSUS TVET MARA SIRI PERDANA AMBILAN JULAI 2025 KINI DIBUKA!
Makluman penting, permohonan kemasukan untuk melanjutkan pengajian ke TVET MARA – KKTM, MJII & IKM bagi sesi pengajian Julai 2025 kini dibuka bermula 14 APRIL 2025 SEHINGGA 15 JUN 2025.
Dalam era ekonomi digital dan perindustrian yang berkembang pesat, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi tunjang kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam sektor-sektor strategik seperti automasi, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
Graduan TVET bukan sahaja mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih luas, malah berpeluang menyumbang kepada inovasi dan kemajuan negara.
Tingkatkan potensi kerjaya melalui pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang hebat!
Berikut adalah perincian informasi berkenaan dengan permohonan kemasukan bagi sesi pengajian Julai 2025 ini.
Baca juga:
Pengenalan TVET MARA
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.
Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.
Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.
Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri.
Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA – KKTM
- Simbolik Oval Emas: Sebuah institusi teknikal yang bertaraf dunia
- Simbolik Buku Tiga Bertindih: Peringkat pengajian di MARA bermula daripada peringkat sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah
- Simbolik Gear: KKTM adalah sebuah kolej berasaskan kemahiran
- Simbolik Percikan Api & Simbol Jangka lukis: Bidang Teknikal (TVET) mempunyai masa depan yang sangat cerah
- Simbolik Tiga Garisan Putih: KKTM menawarkan program-program dari peringkat asas, pertengahan dan tertinggi
MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE – MJII
Logo melambangkan
Perkongsian Teknologi Moden | Futuristic Robotik | Keyakinan | Energy
- M – MARA sebagai pemilik fasilitis dan pusat pendidikan
- J – Jepun sebagai sumber kepada teknologi
Logo melambangkan pemprosesan sumber manusia untuk tenaga mahir berteraskan industri berteknologi tinggi masa kini & hadapan.
- Huruf J Merah memayungi i – mencurahkan segala ilmu berdaskan teknologi
- Huruf I Biru tanpa dipayung J – Produk Ready (graduan) yang bersedia untuk memenuhi kehendak dan permintaan tenaga kerja berkemahiran & berteknologi tinggi
INSTITUT KEMAHIRAN MARA – IKM
Kenapa Perlu Pilih TVET MARA- KKTM, MJII & IKM?
1. Kebolehpasaran Tinggi
Dengan kebolehpasaran graduan melebihi 90%, kami membekalkan anda dengan kemahiran yang dicari dalam dunia pekerjaan. Tidak perlu risau, masa depan anda di tangan yang betul!
2. Latihan Praktikal Terbaik
Dapatkan pengalaman sebenar melalui latihan hands-on yang mempersiapkan anda untuk cabaran industri. Belajar sambil beraksi!
3. Kurikulum Terkini
Program kami sentiasa dikemas kini untuk memastikan anda mempunyai kelebihan di pasaran. Belajar apa yang diperlukan sekarang dan bersiap untuk masa depan!
4. Peluang Sambung Belajar
Graduan kami berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dalam dan luar negara, membuka lebih banyak peluang untuk karier yang lebih cerah!
5. Tenaga Pengajar Berpengalaman
Dapatkan bimbingan daripada pakar industri yang berpengalaman dan bersedia membantu anda mencapai matlamat!
Syarat Permohonan KKTM, MJII & IKM
Anda boleh semak syarat kemasukan mengikut program di peringkat Sijil dan Diploma di sini:
Peringkat Sijil
Peringkat Diploma
Cara Permohonan
- Permohonan kemasukan ke KKTM/MJII dan IKM Bagi Sesi Julai 2025 melalui UP TVET
- Permohonan kemasukan ke KKTM/MJII dan IKM Bagi Sesi Julai 2025 melalui SPUIPM
Permohonan Kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM bagi Julai 2025 boleh dilakukan secara dalam talian bermula 14 APRIL 2025 SEHINGGA 15 JUN 2025. di pautan berikut:
Tarikh-Tarikh Penting
Bil. | Perkara | Tarikh Mula | Tarikh Tamat |
---|---|---|---|
1 | Permohonan | 14/04/2025 | 15/06/2025 |
2 | Temuduga (Jika ada) | 02/06/2025 | 13/06/2025 |
3 | Tawaran Institusi Kepada Calon | 11/06/2025 | 20/06/2025 |
4 | Calon Setuju Terima Tawaran | 13/06/2025 | 22/06/2025 |
5 | Rayuan | 23/06/2025 | 16/07/2025 |
Tempoh Pengajian
Peringkat Sijil
- 24 Bulan (termasuk Latihan Industri)
- 36 Bulan (termasuk Latihan Industri) – Elektrik (Kuasa) sahaja
Peringkat Diploma
- 24 – 36 Bulan (termasuk Latihan Industri)
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai bertugas melalui :
- Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
- +60 3 2613 4258
- +60 3 2691 4510
- [email protected]