Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) 2023

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) 2023 adalah kejohanan pertama Jelajah Dunia BWF 2023.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan kebenaran daripad Badminton World Federation (BWF).

Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini juga secara rasmi dikenali sebagai PETRONAS Malaysia Open 2023 kerana secara rasminya ditaja oleh PETRONAS.

Sejarah penganjuran

Terbuka Malaysia 2023 dan merupakan sebahagian daripada kejohanan Terbuka Malaysia.

Kejohanan ini mempunyai sejarah yang panjang dan telah dianjurkan sejak 1937, yakni sebelum Merdeka lagi!

Terbuka Malaysia merupakan kejohanan badminton yang biasanya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kejohanan ini telah diadakan sejak 1937 dan telah berlangsung di beberapa venue berlainan seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Selangor.

Kejohanan ini tidak diadakan dua kali: dari 1942 hingga 1946 disebabkan oleh Perang Dunia II dan 1967 ke 1982.

Ia menjadi salah satu daripada Kejohanan BWF Super Series mulai 2007, dan dikenali sebagai Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia.

Kejohanan ini telah dinaik taraf kepada kejohanan Super 1000 dari 2023 dan seterusnya.

Lokasi dan Malaysia Open 2023

Untuk Terbuka Malaysia 2023 kali ini,  akan berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur, Malaysia dari 10 hingga 15 Januari 2023.

Peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM40 hinga RM600 yang boleh diberi secara dalam talian.

Kejohanan ini sentiasa menjadi tumpuan saban tahun kerana dibarisi oleh barisan pemain terbaik dunia.

Hadiah ditawarkan

Kejohanan yang kini berstatus Super 1000 ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$1,250,000.

Jumlah keseluruhan wang tunai ini akan diagihkan kepada setiap pemenang mengikut peraturan BWF seperti yang berikut:

Senarai pemain Malaysia

Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Liew Daren

Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei

Beregu Lelaki – Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Man Wei Chong/Kai Wun Tee

Beregu Wanita – Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing

Beregu Campuran – Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari Prospektus Rasmi dalam laman BWF di pautan berikut: https://extranet.bwfbadminton.com/docs/events/4699/docs/PETRONAS%20Malaysia%20Open%202023%20-%20Prospectus%20-%20REVISED%2023%20November%202022.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: