SOP / Tempoh Kuarantin Terkini Bagi Kontak Rapat & Individu Positif Covid-19
Secara keseluruhan, walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan di dalam dan luar negara menerusi pengukuhan Lima (5) Strategi Pelan Pengurusan COVID-19
Berapa lama tempoh kuarantin kalau jadi kontak rapat atau positif Covid-19? Dan bagaimana pula cara kuarantin di rumah?
Rujuk info terkini yang dikongsikan di bawah.
Tempoh Kuarantin Terkini Kes Positif Covid-19 & Kontak Rapat (Dikemaskini 19 Disember 2023)
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan tempoh kuarantin seperti berikut:
TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF : 5 HARI
HSO diberikan melalui MySejahtera selama 5 hari, namun individu positif Covid-19 perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sehingga hari ke-10.
Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.
Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].
Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.
Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan untuk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.
Baca juga : Cara Jana HSO MySejahtera (Sijil Cuti Kuarantin Covid-19)
TEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT
Kontak Rapat yang tidak bergejala hanya perlu mengamalkan langkah pencegahan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir terdedah kepada kes positif Covid-19.
Manakala bagi kontak rapat yang BERGEJALA, anda digalakkan melakukan ujian kendiri RTK pada hari bermula dan hari ketiga. Jika keputusan negatif, anda boleh melakukan aktiviti luar dengan mengamalkan langkah pencegahan.
Baca juga : Cara Dapatkan Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / Walk-In
Langkah-langkah Pencegahan
- Sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah
- Elakkan berada di tempat yang sesak
- Memastikan pengudaraan yang baik
- Elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi
- Membuat perjalanan yang penting (essential) sahaja
Baca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat