Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025

Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025. TBG akan menjadi hab pengangkutan utama untuk perjalanan ke Pantai Timur serta laluan Utara-Selatan. 

Terminal ini akan menempatkan pelbagai perkhidmatan bas yang menuju ke destinasi di Pantai Timur, termasuk Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: ECRL – Latarbelakang Projek, Jajaran, Jangkaan Siap

Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) atau sebelum ini dikenali sebagai Terminal Bersepadu Timur (TBT) dijangka akan dibuka dan beroperasi secara rasminya pada 16 Februari 2025 ini. 

Terminal ini terletak strategik di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan dengan Plaza Tol Gombak dan Stesen LRT Gombak. Semua bas ke Pantai Timur akan berlepas dan tiba di terminal baru ini. 

TBG akan menjadi pusat pengangkutan penting untuk perjalanan ke Pantai Timur serta laluan Utara-Selatan di Semenanjung Malaysia. Ia akan menempatkan pelbagai perkhidmatan bas yang menuju ke destinasi di Pantai Timur, termasuk Pahang, Terengganu dan Kelantan.

@terminalbersepadugombak

Penantian anda kini berakhir! Terminal Bersepadu Gombak akan dibuka secara rasmi pada 16 Februari 2025 🎉🎊 Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa. Ikuti media sosial kami untuk info terkini #terminalbersepadugombak #tbg #akandibuka #openingsoon #busstation #busterminal #gombak

♬ original sound – Terminal Bersepadu Gombak – Terminal Bersepadu Gombak

Selain perkhidmatan bas, TBG juga dirancang untuk menjadi titik keberangkatan bagi tren East Coast Rail Link (ECRL) pada masa hadapan. Ini akan menjadikan TBG sebagai hab pengangkutan bersepadu yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan termasuk bas, tren LRT, dan ECRL.

Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025
Facebook Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

TBG mempunyai konsep dua tingkat untuk pengangkutan awam dan lima tingkat untuk lot perniagaan.

Pembukaan TBG ini merupakan penyelesaian kepada isu tertangguh selama beberapa tahun, di mana sebelum ini bas ke Pantai Timur terpaksa menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan sebagai lokasi sementara. 

Dengan adanya TBG, perjalanan ke Pantai Timur akan menjadi lebih mudah dan efisien bagi penduduk Lembah Klang khususnya. 

Tarikh Rasmi Beroperasi

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025. Tarikh ini telah diumumkan oleh pihak pengurusan terminal melalui laman rasmi mereka. 

Sebelum ini, terdapat beberapa tarikh yang pernah disebut untuk pembukaan TBG seperti Mei dan Jun 2024. 

Walau bagaimanapun, tarikh-tarikh tersebut telah ditangguhkan, dan kini 16 Februari 2025 telah ditetapkan sebagai tarikh rasmi operasi TBG.

Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025
Facebook Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

Lokasi dan Akses

TBG terletak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan dengan Plaza Tol Gombak.

Pembukaan TBG ini merupakan penyelesaian kepada isu tertangguh selama beberapa tahun, di mana bas ke Pantai Timur sebelum ini terpaksa menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan sebagai lokasi sementara.

Fungsi 

Terminal Bersepadu Gombak, Beroperasi Mulai 16 Feb 2025
Facebook Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan memudahkan perjalanan ke destinasi di Pantai Timur dengan beberapa cara:

1. TBG akan menjadi pusat pengangkutan utama yang menghubungkan perjalanan ke utara, selatan dan pantai timur.

2. Terminal ini akan menawarkan lebih daripada 400 perjalanan bas sehari bagi melancarkan akses ke destinasi di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

3. TBG akan disambungkan dengan Stesen LRT Gombak untuk memudahkan pengguna dari pelbagai arah untuk mengakses terminal ini. 

4. TBG akan menjadi titik keberangkatan untuk tren East Coast Rail Link (ECRL) yang akan menawarkan perjalanan lebih cepat dan selesa ke destinasi seperti Kota Bharu dan kawasan-kawasan lain di pantai timur. 

5. Pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka siap sekitar Disember 2026. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut dan info terkini, anda boleh ikuti Facebook Terminal Bersepadu Gombak (TBG)

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik di Terengganu 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut