Timun Jepun : Kandungan Nutrisi dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Timun Jepun digemari ramai kerana rasanya yang lebih rangup dan tidak terlalu berair berbanding timun biasa.

Ia juga boleh dibezakan dengan mudah melalui kulitnya yang berwarna hijau gelap dan bentuknya yang lebih panjang iaitu 15 hingga 30 cm.

Rasanya juga dikatakan lebih manis dan kurang kelat. Ini menjadikannya sesuai untuk dinikmati dalam pelbagai cara termasuk dimakan mentah sebagai ulam, salad dijadikan jeruk, acar dan sebagai ramuan dalam penghasilan sushi.

Di sebalik keenakan sayuran ini, apakah khasiat yang terkandung di dalamnya? Ayuh kita semak bersama-sama.

timun jepun
Sumber : Facebook Dr Rizal Abu Bakar

Kandungan Nutrisi

Secawan timun Jepun (142 gram) boleh membekalkan nutrisi seperti berikut :

NutrisiKandungan
Air137 g
Kalori17
Protein0.8 g
Karbohidrat3.1 g
Serat1.0 g
Kalsium19.9 g
Zat besi0.3mg
Magnesium17 mg
Fosforus29.8 mg
Kalium193 mg
Vitamin C4.5 mg
Vitamin K10.2 mcg

Kelebihan dan Khasiat Timun Jepun Untuk Kesihatan

Sumber Hidrasi Tubuh

Bagi setiap 100 gram, sayur ini mengandungi kira-kira 95% kandungan air.

Ini menjadikan timun Jepun sesuai untuk dimakan bagi memenuhi keperluan air untuk tubuh dan mengelakkan dehidrasi khususnya ketika cuaca panas.

Mengawal Gula Dalam Darah

Timun Jepun juga merupakan antara sayuran yang sesuai untuk diamalkan bagi pesakit diabetes.

Sebuah kajian terhadap haiwan mendapati bahawa ekstrak kulit timun ini boleh menstabilkan paras gula dalam darah.

Di samping itu, terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa timun ini mempunyai fungsi pelindung dengan membantu menurunkan tekanan oksidatif yang boleh menjurus kepada komplikasi berkaitan diabetis.

Mencegah Pertumbuhan Sel Kanser

Sebuah kajian menunjukkan timun Jepun mengandungi antioksidan yang terdiri daripada flavonoid dan tanin.

Dua elemen ini didapati memainkan peranan dalam menghalang aktiviti radikal bebas dalam tubuh.

Tekanan oksidatif yang tidak dihalang juga sering dikaikan dengan pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser, penyakit autoimun, penyakit jantung dan kencing manis.

Satu artikel juga menunjukkan bahawa timun ini mengandungi sebuah komponen iaitu cucurbitacin.

International Journal of Health Services menyatakan komponen ini berpotensi dalam mencegah pembiakan kanser serta kerosakan sel dalam tubuh.

Menguatkan Ketumpatan Tulang

Siapa sangka timun ini mempunyai khasiat dalam mengekalkan kesihatan tulang?

Secawan timun Jepun segar boleh membekalkan sehingga 10.2 mikrogram vitamin K. Ini sudah boleh memenuhi kira-kira 8 hingga 10% keperluan vitamin K harian.

Selain vitamin K, timun ini turut mengandungi kalsium yang diperlukan oleh tubuh bagi melindungi ketumpatan tulang.

Melancarkan Sistem Penghadaman

Selain mempunyai kandungan air yang tinggi, sayuran ini juga kaya dengan khasiat serat.

Ini membuatkan ia sesuai untuk diamalkan bagi melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit.

Pada masa yang sama, timun ini juga mengandungi pektin iaitu serat larut yang boleh merangsang pergerakan usus.

Sebuah kajian yang melibatkan 80 orang pesakit sembelit turut mendapati pengambilan pektin dalam diet membantu dalam melancarkan pergerakan otot usus serta meningkatkan pembiakan bakteria baik dalam usus.

Melindungi Kesihatan Jantung

Di samping membantu melancarkan sistem penghadaman, American Heart Associate juga menyatakan bahawa diet tinggi serat dapat membantu mengawal paras kolesterol serta mencegah masalah jantung.

Ini membuatkan timun Jepun sesuai untuk diamalkan bagi pesakit jantung.

Timun Jepun yang tidak dikupas didapati mampu membekalkan satu lagi mineral penting bagi pesakit jantung iaitu kalium.

Tak hanya itu, malah diet rendah sodium dan tinggi kalium juga sering dikaitkan dengan penurunan tekanan darah tinggi.

Mempunyai Sifat Antiradang

Timun Jepun juga dikatakan mempunyai sifat antiradang bagi melindungi sistem imuniti tubuh daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan depression.

Baik Untuk Kesihatan Wajah

Timun Jepun juga sering menjadi bahan semulajadi yang sering digunakan dalam menghasilkan produk kecantikan kulit.

Sebuah kajian mendapati ekstrak timun Jepun mempunyai potensi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dengan nilai SPF yang agak memberangsangkan.

Oleh sebab itulah ramai yang menggunakan timun untuk menyejukkan kulit dan mencegah sunburn.

Selain itu, ekstrak jus sayuran ini juga turut menunjukkan aktiviti anti-hialuronidase serta anti-elastase bagi mencegah serta memperlahankan penuaan serta kedutan kulit.

Sebagai Toner dan Masker Semulajadi

Tak hanya enak dimakan begitu sahaja, malah timun Jepun juga sesuai untuk dijadikan sebagai toner semulajadi.

Ini disebabkan oleh sifat astringen dalam sayuran ini yang dikatakan boleh mengecutkan pori serta mengurangkan masalah kulit berminyak.

Cara untuk hasilkan toner timun adalah cukup mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah kisar dan tapis timun untuk dapatkan jusnya.

Kemudian, sapukan pada wajah yang telah dicuci. Biarkan selama 30 minit kemudian bias.

Anda juga boleh gunakan jus timun dan campurkannya dengan yogurt asli untuk dijadikan masker.

Masker ini dikatakan berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering dan bintik hitam.

timun jepun
Sumber : lifeberrys.com

Siapa sangka bahawa timun Jepun yang kita sering jadikan ulam sampingan ini mempunyai banyak kebaikan kepada dalaman dan luaran tubuh.

Ia juga sangat mudah dijumpai di pasaran dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Selain itu, sayuran ini juga boleh dinikmati oleh individu dengan masalah kesihatan seperti diabetes dan sakit jantung tanpa sebarang masalah.

Sumber : Facebook Dr Rizal Abu Bakar, Medical News Today, National Library of Medicine (1), (2)

Bantu kami share artikel ini: