20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025

20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan – Destinasi Pelancongan Popular

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai tarikan menarik yang pasti dapat memikat hati anda. Ada tempat bersejarah, pantai yang indah, air terjun, muzium, taman rekreasi dan sebagainya. Pendek kata, macam-macam ada!

Kebanyakan tempat menarik di Negeri Sembilan ni memang mesra keluarga dan sesuai untuk percutian bajet.

Jom kita tengok senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang patut anda lawati. 

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik di Perlis 2025 – Destinasi Mesra Poket!

Tempat Menarik di Negeri Sembilan 

1. Taman Negeri Kenaboi

  • Alamat: Jln Kampong Ulu Kenaboi, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 8 AM–5 PM

Taman Negeri Kenaboi adalah antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang cukup popular. Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semulajadi dan juga aktiviti lasak. 

20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan - Destinasi Mesra Keluarga
Sumber: Google Review (Taman Negeri Kenaboi)

Ada macam-macam aktiviti menarik yang boleh anda buat di sini. Contohnya seperti trekking ke Jeram Berungut, berkhemah, berkayak, meneroka Gua Harimau, menikmati kesegaran air terjun yang jernih dan lain-lain. 

20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan - Destinasi Mesra Keluarga
Sumber: Google Review (Taman Negeri Kenaboi)

Kemudahan di Taman Negeri Kenaboi cukup lengkap untuk pengunjung. Jadi tak perlu risau apa-apa bila datang ke sini. Enjoy je!

2. Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex)

  • Alamat: Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200 Seremban, Malaysia
  • Waktu Operasi: 9 AM–5 PM

Untuk mengetahui sejarah dan melihat keunikan warisan budaya Negeri Sembilan, anda boleh berkunjung ke Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex). 

Kompleks ni juga dikenali sebagai Lembaga Muzium Negeri Sembilan.  Ia menampilkan seni bina tradisional rumah adat Minangkabau lengkap dengan bumbungnya  yang melengkung. Sangat unik!

Di dalamnya, anda boleh meneroka muzium kecil yang mempamerkan pelbagai artifak sejarah, pakaian tradisional, alat muzik, serta seni dan budaya masyarakat Negeri Sembilan. 

Bukan itu sahaja, ada juga persembahan kebudayaan, bengkel seni dan beberapa aktiviti menarik seperti bermain permainan tradisional yang anda boleh lakukan di sini. 

3. Pantai Blue Lagoon (Tanjung Biru)

  • Alamat: Jalan Tanjung Tuan, Batu 10, Port Dickson
  • Waktu Operasi: – 
Sumber: Google Review (Pantai Blue Lagoon (Tanjung Biru))

Pantai Blue Lagoon, atau Tanjung Biru ini terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Port Dickson dan berdekatan sahaja dengan Lexis Hibiscus Port Dickson.

Lokasi pantai ini sebenarnya agak terpencil. Tetapi plus pointnya, suasana pantai ini memang sangat tenang dan tak ramai orang sangat. 

Sumber: Google Review (Pantai Blue Lagoon (Tanjung Biru))

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah snorkeling, melihat matahari terbenam, mengambil gambar dan beberapa aktiviti air lain. 

4. Pantai Saujana

  • Alamat: 4th mile of Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Waktu Operasi:

Pantai Saujana di Negeri Sembilan juga salah satu pantai yang menjadi tarikan di negeri ini. 

Pantai sepanjang 1 kilometer ini sangat mudah diakses dan menawarkan pelbagai aktiviti air untuk pengunjungnya. Contohnya seperti jet ski, banana boat, snorkeling dan sebagainya. 

Sumber: Mstar

Selain itu, anda juga boleh bersantai atau berkelah di kawasan tepi pantai. Nak berkhemah pun boleh. Pantai ini semakin popular sebagai lokasi ideal untuk berlepak terutamanya pada waktu malam. 

5. Pantai Cahaya Negeri

  • Alamat: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi:

Seterusnya, pilihan pantai di Negeri Sembilan yang anda boleh kunjungi adalah Pantai Cahaya Negeri. 

Pantai Cahaya Negeri ini terkenal sebagai lokasi popular untuk sesi fotografi terutamanya untuk gambar pra-perkahwinan ataupun sesi outdoor. 

Sumber: BeachSearcher

Pantai ini mempunyai jambatan kayu yang ikonik, dikenali sebagai “Lover’s Bridge”. Jambatan ini sebenarnya menghubungkan pantai utama dengan Pulau Burung (Bird Island). 

Salah satu aktiviti menarik di sini ialah aktiviti memancing. Setiap tahun, pertandingan memancing akan diadakan di pantai ini. 

6.  Pantai Teluk Kemang 

  • Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi:

Pantai Teluk Kemang Negeri Sembilan ni terletak kira-kira 6.2 kilometer sahaja dari Lexis Hibiscus Port Dickson. Jadi, kalau nak ke pantai ini anda boleh menginap di situ. 

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di Pantai Teluk Kemang. Antara aktiviti popular di pantai ini ialah bermain sukan air seperti jet ski dan banana boat serta aktiviti pantai seperti bola tampar. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Pantai Teluk Kemang)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai pengalaman menunggang kuda di sepanjang pantai ini. Spot-spot menarik untuk ambil gambar pun banyak. Memang best lah datang sini. 

Dari segi kemudahan pun okay. Ada tandas awam, tempat letak kereta percuma dan beberapa gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan. 

7. Gunung Datuk 

  • Alamat: 71350 Kota, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi:

Jika anda gemar mendaki, Gunung Datuk adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan. Gunung Datuk menawarkan pengalaman mendaki yang mencabar tetapi berbaloi. 

Sumber: Google Review (Gunung Datuk)

Ketinggiannya sekitar 884 meter dan perjalanan ke puncak biasanya mengambil masa antara 2 hingga 3 jam. Apa pun, bergantung pada tahap kecergasan anda.

8. Masjid Negeri Sembilan

  • Alamat: Jalan Dato Hamzah, Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 5 AM–10 PM, Setiap hari

Masjid Negeri Sembilan juga termasuk salah satu  tempat menarik di Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi. Masjid Negeri ini merupakan salah satu mercu tanda penting di Negeri Sembilan. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Reka bentuknya menggabungkan elemen seni bina Minangkabau dengan bumbung berbentuk kubah berlapis serta menara yang menjulang tinggi. Ini memberikan identiti tersendiri kepada masjid ini. 

Selain sebagai tempat ibadat, kawasan sekitar masjid ini biasanya sibuk dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada hari Jumaat atau bulan Ramadan.

9. Masjid Diraja Tuanku Munawir

  • Alamat: Kampung Tanjung Beringin, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi:

Masjid ini salah satu masjid yang bersejarah di Negeri Sembilan. Ia telah siap dibina pada tahun 1964 dan dinamakan sempena Almarhum DYMM Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Masjid Diraja Tuanku Munawir)

Seni bina masjid ini dipengaruhi dengan gaya Moghul dengan kubah kuning diraja serta menara berkubah kecil. Selain itu, terdapat elemen seni bina tempatan seperti anjung dan serambi yang menambah keindahan masjid ini. 

Lokasinya yang berdekatan dengan Istana Lama Seri Menanti dan Makam Diraja. 

10. Masjid Jamek Seremban

  • Alamat: Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 5 AM–10 PM

Masjid Jamek Seremban Negeri Sembilan ini  adalah masjid tertua di Seremban. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Masjid Jamek Seremban)

Masjid ini terkenal dengan seni bina uniknya yang tidak mengikut tradisi Minangkabau seperti kebanyakan bangunan lain di Negeri Sembilan, tetapi lebih mirip kepada reka bentuk masjid di Melaka, seperti Masjid Kampung Hulu. 

Seni binanya yang unik menjadikannya tarikan pelancong dan telah didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

11. Masjid Sri Sendayan 

  • Alamat: Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 5:30 AM–10 PM, Setiap hari

Masjid Sri Sendayan pula salah satu masjid tercantik di Malaysia. Seni bina masjid ini menggabungkan elemen tradisional dan moden. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Masjid Sri Sendayan)
Sumber: Google Review (Masjid Sri Sendayan)
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Masjid Sri Sendayan)

Dengan keluasan 4.5 hektar, ia mampu menampung sehingga 5,000 jemaah dalam tiga dewan solat.

Selain menjadi tempat ibadah, masjid ini juga dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan, bilik kuliah, dewan serbaguna, dan kediaman petugas masjid. Masjid ni juga selalu menjadi pilihan tempat untuk akad nikah.

12. Lata Kijang 

  • Alamat: Hutan Simpan Kenaboi
  • Waktu Operasi:

Lata Kijang juga antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang tidak boleh anda lepaskan. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Lata Kijang)

Lata Kijang ni sebenarnya air terjun yang terletak di Hutan Simpan Kenaboi. Air terjun ini terkenal dengan ketinggiannya yang mencapai 80 meter. Ini menjadikannya salah satu air terjun tertinggi di Malaysia!

Untuk sampai ke air terjun, anda perlu mendaki sejauh 4 km, kira kira sejam pendakian macam tu. 

13. X park Sendayan

  • Alamat: Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Berbeza mengikut jenis permainan

Untuk melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga, anda boleh berkunjung ke X Park Sendayan yang terletak di Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan.

Sumber: Google Review (X park Sendayan)
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (X park Sendayan)

Di sini ada pelbagai aktiviti seperti go-kart, ATV, flying fox, paintball, memanah, futsal, badminton, golf driving range, wall climbing, dan banyak lagi. 

Sesuai sangat untuk dijadikan aktiviti bersama keluarga. 

Kawasan seluas 34 ekar ini juga mempunyai kemudahan lengkap seperti kafe dan tempat makan untuk pengunjung berehat selepas aktiviti. 

14. Jelita Ostrich Farm

  • Alamat: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 9:30 AM–5 PM, Setiap hari

Jelita Ostrich Farm pun menarik untuk dikunjungi terutamanya kalau anda suka aktiviti santai dengan elemen pendidikan.

Untuk pengetahuan anda, ladang ini adalah ladang burung unta pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. 

Sumber: Google Review (Jelita Ostrich Farm)
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Jelita Ostrich Farm)

Di sini, anda boleh belajar tentang burung unta, dari fakta menarik seperti kelajuan larian mereka hingga proses pembiakan. 

Anda juga boleh memberi makan burung unta, mencuba berdiri di atas telur burung unta dan bahkan menunggang burung unta jika berat anda kurang dari 75kg.

Selain burung unta, terdapat juga haiwan lain seperti kambing dan kuda poni. 

15. Cape Rachado LightHouse

  • Alamat: Tanjung Tuan Recreational Forest, Negeri Sembilan
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–6 PM

Cape Rachado Lighthouse Port Dickson juga salah satu tarikan utama di Negeri Sembilan. Ia dipercayai rumah api tertua di Malaysia.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Cape Rachado LightHouse)

Rumah api ini terletak di puncak bukit dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Anda perlu mendaki jalan hutan sejauh kira-kira 20 minit untuk sampai ke lokasi ini.

Dari rumah api ini anda boleh menyaksikan pemandangan memukau Selat Melaka serta kawasan hutan sekitarnya.

16. Teratak Za’ba

  • Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 10 AM–5 PM, Setiap hari

Teratak Za’ba adalah sebuah muzium yang didedikasikan kepada Pendeta Za’ba. Muzium ini mempamerkan koleksi peribadi Za’ba seperti buku, surat tulisan tangan, songkok, destar, dan anugerah yang diterimanya sepanjang hayat.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Teratak Za’ba)

Siapa Pendeta Za’ba ni?

Pendeta Za’ba ialah tokoh terkenal dalam pendidikan, bahasa, dan sastera Melayu moden yang dikenali sebagai “Bapa Bahasa Melayu Moden”. 

17. Extreme Park Port Dickson

  • Alamat: Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson, Malaysia
  • Waktu Operasi: 10 AM–7 PM, Setiap hari

Extreme Park Port Dickson memang tempat terbaik jika anda suka aktiviti lasak. Tempat ni sesuai untuk umur 12 tahun ke atas.

Antara aktiviti yang boleh anda cuba ialah go-karting, ATV jungle trail, paintball war game, paintball target shooting dan memanah. 

Sumber: Google Review (Extreme Park Port Dickson)
Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Extreme Park Port Dickson)

Kalau nak cari aktiviti ideal untuk family atau kumpulan, anda bolehlah berkunjung ke sini. Dijamin seronok!

18. Kota Dan Muzium Lukut

  • Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 9 AM- 5 PM, Setiap hari

Kota dan Muzium Lukut di Negeri Sembilan adalah salah satu destinasi menarik yang kaya dengan sejarah di Negeri Sembilan. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Kota Dan Muzium Lukut)

Kota Lukut telah dibina pada tahun 1840 sebagai kubu pertahanan. Kini, ia berfungsi sebagai muzium dengan empat galeri utama: Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional, dan Galeri Negeri Sembilan Beradat. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Kota Dan Muzium Lukut)

Muzium Lukut pula  mempamerkan artifak seperti senjata lama, dokumen sejarah, serta ilustrasi zaman kegemilangan perlombongan bijih timah di Lukut.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Kota Dan Muzium Lukut)

Masuk adalah percuma sahaja. Jadi, jangan lupa singgah ya!

19. Pasar Tani Kuala Pilah

  • Alamat: Taman Pilah Jaya, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Sabtu, 7 AM–12 PM

Untuk merasai suasana tempatan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Pasar Tani Kuala Pilah. Pasar ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk mendapatkan hasil tani segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, dan produk tempatan lain. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Pasar Tani Negeri Sembilan

Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai makanan tradisional Negeri Sembilan seperti Kuih Sopang, Cendol Sagu Rumbia dan sebagainya. 

20. Taman Tasik Seremban

  • Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: 8 AM–10 PM, Setiap hari

Taman Tasik Seremban ni tempat popular untuk orang Seremban beriadah. Tasik ni antara yang tertua kat Malaysia, dah ada sejak tahun 1900 lagi. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Taman Tasik Seremban)

Ada banyak aktiviti yang anda boleh buat dekat taman ni, antaranya berjogging, bermain aktiviti air seperti kayuh bot basikal dan berkayak, berjalan-jalan di sekeliling tasik dan lain-lain. 

Selain itu, Taman Tasik Seremban juga sering menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara dan aktiviti komuniti, seperti larian maraton atau festival kebudayaan.

Masuk ke sini pun percuma sahaja. 

21. Chocsvalley

  • Alamat: A7-G, Blok A, 9, Jalan Haruan 5, Medan Perdagangan Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 9 AM–5:30 PM

Chocsvalley ni wajib ada dalam senarai sekiranya anda berkunjung ke Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan coklat premium di Negeri Sembilan. 

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Chocsvalley

Ada lebih 50 perisa coklat yang dihasilkan di sini. Sesuai sangatlah untuk dijadikan sebagai ole-ole ke, hadiah ke, atau nak makan sendiri. Selain coklat, ada lagi beberapa produk lain yang berasaskan coklat. 

Yang best sekali, Chocsvalley biasanya ada buat sesi “Make Your Own Chocolates” kat kedai mereka. Anda boleh belajar buat coklat sendiri dan bawa balik hasil tangan sendiri. Bestkan?

22. Pasar Besar Seremban

  • Alamat: Jalan Tuanku Munawir, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Waktu Operasi: Rabu-Isnin, 5 AM-2PM

Pasar Besar Seremban merupakan pusat membeli-belah yang popular untuk penduduk tempatan dan pelancong.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan
Sumber: Google Review (Pasar Besar Seremban)

Pasar ini terkenal dengan suasana yang meriah dan penuh dengan aktiviti, menjadikannya tempat yang sesuai untuk merasai kehidupan tempatan. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis barangan seperti pakaian, barangan elektrik, makanan segar, dan juga produk kraftangan tempatan.

Lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar Seremban juga memudahkan pengunjung untuk menerokai tempat-tempat menarik lain di sekitar bandar ini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut