Cara Pembelian & Harga Tiket Taman Tema Escape di Penang bagi Tahun 2025!!
Bagi anda yang ingin mengunjungi taman tema gergasi popular Malaysia iaitu Escape Theme Park, berikut kami kongsikan cara pembelian tiket dan harga tiket bagi tahun 2025.
Kami juga akan kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan taman tema ini, bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lebih lancar. Oleh itu, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Escape, Penang
ESCAPE Penang adalah taman tema yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia. Dikenali sebagai destinasi hiburan luar yang menggabungkan konsep permainan tradisional dengan elemen moden.
Taman Tema ESCAPE di Penang ini telah dibuka sejak tahun 2012 dan telah menjadi salah satu tempat menarik untuk pelancong dan penduduk tempatan yang gemar akan aktiviti lasak atau ekstrem.
Konsep “Low Tech, High Fun” yang ditekankan oleh Sim Leisure Group pemilik ESCAPE Penang ini, menekankan pentingnya permainan aktif dan interaksi sosial, yang mempu menjauhkan pengunjung mereka dari ketergantungan kepada teknologi.
Baca juga: Pulau Pinang – 10 Destinasi Percutian Wajib Jika Anda ke Sini!
Lokasi & Waktu Operasi
Bagi anda yang berminat untuk ke taman tema gergasi popular di Pulau Pinang ini, anda boleh mengunjungi taman tema ini di alamat berikut:
828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Bermula 1 Oktober 2024 yang lepas, hari taman tema Escape ini beroperasi telah mengalami sedikit perubahan. Sebelum ini, taman tema ini akan ditutup pada hari Isnin bagi proses peselenggaraan. Tetapi sekarang, anda boleh ke taman tema ini pada bila-bila masa sahaja.
Cuma waktu operasi sahaja yang tidak mengalami sebarang perubahan, iaitu daripada 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merancang lawatan anda bagi memaksimumkan pengalaman anda sewaktu di Taman Tema Escape ini nanti.
Harga Tiket Escape 2025
Berikut merupakan harga tiket terkini bagi Escape, Penang. Harga tiket ini berbeza bagi pengunjung yang hanya ingin melakukan aktiviti selama 1 hari dengan pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan BASE Camp (2D1N):
- 1 HARI
- BASE Camp (2D1N)
*NOTA:
- [Free*] Percuma jika ditemani tetamu yang membayar. ID foto diperlukan di pintu masuk untuk menerima tiket.
- Harga tiket adalah tertakluk kepada 5% cukai hiburan kerajaan negeri
Cara Pembelian Tiket Escape
Untuk pengetahuan anda yang berminat untuk mengunjungi Escape, Penang ini, pembelian tiket adalah secara atas talian sepenuhnya.
Anda boleh mengikuti cara di bawah untuk membeli tiket taman tema ini:
- Pergi ke portal rasmi ESCAPE.
- Tekan butang Buy Ticket di bahagian atas skrin anda, dan pilih Escape, Penang.
- Pilih taip tiket yang bersesuaian dengan kehendak anda.
- Pilih dan masukkan tarikh percutian anda.
- Masukkan nama dan alamat emel anda.
- Tekan butang persetujuan di bahagian bawah.
- Tekan butang “Check Out” dan lakukan pembayaran.
- Kemudian anda perlu lengkapkan segala maklumat yang diinginkan.
Aktiviti Menarik yang Boleh Anda Cuba
Berikut merupakan beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan oleh Escape Penang, bagi pengunjung mereka:
1. Gelongsor Tiub Air
Escape Penang memegang rekod untuk gelongsor air terpanjang di dunia. Dengan panjang mencecah 1,111 meter, gelongsor ini menawarkan pengalaman yang sangat mengujakan buat pengunjung mereka.
Gelongsor tiub air ini sesuai untuk pengunjung berumur 4 tahun ke atas dengan berat di antara 40kg hingga 120kg.
2. Zip Coaster
Selain gelongsor tiub air, Taman Tema Escape di Pulau Pinang juga menawarkan perkhidmatan Zip Coaster terpanjang di dunia iaitu panjangnya mencecah hampir 1.135 kilometer.
Pencapaian luar biasa ini menjadikan Escape Penang satu-satunya taman tema di Malaysia yang memiliki dua rekod dunia.
3. High Rope Courses
High Rope Courses di Escape Penang merupakan salah satu tarikan utama yang menawarkan cabaran dan keseronokan untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak. Aktiviti ini direka untuk menguji keberanian, keseimbangan, dan ketangkasan peserta.
Berikut adalah beberapa contoh High Rope Courses yang boleh anda temui di Escape Penang:
- Monkey Business: Laluan ini memerlukan peserta untuk melompat daripada satu platform ke platform yang lain menggunakan tali yang tergantung. Terdapat beberapa level mengikut tahap kecergasan anda.
- Gecko Tower: Aktiviti ini melibatkan pendakian menara setinggi beberapa tingkat menggunakan pelbagai teknik seperti memanjat dinding, menyeberangi jambatan tali dan meluncur menggunakan zipline.
- Airbag Jump: Cabaran ini memerlukan peserta untuk melompat dari ketinggian ke atas beg udara besar.
- Atan’s Leap: Ini adalah aktiviti ‘leap of faith’ di mana peserta perlu melompat dari platform tinggi untuk mencapai trapeze yang tergantung di udara.
4. Waterplay, Escape Penang
Waterplay di Escape Penang merupakan salah satu tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan. Taman air ini menawarkan pelbagai jenis gelongsor air, kolam renang dan permainan air yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
Antara tarikan utamanya adalah:
- Banana Flip
- Tubby Rapids
- Mega Drop
- Play House
- Lazy River
- Speed Racer
5. Dry Ski Slope
Dry Ski Slope di ESCAPE Penang membolehkan pengunjung merasai pengalaman meluncur seperti di resort ski tetapi dalam persekitaran tropika yang unik. Melalui aktiviti ini, anda berpeluang untuk mencuba sukan musim sejuk tanpa perlu melancong ke negara luar negara.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya, ia pasti memberikan kenangan anda yang tidak dapat dilupakan!