15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sabah, negeri di bawah bayu, sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan kepelbagaian budaya yang masih dikekalkan sehingga kini. 

Bercakap mengenai Sabah, terdapat beberapa destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong seperti Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan.

Namun, tahukah anda  masih terdapat banyak lagi destinasi lain yang kurang dikenali namun cukup menarik untuk dikunjungi. 

Berikut adalah senarai tempat menarik di Sabah yang ramai tidak tahu dan menjanjikan pengalaman unik serta berharga untuk setiap pengunjung. 

BACA JUGA: Panduan Bercuti Ke Semporna: Tempat Menarik, Aktiviti yang Sesuai Dilakukan & Tips Penting!

Senarai Tempat Menarik Di Sabah

1. Pulau Mantanani

Pulau Mantanani adalah sebuah permata tersembunyi di luar pesisir pantai Kota Belud, Sabah.

Ia adalah destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan menikmati keindahan semula jadi yang memukau. 

Pulau ini terkenal dengan air lautnya yang jernih dan terumbu karang yang berwarna-warni.

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo
15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo
15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Mantanani Island, Sabah Borneo

Selain menyelam dan snorkeling, Pulau Mantanani juga menawarkan pelbagai aktiviti air lain seperti kayak, paddle boarding, dan memancing. 

Ia juga turut menawarkan pelbagai jenis penginapan, daripada resort mewah hingga chalet yang sederhana.

Banyak penginapan di sini dibina dengan reka bentuk yang menyatu dengan alam sekitar, memberikan pengunjung pengalaman yang autentik dan mesra alam.

2. Kampung Tambatuon, Kota Belud

Kampung Tambatuon juga terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Ia adalah sebuah perkampungan yang menawan dengan pemandangan alam yang memukau. 

Kampung ini terkenal dengan keindahan sawah padinya yang menghijau dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang megah, menjadikannya lokasi yang ideal untuk sesi fotografi. 

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Kg Tambatuon Kota Belud

Penduduk Kampung Tambatuon sangat menghargai tradisi dan budaya mereka. Di sini, pelancong berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti tradisional seperti menanam padi dan memberi makan ikan. 

Kampung Tambatuon juga menawarkan peluang untuk memahami lebih lanjut tentang budaya dan adat resam masyarakat Kadazan-Dusun.

Pelancong boleh berinteraksi dengan penduduk tempatan, belajar tentang cara hidup mereka, dan menikmati hidangan tradisional yang lazat. 

Kampung Tambatuon mudah diakses dari Kota Belud, yang terletak hanya sekitar 30 minit perjalanan.

Terdapat beberapa pilihan penginapan di kawasan sekitar, termasuk homestay yang membolehkan pelancong merasai pengalaman tinggal bersama keluarga tempatan. 

3. Bukit Maragang

Sekiranya anda tidak mampu mendaki Gunung Kinabalu, mendaki Bukit Maragang pun jadilah!

Bukit ini terletak di Kampung Mesilau, Kundasang dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan serta  pengalaman mendaki yang mencabar namun memuaskan.

Sumber: Sabah Tourism

Dari puncaknya, anda boleh melihat panorama Gunung Kinabalu yang megah, bukit-bukit yang menghijau, dan lembah yang indah. 

Pemandangan matahari terbit dari puncak bukit ini adalah salah satu tarikan utamanya, dengan langit yang berubah warna dari kelam ke emas. Sangat memukau.

Sumber: Maragang Hill

Bukit Maragang juga kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sepanjang laluan pendakian, anda akan melalui hutan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. 

Tapak perkhemahan juga disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat memasak. 

4. Kampung Mesilau 

Alang-alang hendak ke Bukit Maragang, jangan lupa luangkan masa untuk meneroka Kampung Mesilau yang terletak berhampiran dengan Bukit Maragang. 

Kampung ini menawarkan pengalaman kehidupan kampung yang autentik dan jarang-jarang di rasai terutamanya bagi mereka yang membesar di kawasan bandar. 

Sumber: Kupi kupi & Stay

Ambil kesempatan untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan, memahami cara hidup mereka, dan menikmati masakan tradisional yang lazat.

Pengalaman ini bukan sahaja menambah nilai kepada perjalanan anda tetapi juga memberi peluang untuk memahami dan menghargai budaya tempatan.

5. Kampung Budaya Mari Mari

Kampung Budaya Mari Mari terletak di dalam hutan yang subur di Inanam, tidak jauh dari Kota Kinabalu. 

Antara tarikan utama di kampung ini ialah rumah tradisional etnik-etnik di sabah. 

Setiap rumah etnik dibina semula dengan teliti untuk mengekalkan keaslian reka bentuk dan fungsi, membolehkan pengunjung melihat dan merasai sendiri cara hidup masyarakat ini.

Sumber: Blue Kinabalu Travel Agency

Di Kampung Budaya Mari Mari, pelawat tidak hanya melihat pameran, tetapi juga terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif.

Anda boleh belajar cara membuat api menggunakan kaedah tradisional, mencuba seni menenun, dan bahkan merasai sendiri cara menghasilkan tapai (sejenis minuman tradisional). 

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk mencuba masakan tradisional setiap etnik seperti hinava (salad ikan mentah), bambangan (buah asam), dan pelbagai jenis kuih tradisional. 

Kampung Budaya Mari Mari juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung.

Terdapat pusat penerangan, kedai cenderamata, dan restoran yang menyajikan makanan tempatan.

Klook.com

6. Air Terjun Kiansom

Juga terletak di Inanam, Air Terjun Kiansom adalah destinasi yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati keindahan air terjun yang menenangkan. 

Air terjun ini terdiri daripada beberapa tingkat, dengan air yang mengalir deras dari puncak bukit ke kolam-kolam yang jernih di bawahnya.

Sumber: Sabah Bossku

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti rekreasi di sini seperti berenang, berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan, atau hanya duduk bersantai sambil menikmati bunyi aliran air yang menenangkan.

Salah satu kelebihan Air Terjun Kiansom ialah lokasinya yang mudah diakses. Terletak hanya kira-kira 30 minit pemanduan dari Kota Kinabalu. 

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Sabah Bossku

7. Tip of Borneo

Tip of Borneo atau juga dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau, adalah salah satu destinasi paling ikonik di Sabah.

Terletak di bahagian paling utara pulau Borneo, tempat ini menawarkan pemandangan panorama yang luar biasa di mana Laut Sulu dan Laut China Selatan bertemu.

Dari tebing yang tinggi, pengunjung dapat melihat air biru yang luas dan gelombang yang menghempas pantai. 

Sumber: My Sabah

Pemandangan matahari terbenam di sini adalah salah satu yang terbaik di Sabah, dengan langit yang berwarna-warni mencipta suasana yang magis.

Bagi yang gemar fotografi, tempat ini adalah lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar yang menakjubkan.

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Trip Advisor

Tambahan lagi, Tip of Borneo juga sering menjadi lokasi untuk pelbagai festival dan acara tempatan. Salah satu acara yang terkenal adalah Festival Borneo yang diadakan setiap tahun. 

8. Pantai Kelambu

Berhampiran dengan Tip of Borneo adalah Pantai Kelambu, salah satu pantai yang paling cantik dan kurang diterokai terutamanya oleh pelancong luar.

Pantai ini mempunyai pasir putih yang halus dan air laut yang jernih, menjadikannya tempat yang ideal untuk berenang, snorkeling, dan berjemur. 

Sumber: Sabah Tourism Board

Keindahan semula jadi pantai ini memberikan suasana yang tenang dan damai, sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan.

9. Bukit Trig, Kudat

Bukit Trig juga terletak berhampiran dengan Tip of Borneo di Kudat, Sabah. Dari puncak Bukit Trig, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang luas dan menakjubkan, termasuk pemandangan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 

Sumber: Sabah Info

Bukit ini juga dikelilingi oleh hutan tropika yang subur, menjadikannya tempat yang ideal untuk pencinta alam dan fotografi. 

Jika anda merancang untuk melawat Kudat, pastikan untuk menyertakan Bukit Trig dalam senarai destinasi anda.

10. Kampung Luanti, Ranau

Salah satu tarikan utama di Kampung Luanti adalah pengalaman spa ikan, di mana pengunjung boleh menikmati urutan semula jadi dengan ikan Pelian (Malaysian Mahseer).

Selain spa ikan, Kampung Luanti juga menawarkan aktiviti trekking di hutan, membolehkan pelancong menerokai keindahan alam sekitar.

Kampung Luanti juga menyediakan kemudahan homestay bagi pelancong yang ingin merasai kehidupan masyarakat tempatan.

Pengunjung boleh belajar banyak perkara tentang budaya dan tradisi masyarakat Kadazan-Dusun dengan menginap semalam dua di kampung ini. 

11. Lembah Danum

Lembah Danum adalah salah satu kawasan hutan hujan tertua di dunia. Ia merupakan rumah kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui. 

Sumber: Lahad Datu info.
Sumber: Lahad Datu info.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti ekopelancongan di Lembah Danum, seperti mendaki, berjalan kaki di sepanjang laluan hutan dan lawatan malam untuk melihat kehidupan liar yang aktif pada waktu malam. 

Klook.com

12. Lembangan Imbak

Satu lagi ‘permata berharga’ di Sabah yang anda boleh kunjungi terutamanya bagi pencinta alam adalah, Lembangan Imbak. 

Lembangan Imbak, atau Imbak Canyon Conservation Area juga salah satu tempat menarik di Sabah.

Ia adalah kawasan perlindungan hutan yang menawarkan keindahan flora dan fauna yang menakjubkan, termasuk beberapa spesies yang endemik kepada Borneo.

Sumber: Imbak Canyon Conservation Area

Lembangan Imbak merupakan koridor penting yang menghubungkan dua kawasan pemuliharaan utama di Sabah – Lembah Danum dan Lembangan Maliau.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah, jungle trekking, memerhati hidupan liar, menikmati keindahan landskap dan biodiversiti kawasan ini.

13. Masjid Terapung Kota Kinabalu

Masjid Terapung Kota Kinabalu, juga dikenali sebagai Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, adalah salah satu mercu tanda di Kota Kinabalu. 

Masjid ini terletak di bandar Kota Kinabalu dan dikelilingi oleh kawasan air yang menjadikannya kelihatan terapung dari jauh.

Lokasinya yang strategik memberikan pemandangan yang indah, terutama pada waktu matahari terbenam.

Keindahan seni binanya menjadikannya tempat yang ideal untuk fotografi dan lawatan. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dari sekitar kawasan masjid.

Sumber: Sabah Info

Pelancong yang bukan Muslim juga dialu-alukan untuk melawat masjid ini, dengan syarat mematuhi etika berpakaian yang sesuai.

Terdapat juga pemandu pelancong yang sedia membantu menjelaskan sejarah dan makna masjid.

14. Ulu Sugut, Ranau

Sumber: Info Semasa Ranau – ISR

Ulu Sugut, terletak di daerah Ranau, Sabah, adalah destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi dan pengalaman budaya yang unik. 

Destinasi ini sangat disyorkan untuk sesiapa yang sukakan pengembaraan yang mencabar dan mencari pengalaman berharga. 

Ulu Sugut  menawarkan peluang untuk memahami lebih lanjut tentang budaya dan tradisi masyarakat tempatan.

Pengunjung boleh berinteraksi dengan penduduk kampung, belajar tentang cara hidup mereka, dan menikmati hidangan tradisional yang lazat.

15. Umea Glam Kundasang

Umea Glam Kundasang menawarkan pengalaman glamping dengan pemandangan landskap yang indah.

Glamping, singkatan dari “glamorous camping,” menawarkan pengalaman berkhemah yang lebih selesa dan mewah, menggabungkan elemen keselesaan dengan keindahan alam semula jadi.

15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!
Sumber: Umea Glam Kundasang

Ia sangat sesuai untuk individu yang mahu merasai pengalaman berkhemah sambil menikmati alam semula tetapi tetap selesa. 

Kemudahan di Umea Glam Kundasang termasuklah bilik mandi persendirian, ruang rehat dan kawasan makan.

Sumber: Umea Glam Kundasang

Terdapat juga kemudahan untuk aktiviti luar seperti berkelah dan menjelajah kawasan sekitar.

Jika anda merancang untuk menginap di Umea Glam Kundasang, pastikan untuk membuat tempahan awal dan memeriksa kemudahan serta pakej yang ditawarkan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.

16. Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau menawarkan pemandangan yang memukau dengan hutan tropika yang subur, air terjun yang cantik dan pelbagai jenis flora dan fauna.

Taman ini juga menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti mendaki, berjalan kaki di laluan hutan dan berkelah.

Laluan mendaki di sini menawarkan pelbagai tahap kesukaran, daripada laluan mudah hingga laluan yang lebih mencabar.

Selain berkunjung ke Taman Bukit Tawau, anda juga boleh mengunjungi beberapa lokasi menarik di Tawau seperti Pasar Tanjung, Kampung Air Tawau dan sebagainya. 

Penutup

Bagi mereka yang mencari destinasi percutian yang berbeza, Sabah pasti tidak akan mengecewakan.

Dengan pelbagai aktiviti dan pemandangan yang menakjubkan, anda pasti akan membawa pulang kenangan indah dari setiap sudut negeri ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut