TESP MARA 2024/2025: Program Penajaan Pengajian Tertiari

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP MARA 2024) Kini Dibuka!

MARA mengalu-alukan pelajar lepasan asasi/STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP).

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang TESP MARA 2024/2025 dan cara membuat permohonan.

Apakah TESP MARA 2024?

TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Syarat Kelayakan

Syarat Umum

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  • Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.

Baca juga: Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 26 November sehingga 05 Disember 2024.

Cara Permohonan TESP MARA 2024

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA pada tarikh yang dinyatakan.

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohoanan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗔𝗥𝗜 (𝗧𝗘𝗦𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!

MARA mengalu-alukan seluruh pelajar lepasan asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ A-Level/ International Baccalaureate (IB)/ STAM/ STPM untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut kursus terpilih dalam negara sahaja.

Tarikh permohonan adalah dibuka bermula 26 November (Rabu) hingga 5 Disember 2024 (Khamis).

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 26 November sehingga 05 Disember 2024.

Semakan Status TESP MARA 2024

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup
permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus merujuk ke pautan rasmi MARA di pautan berikut: https://www.mara.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut