Tun Razak Exchange (TRX) dan Tarikan Menarik Padanya

tun razak exchange trx
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pusat beli belah di Tun Razak Exchange (TRX) baru sahaja dibuka dan sudah tentulah lokasi ini dikerumuni orang ramai setelah ianya tular.

Rakyat Malaysia pastinya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat beli belah ini yang menempatkan kira-kira 500 kedai serta beberapa lagi tarikan menarik untuk dikunjungi.

Daripada pusat beli belah, pelbagai pilihan restoran, taman rekreasi dan pelbagai tarikan menarik, anda pasti tidak akan bosan apabila berkunjung ke Tun Razak Exchange (TRX).

Latarbelakang TRX

Tun Razak Exchange, atau dikenali sebagai TRX ialah p proejk pembangunan 70 ekar oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk kewangan dan perniagaan antarabangsa.

Projek pembangunan ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kerana lokasinya di sepanjang Jalan Tun Razak.

TRX ialah pemboleh strategik Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan Malaysia.

Pelan induk projek mega ini merangkumi sejumlah 26 bangunan dan lebih 21 juta kaki persegi keluasan lantai yang merangkumi seluruh pejabat, kediaman, hotel, runcit, F&B dan banyak lagi.

Pemaju induk pembangunan Tun Razak Exchange ialah TRX City Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia.

Lokasi TRX

Tun Razak Exchange (TRX) erletak di pinggir timur pusat perniagaan Kuala Lumpur, diapit antara Bukit Bintang, Pudu, Cochrane, Kampung Pandan dan Ampang Hilir. Kelab Golf Diraja Selangor terletak di seberang Jalan Tun Razak, serta ibu pejabat negara RHB Bank dan Zouk KL.

Artikel menarik: KLCC Skybridge: Waktu Lawatan & Cara Beli Tiket Online

Tarikan menarik

Tun Razak Exchange (TRX) telah dibuka dengan kadar sewaan 95%, membuktikan reputasinya dan kepercayaan peniaga dengan potensinya.

Berikut merupakan beberapa tarikan menarik yang boleh anda nikmat di sini:

1. Pusat beli belah

Dikenali sebagai The Exchange TRC, pusat beli belah ini secara rasminya telah dibuka kepada pengunjung selepas perasmiannya pada 29 November 2023.

Pengunjung boleh menjangkakan destinasi membeli-belah, makan, riadah dan hiburan yang meriah kerana kadar penghunian semasa 95% yang mewakili lebih 400 kedai yang tersebar di 1.3 juta kaki persegi.

Dengan reputasi projek ini yang cukup megah, terdapat banyak kedai jenama antarabangsa yang turut membuka cawangan terbaru mereka di The Exchange TRX.

2. Restoran dan kedai makan

Di The Exchange TRC, anda boleh menjamu selera daripada pilihan makanan Jepun, Thailand dan pelbagai negara lain.

Amazonas, usaha niaga baharu oleh Kenny Hills Hospitality Group, turut memperkenalkan restoran atas bumbung Amerika Latin yang berkonsepkan bar, menawarkan hidangan perkongsian yang diilhamkan oleh rantau ini, masakan dengan api terbuka, koktel yang menyeronokkan dan pesta DJ lewat malam.

Pengalaman menjamu selera di taman juga akan disediakan dengan Shake Shack dan Kanbe Ramen membuka kedai di The Exchange TRX.

3. Taman rekreasi

Sebuah oasis bandar di tengah-tengah Kuala Lumpur, TRX City Park ialah taman atas bumbung seluas 4.05 hektar yang memperjuangkan biodiversiti dan kemampanan.

Boleh diakses oleh orang ramai, taman ini mempunyai kehijauan melata, kawasan permainan kanak-kanak, tarikan air pancut dan kawasan teduh yang indah yang membolehkan anda menikmati ketengan, makan di kawasan terbuka, menyertai acara komuniti dan melakukan aktiviti sukan dan riadah.

Sila klik pautan berikut untuk melihat Direktori di pusat beli belah The Exchange https://www.theexchange.my/dine/directory/?

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut