Permohonan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz & SABK Ambilan 2022

PERMOHONAN KE TINGKATAN 6 (ALIRAN TAHFIZ) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) AMBILAN TAHUN 2022  

Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK

Semua lepasan SPM 2021 sekolah KPM dan Sekolah Swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz dan Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK).

Senarai pusat Tingkatan Enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz adalah seperti berikut:

  1. SMK Agama Putrajaya
  2. SMK Agama Kedah
  3. SMK Agama Kerian
  4. SMK Agama Maahad Muar
  5. SMK Agama Tok Bachok
  6. SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
  7. SMK Agama Kota Kinabalu
  8. SM Imtiaz YT Kemaman
  9. SMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab
tingkatan 6 tahfiz

Syarat Permohonan

Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/ Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
  4. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Usul al-Din/ Al-Syariah/ Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/ Turath al-Quran dan al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah dan;
  5. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu’asirah / Al-Adab wa al-Balaghah/ Turath Bahasa Arab dan;
  6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.
  7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Tarikh Tutup Permohonan

23 Jun 2022

Cara Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz & SABK

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfudl-5ma99EMw0SqkjdrD7g_vNWR8CGuD4L6mLz04EMgGzeQ/viewform

Baca juga:

Info Lanjut

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri melalui laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri yang dimohon.

Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 14 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022.

Johor : No Tel : 07-2310071
Emel : [email protected]

Perak : No Tel : 05-5015000
Emel : [email protected]

Kelantan : No Tel : 09-7418057
Emel : [email protected]

Sabah : No Tel : 088-513436
Emel : [email protected]

Kedah : No Tel : 04-7404273
Emel : [email protected]

Putrajaya : No Tel : 03-88890087
Emel : [email protected]

Negeri Sembilan : No Tel : 06-7653621
Emel : [email protected]/

Terengganu : No Tel : 09-6221733/09-6213326
Emel : [email protected] / [email protected]

Sarawak : No Tel : 082-473775
Emel : [email protected]

Baca juga: Cara Tebus Minuman Chatime Percuma Untuk Pelajar SPM 2021 & Diskaun 50%

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!