Advertisements

Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina 2023

Advertisements

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran kadar tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jelasnya, tol percuma tersebut akan bermula dari pukul 12.01 pada pagi 20 Januari (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu 21 Januari yang melibatkan semua jenis kenderaan.

Tol percuma ini diberikan bukan sahaja kaum Cina, tetapi kaum Melayu, India dan yang lain akan ikut serta bercuti dan meraikan semangat perpaduan.

Ia melibatkan semua kelas kenderaan dan implikasi kewangan kerajaan adalah sekitar RM40 juta. Semua rakyat Malaysia diingatkan agar berhati-hati di jalan raya dan kurangkan risiko kemalangan secara bersama.

Cadangan Waktu Perjalanan

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.

Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.

Panduan Menikmati Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina Di Lebuhraya PLUS

PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
    Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
    Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Sumber: PLUS Malaysia

Tips Elakkan Kesesakan Jalan Raya Di Waktu Puncak

Untuk mengelakkan kesesakan untuk balik kampung sempena perayaan ini, sila rujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di bawah:

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi untuk mengelakkan mereka daripada bertembung dengan perjalanan pengguna yang menghala ke destinasi yang lebih dekat pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Saranan tersebut diberikan berikutan jangkaan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan yang akan datang.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti,” jelas Datuk Zakaria, Ketua Pegawai Operasi, PLUS Malaysia Berhad.

Pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya. Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID.

Bacaan lanjut di: https://bit.ly/3CRACFR

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan.

Rujuk cara membuat tinjauan CCTV PLUS secara online : Cara Check Status Trafik Di Highway Secara Live. Boleh Elak Kesesakan!

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment