20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, bukan sahaja sebuah bandaraya moden yang penuh dengan bangunan pencakar langit, tetapi juga menawarkan pelbagai destinasi menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih daripada 20 destinasi menarik di Kuala Lumpur yang wajib dikunjungi bersama anak-anak.

Mari kita jelajahi destinasi-destinasi menarik ini yang pasti akan menjadikan percutian keluarga anda di Kuala Lumpur satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Ipoh, Sesuai Untuk Percutian Santai!

20+ Senarai Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak

1. Petrosains, The Discovery Centre

Petrosains adalah pusat sains interaktif yang terletak di Menara Berkembar Petronas. Di sini, anak-anak anda boleh belajar tentang sains dan teknologi melalui pameran yang menyeronokkan dan interaktif. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: Petrosains

Terdapat pelbagai jenis pameran berkisar dunia minyak & gas sehinggalah keajaiban alam semula jadi dan banyak lagi. Dengan suasana yang mesra kanak-kanak, Petrosains menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik melalui aktiviti praktikal atau hands-on

Lawatan ke Petrosains pasti akan memberikan anak-anak anda inspirasi dan pengetahuan baru dalam dunia sains. Sangat berbaloi!

  • Alamat: Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Petrosains

2. Aquaria KLCC

Untuk pengalaman luar biasa bersama hidupan marin, jangan lupa singgah ke Aquaria KLCC yang menempatkan lebih daripada 5,000 spesies hidupan laut.

Anak-anak anda boleh melihat pelbagai jenis hidupan marin seperti ikan, termasuklah jerung, pari, penyu, ketam, kuda laut, obor-obor dan sebagainya. 

Salah satu tarikan utamanya adalah terowong bawah air yang panjang. Berada di bawah terowong ini memberikan pengunjung pengalaman seperti berada di dasar laut.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama ikan-ikan yang berenang bebas di dalam terowong kaca tersebut. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: Aquaria KLCC

Selain itu, terdapat juga pameran interaktif dan sesi memberi makan ikan. Aktiviti sebegini pasti dapat menarik perhatian kanak-kanak dan membuatkan mereka lebih ingin tahu mengenai ekosistem laut.

  • Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, 50088 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Aquaria KLCC

3. Taman Botani Perdana

Sekiranya ingin membawa anak-anak berinteraksi bersama alam di tengah bandar Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana adalah pilihan yang ideal. Ia menyediakan tempat rekreasi yang menenangkan untuk seisi keluarga.

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: Perdana Botanical Garden

Taman ini mempunyai pelbagai kawasan tematik seperti taman herba, taman orkid, dan taman rusa. Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, bot dayung, dan sebagainya. Terdapat juga dan taman permainan untuk kanak-kanak. 

Anak-anak juga boleh belajar tentang pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam suasana yang santai dan menyegarkan di taman ini. 

Menariknya, taman ini terletak berdekatan dengan beberapa pusat tarikan lain yang ada di Kuala Lumpur seperti Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Memorial Tun Abdul Razak dan Taman Burung Kuala Lumpur. 

4. Taman Burung Kuala Lumpur

Selain Taman Botani Perdana, satu lagi taman yang menarik berada di tengah-tengah Kuala Lumpur ialah Taman Burung Kuala Lumpur.

Taman Burung Kuala Lumpur adalah taman burung yang terbesar di Asia Tenggara. Ia menempatkan lebih 3,000 burung daripada pelbagai spesies. Taman ini terkenal dengan konsep “free-flight”, di mana burung-burung dibiarkan bebas berkeliaran dalam kawasan yang luas. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: KL Bird Park

Anak-anak anda boleh melihat pelbagai jenis burung secara dekat dan belajar tentang kehidupan haiwan ini. Terdapat juga aktiviti seperti memberi makan burung dan pertunjukan burung yang akan menambah lagi keseronokan lawatan anda sekeluarga.

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: KL Bird Park

Taman Burung Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan keseronokan berinteraksi bersama burung-burung tetapi juga peluang pembelajaran yang berharga tentang biodiversiti dan pemeliharaan haiwan. 

  • Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: KL Bird Park

5. Planetarium Negara

Anda boleh luangkan masa untuk pergi ke Planetarium Negara selepas berkunjung ke Taman Botani Perdana atau Taman Burung Kuala Lumpur.

Di Planetarium Negara,  anak-anak anda boleh belajar mengenai astronomi dan sains angkasa denagn suasana yang menarik dan tidak membosankan. Antara tarikan utamanya ialah pameran interaktif, kembara simulasi dan teater angkasa.

Planetarium ini juga sering mengadakan ceramah dan aktiviti berkaitan sains angkasa yang boleh menarik minat kanak-kanak. 

6. Muzium Kesenian Islam

Dengan lebih daripada 7,000 artifak dan karya seni yang dipamerkan, Muzium Kesenian Islam Malaysia adalah salah satu muzium seni Islam terbesar di Asia Tenggara. 

Muzium ini terletak berhampiran dengan Taman Botani Perdana dan berdekatan dengan Masjid Negara, menjadikannya destinasi yang mudah diakses oleh pengunjung. 

Bangunan muzium ini adalah sebuah karya seni dengan seni bina yang menggabungkan elemen-elemen tradisional dan moden Islam. Kubah yang besar dan hiasan dalaman yang indah menambah keunikan dan keindahan muzium ini.

Di dalam muzium, terdapat 12 galeri  yang mempamerkan pelbagai jenis artifak dan karya seni dari pelbagai zaman dan negara Islam. 

Selain itu, muzium ini juga sering mengadakan pameran yang menampilkan koleksi dari muzium-muzium antarabangsa.

Aktiviti pendidikan seperti bengkel seni, ceramah dan lawatan berpandu juga sering diadakan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pengunjung.

Terdapat juga sebuah perpustakaan yang lengkap dengan pelbagai bahan rujukan tentang seni dan budaya Islam, serta sebuah kafe yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa di muzium ini.  

Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak anda ke muzium ini bagi menambah pengetahuan mengenai seni budaya Islam. 

7. Masjid Negara

Masjid Negara adalah salah satu ikon utama Malaysia dan tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga termasuk kanak-kanak.

Membawa kanak-kanak ke Masjid Negara bukan sahaja memberikan mereka pengalaman budaya dan agama, tetapi juga peluang untuk belajar tentang sejarah dan seni bina Islam. 

Bukan itu sahaja, ajak anak-anak anda untuk menyertai solat berjemaah di Masjid Negara agar mereka berpeluang merasai suasana solat berjemaah di masjid yang besar dan indah.

Di kawasan Masjid Negara, terdapat Makam Pahlawan yang merupakan tempat persemadian beberapa pemimpin dan tokoh penting negara.

Lawatan ke makam ini boleh menjadi peluang untuk kanak-kanak belajar tentang sejarah Malaysia dan tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan besar kepada negara. 

Jangan lupa beri penjelasan yang mudah difahami tentang adab-adab di masjid, seperti cara berpakaian yang sesuai, menjaga kebersihan dan menghormati orang lain yang sedang beribadah.

  • Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Laman Web: Masjid Negara

8. Zoo Negara

Dengan lebih 5,000 haiwan daripada lebih 400 spesies, Zoo Negara menawarkan pengalaman yang mengasyikkan dan peluang pembelajaran yang berharga mengenai dunia haiwan kepada anak-anak anda.

Setiap spesies haiwan disediakan dengan maklumat yang boleh membantu kanak-kanak belajar tentang habitat, pemakanan, dan tingkah laku mereka.

Selain itu, Zoo Negara juga menawarkan sesi interaksi di mana kanak-kanak boleh memberi makan haiwan tertentu seperti zirafah, rusa, dan kambing. 

Pertunjukan haiwan seperti pertunjukan singa laut dan burung pemangsa adalah antara aktiviti yang menarik di zoo ini.

Kanak-kanak pasti akan teruja melihat haiwan-haiwan ini menunjukkan kebolehan mereka dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik.

Lawatan ke Zoo Negara pasti memberikan keseronokan dan peluang pembelajaran yang berharga untuk anak-anak anda. 

  • Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor.
  • Laman Web: Zoo Negara

9. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur bukan hanya menjadi mercu tanda utama Malaysia tetapi juga destinasi menarik untuk aktiviti keluarga, termasuk kanak-kanak. 

Antaranya aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah menaiki lif ke Pusat Menara, melawat Sky Deck untuk menikmati pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur, membeli ole-ole di  kedai cenderahati dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, di menara ini juga anda boleh mengambil gambar dengan latar belakang yang menarik. 

Selain daripada aktiviti menarik, Menara Kuala Lumpur juga menawarkan kemudahan yang memudahkan keluarga. Terdapat fasiliti tandas dan ruang penjagaan yang sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak. 

Ada juga pelbagai pilihan restoran dan kedai yang menyediakan makanan dan minuman untuk memenuhi keperluan keluarga. Usah risau, anda boleh menikmati lawatan anda di sini dengan selesa dan seronok. 

  • Alamat: 2 Jalan Punchak, Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Laman Web: Menara Kuala Lumpur

10. Berjaya Times Square Theme Park

Berjaya Times Square Theme Park adalah taman tema tertutup terbesar di Malaysia yang terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square. 

Taman tema ini menawarkan pelbagai jenis permainan dan tarikan untuk kanak-kanak, termasuk roller coaster, bumper cars, carousel, dan banyaaak lagi.

Taman ini mempunyai kawasan permainan yang luas, selasa, selamat dan pelbagai aktiviti interaktif. Ini menjadikannya tempat yang ideal untuk seisi keluarga berseronok.

Terdapat juga zon kanak-kanak khas yang direka untuk keselamatan dan keseronokan kanak-kanak yang lebih kecil. 

Luangkan masa sehari untuk mencuba semua jenis permainan dan bermain sehingga puas!

Dapatkan tiket masuk di Klook untuk harga istimewa. Anda boleh buat carian di bawah ini: [Taip: Tiket Masuk Berjaya Times Square Theme Park]

Klook.com

11. Restoran JIBRIL, Publika

Salah satu tempat makan menarik di KL ini terletak di Publika, Solaris Dutamas. Ada banyak sebab kenapa anda perlu ‘explore’ Restoran JIBRIL ketika bercuti di Kuala Lumpur.

Bagi yang dah tahu, Restoran JIBRIL sebelum ini ‘viral’ dengan ‘pintu rahsia’ yang tersembunyi di sebalik rak buku atau dinding batu bata. Tapi outlet di Publika ini nampak macam restoran ‘normal’. Walau bagaimanapun, dekorasi luaran dan dalamannya paling eksklusif, tenang dan romantik ‘feel’nya.

Apa yang cukup unik tentang restoran ini selain ambience yang ditawarkan sudah tentulah pada menunya. Dari makanan berat, snek, pencuci mulut, minuman semuanya ada bermacam-macam pilihan. Lagi best, menunya lain daripada lain – anda boleh merasai gabungan elemen makanan Melayu, Cina, dan India dalam satu hidangan yang istimewa.

Antara yang famous adalah pelbagai jenis makanan berasaskan butter seperti Green Curry Butter Clam, Salted Egg Butter Chicken, Nasi Lemak Butter, Salted Egg Butter Lobster, Assam Thai Butter Clam dan Salted Egg Croissant.

Selain itu, terdapat banyak pilihan minuman mocktail yang direka khas seperti Potter, Newton, Specter, Cleopatra, Onde-onde, dan juga Mango Cheesecake.

Ramai yang anggap semua restoran di Publika tentulah mahal kan? Tapi Restoran JIBRIL ini menawarkan harga yang berpatutan. Dengan portion besar dan pilihan menu yang pelbagai, restoran ini memang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Menu kanak-kanak pun ada tau! Tengok senarai Harga & Menu Restoran JIBRIL di Outlet Publika : https://jibrilss15.com/publika-outlet/

Oh ya, Restoran JIBRIL ini adalah milik Melayu Muslim dan mempunyai sijil halal daripada JAKIM ya, boleh makan tanpa was-was!

12. Royal Selangor Visitor Centre

Untuk mengisi percutian dengan ilmu dan pengalaman baru bersama anak-anak, anda boleh berkunjung ke Royal Selangor Visitor Centre. 

Royal Selangor Visitor Centre adalah tempat yang menarik untuk belajar tentang sejarah dan pembuatan pewter.

Lawatan ke pusat ini membolehkan anak-anak melihat proses pembuatan pewter daripada dekat. Sangat menarik!

Di samping itu, terdapat juga aktiviti hands-on seperti membuat pewter sendiri. Ini akan memberikan sebuah pengalaman yang unik dan berharga kepada anak-anak anda.

Pusat ini juga mempunyai muzium yang mempamerkan pelbagai barangan pewter yang indah. 

13. KidZania Kuala Lumpur

Satu lagi tempat menarik di KL adalah KidZania, sebuah bandar mini di mana kanak-kanak boleh “bekerja” dalam pelbagai profesion dan belajar tentang kerjaya dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat. Mereka boleh menjadi doktor, juruterbang, polis, bomba dan pelbagai lagi!

Di sini, anak anda berpeluang menjalani pengalaman dunia kerja sebenar. Setiap aktiviti di KidZania dirancang untuk menggalakkan pembelajaran melalui permainan dan kreativiti. Tempat ini juga membantu anak-anak mengembangkan kemahiran sosial dan keyakinan diri. 

Lawatan ke KidZania pasti akan memberikan anak-anak anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mengalakkan mereka untuk mencapai cita-cita dan kerjaya yang diimpikan. 

  • Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
  • Laman Web: KidZania Kuala Lumpur

14. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara adalah tempat yang menarik untuk anak-anak belajar tentang sains melalui pameran dan aktiviti interaktif. 

Terdapat pelbagai pameran yang mengujakan dan mendidik disediakan termasuklah pameran tentang fizik, kimia, dan biologi. Aktiviti seperti eksperimen sains dan aktiviti praktikal pasti memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak anda.

  • Alamat: Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Pusat Sains Negara

15. Breakout Avenue K – Escape Room

Jika anak-anak anda sukakan aktiviti dan permainan yang mencabar, anda boleh bawa mereka ke Breakout Avenue K – Escape Room di Kuala Lumpur. 

Escape Room adalah permainan teka-teki yang mencabar di mana pemain perlu mencari jalan keluar dari bilik dengan menyelesaikan pelbagai teka-teki.

Permainan ini memerlukan kerjasama, kreativiti, dan pemikiran kritis dan membantu minda anak anda untuk berkembang. 

Sumber: Trip Advisor

Aktiviti ini mesra keluarga di mana ibu bapa abang kakak adik semua pun boleh ikut main bersama. Cuma pastikan ibu bapa atau orang dewasa memberi bimbingan kepada anak-anak yang lebih kecil. Apapun, permainan ini memang seronok!

NOTA: Sila rujuk had umur anak-anak anda sebelum merancang ke sini. 

  • Alamat: Avenue K, Level 3, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Escape Room

16. Kuil Thean Hou

Kuil Thean Hou ini bukan sahaja menjadi tempat ibadat, tetapi juga simbol warisan dan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia.

Anda boleh bawa anak-anak ke sini untuk memberi pendedahan tentang budaya masyarakat majmuk yang ada di Malaysia. 

Untuk pengetahuan anda, kuil ini adalah salah satu kuil tertua dan terbesar di Asia Tenggara. Seni binanya yang menarik dan suasana pemandangan kota Kuala Lumpur dari atas bukit menjadikan ia tempat yang menarik untuk dikunjungi. 

Lawatan ke Kuil Thean Hou  dapat memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang budaya dan agama dalam suasana yang edukatif. Apa yang penting, jangan lupa ajarkan anak-anak anda tentang adab sopan semasa berada di tempat ibadah.

  • Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Thean Hou Temple

17. Taman Rama-rama

Taman Rama-rama juga adalah salah satu tempat menarik di KL yang wajib anda kunjungi bersama keluarga. Di taman ini terdapat lebih 5,000 rama-rama daripada 120 spesies yang berbeza. 

Di sini, anak-anak anda boleh belajar tentang kehidupan rama-rama dan melihat proses metamorfosis secara langsung.

Bukan itu sahaja, di taman ini juga anak-anak anda boleh melakukan aktiviti menangkap rama-rama dan sesi fotografi bersama keluarga dengan suasana alam semulajadi. 

Sumber: Facebook Butterfly Park

Selain rama-rama, taman ini juga dihiasi dengan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan yang menarik serta habitat semula jadi yang menakjubkan.

  • Alamat: Jalan Cenderasari, Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Butterfly Park

18. Tugu Negara

Tugu Negara merupakan salah satu monumen terpenting di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Ia dibina untuk memperingati para pahlawan yang telah gugur demi negara. 

Monumen ini terdiri daripada patung gangsa yang menggambarkan tujuh askar yang memegang bendera Malaysia, melambangkan keberanian, kekuatan, kepimpinan, pengorbanan, penderitaan, persahabatan, dan kewaspadaan.

Sumber: Visit Selangor

Melawat Tugu Negara bukan sahaja memberikan pengalaman yang bersejarah, tetapi juga peluang pendidikan yang berharga untuk kanak-kanak.

Melalui lawatan ke Tugu Negara, anak-anak anda boleh belajar mengenai sejarah negara dan memahami pengorbanan yang dilakukan oleh para pahlawan.

Jangan lupa abadikan kenangan dengan mengambil gambar bersama monumen dan terokasi lagi tempat menarik di KL nanti.

  • Alamat: Jalan Tugu, off Jalan Parlimen, 50480, Kuala Lumpur
  • Laman Web: – 

19. Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini menampilkan pelbagai hasil seni dan kraf tradisional Malaysia.

Di sini, anak-anak boleh belajar tentang seni kraf seperti batik, tenunan, dan ukiran kayu melalui demonstrasi dan bengkel. 

Aktiviti hands-on seperti membuat batik sendiri pasti akan memberikan pengalaman edukatif yang berharga untuk anak anak. Pusat ini juga mempunyai galeri seni yang mempamerkan hasil karya seni yang indah. 

Lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan anak-anak kepada seni dan budaya tradisional Malaysia.

  • Alamat: Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Kompleks Kraf

20. Pasar Seni

Pasar Seni bukan sahaja syurga membeli-belah untuk pelbagai barangan seni dan kraf, tetapi juga destinasi menarik untuk dilawati bersama anak-anak.

Sumber: New Strait Times

Banyak kedai di Pasar Seni menawarkan aktiviti melukis dan mewarna untuk kanak-kanak.

Ini adalah aktiviti yang amat baik untuk menggalakkan kreativiti anak-anak sambil berseronok.

Selain itu, anak-anak anda juga  boleh melihat pelbagai barangan kraf seperti batik, ukiran kayu, dan anyaman. 

Pasar ini juga mempunyai pelbagai kedai makanan dan restoran yang menawarkan hidangan tempatan yang lazat.

Kemudahan-kemudahan lain seperti ruang rehat, tempat duduk dan tandas juga disediakan.

  • Alamat: Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Central Market

21. Muzium Negara

Muzium Negara menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman yang menyeronokkan serta edukatif untuk anak-anak.

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: Muzium Negara

Di muzium ini, anak-anak anada dapat melihat fosil-fosil, artifak zaman prasejarah, termasuk replika manusia prasejarah dan haiwan-haiwan purba. Ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami kehidupan awal manusia di bumi Malaysia.

Bukan itu sahaja, mereka juga oleh mempelajari tentang perkembangan Malaysia selepas merdeka sehingga ke hari ini. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: Muzium Negara

Jadi, jika anda mencari tempat untuk dikunjungi di Kuala Lumpur yang mesra kanak-kanak dan berinformasi, Muzium Negara adalah pilihan yang tepat.

  • Alamat: Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur.
  • Laman Web: Muzium Negara

22. MinNature Malaysia

Salah satu tempat menarik di KL yang tak ramai tahu ini terletak di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, MinNature. Ia adalah tempat yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak.

Di sini, mereka dapat menyaksikan replika miniatur yang menggambarkan pelbagai pemandangan, bangunan, dan kehidupan harian di Malaysia. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: MinNature Malaysia

Salah satu tarikan untuk kanak-kanak di sini ialah, aktiviti mencari harta karun. Kanak-kanak perlu mencari objek tersembunyi dalam pameran miniatur. Permainan ini sangat menyeronokkan dan sesuai untuk mengelakkan anak anda bosan. 

20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Sumber: MinNature Malaysia
  • Alamat: Level 1, Green Zone above Giant Supermarket, Sungei Wang Plaza, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
  • Laman web: MinNature Malaysia

Kesimpulan

Memang ada banyak sangat tempat menarik di KL yang sesuai untuk percutian bersama anak-anak.

Dari pusat sains interaktif, taman tema yang mengujakan, muzium yang interaktif hinggalah alam semula jadi yang mendamaikan, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

Jadi, jika anda merancang percutian bersama keluarga di KL, jangan lupa melawat tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas.

Selamat bercuti!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut