Tempat menarik di Putrajaya bukan sahaja menawarkan keindahan seni bina moden dan landskap hijau yang memukau, malah menjadi destinasi pelancongan ideal untuk seisi keluarga.
Bandar pintar yang juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia ini menyajikan pelbagai lokasi tarikan seperti taman-taman rekreasi, masjid ikonik, tasik buatan yang luas serta jambatan dengan reka bentuk futuristik.
Sama ada anda pencinta alam, peminat fotografi atau sekadar ingin bersantai di hujung minggu, Putrajaya pasti ada sesuatu yang menarik untuk anda.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih 15 tempat menarik di Putrajaya yang wajib anda kunjungi.
Baca juga: 15+ Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga
1. Masjid Putra
- Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari
Masjid Putra ialah mercu tanda ikonik Putrajaya yang terkenal dengan kubah merah jambu dan seni bina Islam-Persia yang memukau.
Dibina daripada granit berwarna ros, masjid ini boleh memuatkan sehingga 15,000 jemaah dalam satu masa.
Minaretnya setinggi 116 meter diinspirasikan dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad, dengan lima aras melambangkan Rukun Islam.
Selain ruang solat utama dan halaman luas yang boleh menampung 5,000 orang, Masjid Putra turut mempunyai ruang seminar, dewan pembelajaran dan kemudahan komuniti.
Pelawat dari semua agama dialu-alukan, tetapi perlu berpakaian sopan sebagai tanda hormat.
2. Taman Botani Putrajaya
- Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi:
- Isnin hingga Ahad: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 5:00 petang
- Jumaat: 9:00 pagi – 11:00 pagi, 3:00 petang – 5:00 petang
- Ditutup pada setiap hari Selasa
Taman Botani Putrajaya yang dikenali sebagai “mother of all gardens” membentang seluas 92 hektar dan menempatkan lebih 750 spesies tumbuhan dari seluruh dunia.
Taman ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama: Taman Hiasan, Taman Etnobotani dan Taman Penyelidikan.
Tarikan istimewa termasuk Pavilion Maghribi yang menggabungkan seni bina Islamik dari Maghribi. Taman ini juga popular untuk aktiviti santai seperti berjoging, berbasikal dan berkelah.
3. Taman Warisan Pertanian Putrajaya
- Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi:
- Sabtu hingga Khamis: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 5:00 petang
- Jumaat: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 3:00 petang – 5:00 petang
- Ditutup pada setiap hari Isnin
Tempat menarik di Putrajaya yang berikutnya adalah Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
Taman ini memaparkan sejarah pertanian Malaysia menerusi pameran pokok buah-buahan, herba, tanaman komersial seperti kopi dan getah, serta ladang ikan air tawar.
Terdapat rumah kecil pekebun sebagai replika kehidupan kampung.
Demonstrasi pemprosesan getah turut diadakan di kawasan tanaman getah yang merangkumi satu perempat taman ini, menjadikannya lokasi pendidikan interaktif yang menyeronokkan.
4. Cruise Tasik Putrajaya
- Alamat: Jeti Putra, Jambatan PutraPresint 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10.45 malam (rujuk jadual di sini: https://www.cruisetasikputrajaya.com/day_cruise.html)
Nikmati pemandangan indah Putrajaya menerusi pelayaran santai di Cruise Tasik yang membawa anda melihat Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan dan Perdana Putra.
Pengunjung boleh memilih antara bot berhawa dingin moden atau bot tradisional kayu Perahu Dondang Sayang buatan Terengganu yang romantik dan penuh nostalgia. Pelayaran ini direka sepenuhnya oleh pengusaha tempatan.
5. Taman Wetland Putrajaya
- Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62000 Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 7 petang
Merupakan tanah lembap buatan manusia terbesar di Malaysia, taman ini meliputi kawasan 3.35 km persegi dengan 24 sel dan pelbagai habitat semula jadi.
Ia menjadi rumah kepada lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan.
Antara tarikan termasuk Flamingo Pond, Menara Pandang dan Glamping. Sesuai untuk aktiviti berkayak, berbasikal, memancing, serta eksplorasi alam semula jadi.
6. Taman Ekuestrian Putrajaya
- Alamat: Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi – 5.30 petang (tutup hari Isnin)
Terletak di Presint 5, TEP merupakan lokasi riadah dan sukan berkuda yang dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa.
Ia menawarkan kelas menunggang, lawatan ke kandang, dan acara seperti kejohanan lompat kuda dan dressage peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Dengan latar landskap hijau dan tasik buatan, ia menjadi tempat ideal untuk pencinta kuda dan aktiviti luar.
7. Skyrides Festivals Park
- Alamat: Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 malam
Tarikan utama taman ini ialah belon helium tethered yang membawa pengunjung naik setinggi 150 meter untuk menikmati panorama 360 darjah Putrajaya.
Selain itu, terdapat SkyWarrior Rainforest Challenge dan SkyKids Warrior – trek halangan ala Ninja Warrior yang mencabar daya tahan fizikal. Aktiviti lain termasuk sewaan basikal, kereta go-kart dan mini tren.
8. Astaka Morocco
- Alamat: Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 5 petang
Terletak dalam Taman Botani, Astaka Morocco menyerlah dengan seni bina dan hiasan dalaman yang menakjubkan dari Maghribi.
Ia dibina menggunakan bahan yang diimport khas dari Maghribi dengan bantuan tukang mahir dari negara tersebut.
Hiasan mozek berwarna-warni, ukiran kayu cedar dan kaligrafi Arab menjadikan astaka ini antara tempat wajib dikunjungi.
9. Taman Cabaran Putrajaya
- Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Merupakan kompleks sukan ekstrem terbesar di Asia Tenggara, taman ini menampilkan dinding panjat buatan tertinggi yang mencapai 20 meter dengan lima zon mendaki mengikut tahap kemahiran.
Terdapat juga laluan mountain bike (MTB) dan trek papan selaju. Ia sesuai untuk pencinta aktiviti lasak dan cabaran fizikal.
10. Kompleks Nasyrul Quran
- Alamat: No. 1 Jalan P14, Presint 14, 62050 Putrajaya.
- Waktu Operasi:
- Sabtu – Khamis, 9 pagi – 4 petang
- Jumaat, 9 pagi – 12.30 tengah hari ; 2.30 petang – 4 petang
Sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Nasyrul Quran berperanan dalam mencetak hingga sejuta naskhah setahun.
Ia menempatkan galeri pameran, bilik latihan, surau dan ruang untuk melihat proses percetakan al-Quran secara langsung. Kompleks ini mengangkat martabat seni kaligrafi dan cetakan mushaf Malaysia.
11. Anjung Floria
- Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7 pagi – 7 malam
Taman rekreasi ini terkenal dengan landskap yang indah, sesuai untuk berbasikal dan berjoging.
Ia menjadi lokasi penganjuran Royal Floria Putrajaya, festival taman tahunan yang menampilkan taman-taman bertema seperti Taman Persahabatan Malaysia-China, Taman Fantasi dan Bustan Inggeris.
Taman ini juga sesuai untuk sesi fotografi dan riadah keluarga.
12. Flyboard Malaysia
- Alamat: Marina Putrajaya Sdn. Bhd., 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 7 malam
Bagi peminat sukan air ekstrem, Flyboard Malaysia di Putrajaya menawarkan pengalaman terbang di atas air menggunakan alat flyboard yang menggabungkan daya tarikan air dan graviti.
Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan sesuai untuk mereka yang mahu mencabar keberanian sambil menikmati pemandangan tasik Putrajaya.
13. G2G Animal Garden
- Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
- Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 pagi – 6 petang (tutup hari Selasa)
Tempat menarik di Putrajaya yang seterusnya adalah G2G Animal Garden. Ia adalah zoo interaktif yang menempatkan lebih 60 spesies haiwan eksotik seperti marmoset, rakun, fennec fox dan ostrich.
Tarikan lain termasuk taman arnab, rumah burung, rumah kucing dan terapi haiwan.
Ia juga menganjurkan lawatan kumpulan untuk sekolah dan tadika, sesuai untuk pembelajaran luar bilik darjah.
14. District 21
- Alamat: Level 1, AT 6, City IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat, 12 tengah hari – 8 malam
- Sabtu – Ahad, 10 pagi – 8 malam
Bertemakan pasca-apokaliptik futuristik, taman indoor ini di IOI City Mall menawarkan pelbagai permainan mencabar seperti Free Fall, Sky Trail, Ninja Warrior dan Roller Glider.
Dengan keluasan 52,000 kaki persegi dan berhawa dingin sepenuhnya, District 21 sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran, tidak kira cuaca.
15. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- Alamat: Putrajaya International Convention Centre, Presint 5, 62000 Putrajaya
- Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 10 malam
PICC merupakan pusat konvensyen utama negara yang direka dengan konsep Bandar Taman Pintar.
Dengan kemudahan bertaraf antarabangsa dan pemandangan menakjubkan, PICC sesuai untuk menganjurkan persidangan, pameran dan mesyuarat besar.
Ia juga menjadi simbol masa depan Malaysia dalam pembangunan teknologi dan ekosistem mesra alam.
16. Icescape IOI City Mall
- Alamat: Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Icescape ialah gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik pertama di Malaysia. Terletak di dalam IOI City Mall, gelanggang ini menawarkan aktiviti seperti skating santai, hoki ais dan persembahan profesional.
Ia turut menyediakan kelas luncur untuk semua peringkat umur dan kemahiran. Lokasi ini menjadi pilihan utama untuk hiburan keluarga dan remaja.