Setiap tahun, pasti ramai yang berazam untuk turunkan berat badan. Namun, azam ini selalunya terkandas di tengah jalan.
Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips kuruskan badan yang anda boleh cuba. Gerenti berkesan! Ayuh kita semak sama-sama.
9 Tips Kurus Yang Anda Boleh Cuba Untuk Turunkan Berat Badan
1. Elak Berlapar Terlalu Lama
Sekiranya perut dibiarkan lapar terlalu lama, badan anda akan memasuki fasa kebuluran. Ini seterusnya akan membuatkan anda cenderung untuk makan dalam kuantiti banyak dalam satu masa.
2. Makan Ikut Waktu
Selain berlapar terlalu lama, melangkau waktu makan juga boleh menyebabkan seseorang menjadi sangat lapar pada waktu makan seterusnya.
Apabila anda gabungkan waktu masa pada satu sesi, contohnya brunch (breakfast + lunch), anda jug akan cenderung untuk makan terlalu banyak.
Sebaiknya, anda perlu tentukan waktu makan yang tetap serta mudah diikuti setiap hari.
3. Pilih Makanan Tinggi Serat
Makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, malah ia juga boleh membuatkan anda rasa lebih kenyang tanpa memerlukan anda makan banyak.
Pada masa yang sama, ia turut membantu tubuh untuk :
- Mengawal paras gula dalam darah
- Mengurangkan pembentukan kolesterol
- Mengelakkan risiko kanser kolon
4. Ambil Buah-Buahan Sebelum Makan
Antara tips kurus lain yang orang sering amalkan ialah ambil buah sebelum makan hidangan berat.
Cara ini boleh membantu anda ‘mengisi’ sebahagian ruang kosong dalam perut.
Ini seterusnya dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih cepat. Anda juga akan cenderung untuk kurangkan sukatan makanan utama.
Namun, cara ini tidak sesuai untuk pesakit kencing manis.
5. Minum Air Kosong
Sekiranya di rumah tiada buah-buahan atau anda menghidap kencing manis, anda boleh minum air kosong sebelum dengan banyak sebelum makan makanan utama.
Cara ini juga dapat membantu anda ‘memenuhkan’ perut tanpa gula dan bebas kalori. Anda juga akan berasa cepat kenyang.
6. Kunyah Secara Perlahan
Disebabkan rutin harian yang padat, ramai orang tidak berkesempatan untuk makan secara perlahan-lahan.
Padahal, ia adalah satu tips kurus yang membantu untuk membuatkan seseorang mudah rasa kenyang.
Jadi, anda disarankan untuk ambil masa ketika makan supaya makanan dapat dikunyah dan hancur sebelum ditelan.
Cadangan waktu makan yang optimum adalah antara 20 hingga 30 minit.
7. Elak Makan di Depan Skrin
Pasti ramai di antara kita yang mempunyai habit untuk makan sambil melihat telefon, tablet atau TV.
Sebenarnya tabiat ini boleh mempengaruhi sukatan makanan yang diambil. Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa tabiat ini boleh membuatkan seseorang makan lebih daripada yang sepatutnya.
8. Gunakan Pinggan Yang Lebih Kecil
Untuk kurangkan berat badan, anda juga perlu bijak untuk ‘bermain’ dengan psikologi.
Jangan tak percaya yang penggunaan pinggan bersaiz kecil boleh membantu anda elakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
Sebuah kajian juga pernah membuktikan keberkesanan cara ini untuk membantu anda mengawal sukatan makanan.
Hasil kajian tersebut mendapati pertukaran daripada pinggan 12 inci ke 10 inci boleh membuatkan seseorang mengambil kalori sehingga 22% lebih rendah.
Jadi, anda bolehlah cuba gunakan pinggan yang lebih kecil selepas ini.
9. Disiplin
Ini adalah antara elemen yang paling penting bagi yang mahu mencapai berat badat ideal.
Motivasi anda untuk berdiet mungkin akan pudar dari semasa ke semasa. Jadi, anda perlulah kawal diri dan berdisiplin untuk dapatkan hasil yang diinginkan.
Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau video makanan yang anda nampak di TV atau media sosial.
Jangan pula selalu termakan pujuk rakan yang sering mengajak anda makan besar.
10. Elakkan Menghidang Makanan Atas Meja
Meja makan yang penuh dengan nasi dan pelbagai lauk pauk sememangnya boleh membuka selera. Ada kalanya, boleh jadi sampai rambang mata dibuatnya.
Jadi, jika anda ingin kawal pengambilan makanan, elakkan untuk hidang makanan atas meja.
Sebaliknya, ambil makanan yang anda hendak makan sahaja. Baki atau makanan lain boleh ditinggalkan di dapur.
Terdapat pelbagai tips kurus yang mudah untuk anda amalkan setiap hari. Dengan usaha, disiplin, dan amalan pemakanan yang sihat, anda pasti dapat kurangkan berat badan.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk capai berat badan yang diinginkan. Selamat mencuba!
Sumber : Facebook Nutritionist KKM