Tiktok Awards Malaysia kembali lagi pada tahun 2024 setelah julung-julung kalinya, dianjurkan pada tahun 2023.
Pengajuran pada tahun 2024 ini merupakan edisi kedua majlis anugerah gilang-gemilang ini yang merupakan acara tahunan.
Lebih menarik, Khairul Aming, yang dinobatkan sebagai Creator of The Year tahun lepas, telah dilantik sebagai salah seorang juri utama untuk TikTok Awards Malaysia 2024 bagi memilih pemenang untuk segmen Pilihan Juri.
Tarikh Undian Tiktok Awards Malaysia 2024
Undian bakal dibuka untuk orang ramai di aplikasi TikTok dengan carian “TikTok Awards” bermula 25 Julai dan akan berakhir pada 9 Ogos!
Live Streaming / Siaran Langsung TikTok Awards Malaysia 2024
TikTok Awards Malaysia 2024 bakal menggegarkan pentas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur. pada 11 Ogos 2024.
Anugerah berprestij ini akan bersiaran secara langsung pada jam 9:00 malam.
Orang ramai yang ingin menyaksikan siarah langsung anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 ini boleh menonton siaran langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.
Penonton boleh menantikan malam yang penuh bintang, bermula dengan gandingan dinamik Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai hos rasmi.
Untuk majlis pada tahun ini, antara barisan selebriti dan pencipta cemerlang akan menyerikan pentas, termasuk Khairul Aming, Ryan Bakery, Sofyank, Goh Liu Ying, Fazura dan Shukri Yahya, yang akan menyampaikan anugerah kepada pemenang yang layak.
Artikel berkaitan: Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Secara Percuma
Senarai Kategori Dipertandingkan
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan menerusi dua segmen utama iaitu segmen Pilihan Juri dan Pilhan Popular.
Bagi kategori Pilihan Juri, calon dipilih berdasarkan satu set kriteria dan dinilai oleh panel eksekutif, termasuk Khairul Aming, pengurus besar TikTok untuk operasi kandungan Asia Tenggara Angga Anugrah Putra dan ketua pegawai eksekutif Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios Nini Yusof.
Panel eksekutif ini akan menilai setiap pencipta berdasarkan kategorinya, seperti Hiburan, Animasi, Permainan, Makanan, Pendidikan, Sukan dan Kecantikan dan Fesyen.
Untuk segmen Pilhan Popular, TikTok sekali lagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kegemaran mereka.
Undian awam untuk lima kategori (Pencipta Tahunan, Selebriti Tahunan, Video Tahunan, TikTok Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year).
Majlis anugerah tahun ini akan memperkenalkan anugerah baharu, Changemaker of the Year.
Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta.
Untuk kategori Pilihan Peminat, anda boleh menghantar undi untuk artis pilihan anda melalui halaman khas di Tiktok – Klik Sini
Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):
- Creator of the Year
- Celebrity of the Year
- Video of the Year
- TikTok LIVE Creator of the Year
- TikTok Shop Creator of the Year
Pilihan Juri (Judge Pick):
- Entertainment Creator of the Year
- Animation Creator of the Year
- Gaming Creator of the Year
- Education Creator of the Year
- Food Creator of the Year
- Sports Creator of the Year
- Beauty & Fashion Creator of the Year
Artikel berkaitan: Cara Daftar TikTok Affiliate Program Malaysia
Senarai Calon
Berikut merupakan senarai calon untuk pelbagai kategori Tik Tok Awards Malaysia 2024 bagi kategori Pilihan Juri yang dipertandingkan:
Entertainment Creator of the Year
Animation Creator of the Year
Gaming Creator of the Year
Education Creator of the Year
Food Creator of the Year
Sports Creator of the Year
Beauty & Fashion Creator of the Year
Berikut merupakan senarai calon untuk pelbagai kategori Tik Tok Awards Malaysia 2024 bagi kategori Pilihan Peminat yang dipertandingkan:
Creator Of The Year
Celebrity of the Year
Video of the Year
- aishahrahim07 – Ahshoka Trend
- nazrulfaiz88 – Graphic Art
- agy.official – Alamak Raya Lagi Trend
- msqiwiie – Campus Life
- amsyar_leee – Singing Cover
- theblacksyndicatemy – Cars and Motorvehicles
TikTok LIVE Creator of the Year
TikTok Shop Creator of the Year
TERKINI: Senarai Pemenang Tiktok Awards Malaysia 2024
Berikut merupakan senarai pemenang TikTok Awards Malaysia 2024:
Anugerah Pilihan Juri
- Creator of the Year – @chesayang_kitchen
- Celebrity of the Year – @bellaastillah_94
- Video of the Year – @agy.official
- TikTok LIVE Creator of the Year – @acaps19
- TikTok Shop Creator of the Year – @yang (Pinnyang)
- Changermaker of the Year – @braderwheelchair & @lokopunohgroup
Anugerah Pilihan Peminat
- Entertainment Creator of the Year: kanafly
- Animation Creator of the Year: yimotapir
- Gaming Creator of the Year: kingshahx
- Education Creator of the Year: aminxabid
- Food Creator of the Year: tang_guo12
- Sports Creator of the Year: amaranas_
- Beauty & Fashion Creator of the Year: aishahrahim07
Penutup
Tiktok Awards Malaysia 2024 diadakan adalah untuk menghargai bakat-bakat pempengaruh (influencer) popular di Malaysia yang berjaya membina ‘nama’ dan memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya.
Semoga kejayaan yang dicipta berjaya menjadi sumber insipirasi orang ramai di luar sana untuk sentiasa mencuba dan berusaha dengan konsisten untuk memperolehi kejayaan.