Tempat Menarik di Hatyai 2024 – Sesuai untuk Percutian Bajet!

tempat menarik di Hatyai
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tempat Menarik di Hatyai 2024 – Sesuai untuk Percutian Bajet!

Thailand kini menjadi salah satu negara yang menjadi pilihan ramai pelancong untuk dilawati kerana mata wangnya yang rendah dan tarikannya yang pelbagai. 

Salah satu destinasi di Thailand yang menjadi pilihan untuk bercuti terutamanya dalam kalangan pelancong dari Malaysia dan Singapura, ialah Hatyai. 

Ia terkenal dengan kepelbagaian budaya, makanan tempatan yang lazat serta beberapa tarikan lain seperti pasar malam, pasar terapung, tempat bersejarah, lokasi membeli-belah yang murah dan sebagainya. 

Berikut dikongsikan senarai tempat menarik di Hatyai untuk membantu anda merancang percutian.

Jom baca!

Tempat Menarik di Hatyai 

1. Khlong Hae Floating Market

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu operasi: Setiap Jumaat hingga Ahad, dari jam 3 petang hingga 9 malam.

Pasar Terapung Khlong Hae bukan lagi sesuatu yang asing untuk pelancong yang berkunjung ke Hatyai. Ia merupakan antara tarikan utama yang popular di Thailand. 

Untuk pengetahuan anda, Pasar Terapung Khlong Hae ini adalah pasar terapung yang pertama di Thailand selatan. 

Terdapat pelbagai produk tempatan seperti makanan, minuman serta cenderamata yang dijual di perahu-perahu kayu kecil. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Antara makanan yang patut anda cuba di sini adalah mango sticky rice, pad thai dan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisional Thailand yang lainnya. 

Selain terkenal dengan pelbagai jenis produk tempatan yang dijual, pasar terapung ini juga sering menjadi tumpuan pelancong kerana kemeriahan suasananya. ‘Vibes’ membeli disini lain daripada lain tau!

Tips: Pastikan anda datang awal untuk mengelakkan kesesakan dan pastikan anda membawa wang tunai kerana kebanyakan penjual tidak menerima kad kredit. Jangan lupa gunakan kemahiran tawar menawar anda untuk mendapatkan harga terbaik!

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Phuket, Sesuai Untuk Percutian Bajet!

2. ASEAN Night Bazaar Hatyai

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu operasi: Setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 4.30 petang hingga 10 malam.

Selain pasar terapung, Hatyai juga terkenal dengan pasar malamnya. Pasar malam yang terbesar di Hatyai ialah ASEAN Night Bazaar Hatyai.

Pasar malam ini menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori dan cenderamata dengan harga yang sangat berpatutan. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Di bahagian atas bazaar, terdapat deretan gerai makanan yang menjual macam-macam jenis hidangan tempatan. Seperti biasa, jangan lupa gunakan kemahiran tawar-menawar anda!

Pastikan juga anda membawa tunai secukupnya, kerana kebanyakan gerai tidak menerima pembayaran melalui kad.

Sumber: Google Review

Tips: Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tempatan seperti tom yum, som tam, aneka makanan jalanan dan makanan tempatan Thailand yang lain. Walaupun kebanyakan makanan yang dijual adalah halal, namun jangan lupa untuk memastikan status makanan anda setiap kali melakukan pembelian.

3.  Greenway Night Market

Sumber: Google Review

Waktu operasi: Setiap hari, kecuali hari Isnin, dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Sekiranya anda kurang gemar suasana yang sesak dan ramai orang, anda boleh berkunjung ke Greenway Night Market. Suasana di pasar malam ini lebih santai jika dibandingkan dengan ASEAN Night Bazaar Hatyai. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Di pasar malam ini, pengunjung boleh  menemui pelbagai jenis barangan termasuk pakaian terpakai, barangan hiasan rumah, produk kraftangan dan semestinya makanan. 

Pilihan makanan yang ada di pasar ini merangkumi snek jalanan Thailand, makanan tradisional Thailand, pencuci mulut dan sebagainya. 

Sumber: HelloTravel

Suasana pasar ini pun lebih hipster/moden berbanding ASEAN Night Bazaar Hatyai. Terdapat juga pelbagai jenis kemudahan yang disediakan untuk memastikan keselesaan pengunjung. 

Tips: Datang dengan perut kosong! 

4. Wat Hat Yai Nai

Waktu operasi: Setiap hari, dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Sumber: Photo Dharma

Menempatkan sebuah patung Buddha yang berbaring (Reclining Buddha) sepanjang 35 meter (terbesar di selatan Thailand) menjadikan Wat Hat Yai Nai sebuah kuil yang cukup popular di Hatyai.

Patung Buddha ini, yang dikenali sebagai “Phra Phuttha Hattha Mongkhon,” tersebut berukuran sekitar 35 meter panjang, 15 meter tinggi, dan 10 meter lebar. Patung ini sering menjadi spot popular untuk mengambil gambar kenangan.

Pengunjung boleh menaiki Tuk-tuk atau teksi untuk sampai ke sini dari pusat bandar Hatyai.

Tips: Pelawat disarankan untuk mematuhi kod etika pakaian yang sesuai dan melawat pada waktu pagi untuk menikmati suasana yang tenang. Elakkan membuat bising atau mengganggu mereka yang beribadah. Pastikan juga untuk mengambil gambar secara hormat di kawasan kuil.

5. Pantai Samila

Sumber: Thailand Travel Guide

Waktu operasi: Dibuka 24 jam.

Selain keindahan alam semulajadinya, Pantai Samila juga cukup terkenal dengan patung Mermaid Emas (Samila Mermaid) yang menjadi ikon pantai tersebut. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah bersantai, bermain pasir, mengambil gambar bersama patung duyung, bermain layang-layang dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan laut segar di restoran berhampiran ya!

Tips: Sebaik datang pada waktu awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan panas terik. Pilih hari biasa (bukan cuti) untuk mengelakkan kesesakan dan dapatkan tempat terbaik untuk melihat patung duyung.

6. Hatyai Municipal Park

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: visithatyai.com 

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pagi sehingga 8 malam.

Hatyai Municipal Park adalah merupakan sebuah taman rekreasi yang luas dan penuh dengan tarikan menarik.

Pengunjung boleh menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan panorama bandar Hatyai dan sekitarnya dari puncak bukit. 

Sumber: Thailand Cars Rentals

Bukan itu sahaja, di atas bukit juga terdapat beberapa patung dewa-dewi yang besar, menjadikannya tempat yang menarik untuk bergambar.

Klook.com

7. Wat Tham Khao Rup Chang

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi sehingga 6 petang.

Wat Tham Khao Rup Chang adalah sebuah kuil gua yang unik. Kuil ini terletak dalam sebuah gua semula jadi yang mempunyai formasi batu kapur yang luar biasa. 

Selain menjadi tempat ibadah yang penting bagi masyarakat Buddha tempatan, gua ini sendiri juga merupakan tarikan semula jadi yang memukau.

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Tips: Sila pakai kasut yang selesa kerana anda perlu berjalan menaiki tangga dan kawasan curam di sesetangah bahagian gua.

8. Magic Eye 3D Museum

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi:Setiap hari, 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Muzium Magic Eye 3D adalah salah satu tarikan interaktif di Hatyai. Muzium ini menawarkan pengalaman seni ilusi optik yang menarik, di mana pelawat boleh berinteraksi dengan lukisan 3D. 

Terdapat juga ruang-ruang dengan tema yang pelbagai. Ini membolehkan pengunjung mengambil gambar dengan dlatar belakang yang kelihatan seolah-olah ‘hidup’. 

Tips: Pastikan cas kamera/telefon bimbit anda penuh untuk membolehkan anda mengambil gambar sepuasnya!

9. Central Festival Hatyai

Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi sehingga 9 malam. 

Bagi kaki shopping, Central Festival Hatyai adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Pusat beli-belah terbesar di Hatyai ini menawarkan pelbagai jenama terkenal, daripada fesyen, kosmetik, barangan elektronik hingga kepada aksesori rumah. 

Selain itu, terdapat juga restoran-restoran yang menyajikan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa. 

Tarikan lain seperti taman tema mini dalaman, panggung wayang IMAX, dan kawasan permainan untuk kanak-kanak juga ada di sini. 

Pada tahun 2024, pusat beli-belah ini telah membuat renovasi di beberapa bahagian dengan penambahan tarikan-tarikan baru yang lebih moden. 

10. Phra Mahathat Chedi Traiphob Traimongkol

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Tourism Authority of Thailand

Waktu Operasi: – 

Phra Mahathat Chedi Traiphob Traimongkol atau juga dikenali sebagai Pagoda Besi (Iron Pagoda) merupakan salah satu tempat menarik di Hatyai yang anda boleh dilawati. 

Ia terletak di puncak bukit dan mempunyai dengan seni bina unik yang diperbuat daripada besi serta dikelilingi oleh loceng dan gong. 

Pagoda ini sebenarnya adalah sebuah kuil Buddha yang menjadi tempat ibadah sekaligus tarikan pelancong di Hatyai. 

Pada waktu malam, pagoda ini akan dihiasi dengan cahaya lampu-lampu yang membuatkannya semakin menarik.

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Trip Advisor

11. Songkhla Zoo

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Songkhla Zoo

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi sehingga 4.30 pagi.

Untuk pengalaman percutian yang bermakna bersama anak-anak, anda boleh singgah ke Songkhla Zoo. Ia terletak hanya lebih kurang 30 minit daripada bandar utama Hatyai. 

Zoo ini menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti gajah, harimau, tapir, badak air dan banyak lagi. Terdapat juga pertunjukan haiwan yang menghiburkan serta aktiviti memberi makan haiwan yang pasti akan menarik perhatian kanak-kanak. 

Dengan landskap hijau yang indah, Zoo Songkhla merupakan tempat terbaik untuk bersantai sambil belajar tentang haiwan di habitat yang hampir menyerupai semula jadi.

12. Jiranakorn Market (Florida night market)

Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 petang sehingag 11.30 malam.

Pasar Malam Jiranakorn, juga dikenali sebagai Pasar Malam Florida, adalah syurga bagi peminat makanan. 

Pengunjung dapat merasai pelbagai hidangan autentik Thailand seperti pad thai, som tam, dan pencuci mulut tradisional dengan harga yang sangat berpatutan. Hampir semua makanan yang dijual adalah halal. 

Jika anda inginkan pengalaman pasar malam yang santai dan tidak terlalu sesak, anda bolehlah datang ke sini. Anda boleh menjumpai lebih banyak warga lokal di sini berbanding pelancong.

13. Masjid Pusat Songkhla

Sumber: TakeMeTour

Waktu Operasi: Setiap hari. 

Terkenal dengan seni binanya yang dikatakan mirip seperti Taj Mahal, masjid ini sering kali menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar ataupun singgah menunaikan solat. 

Masjid Pusat Songkhla merupakan mercu tanda ikonik bagi komuniti Islam di Hatyai dan sekitarnya. Ia juga adalah lambang keharmonian budaya dan agama di Songkhla serta menjadi salah satu tempat bersejarah yang wajib dikunjungi di Hatyai. 

14. Cafe Amazon

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30 pagi sehingga 8:00 malam.

Bagi peminat kopi, anda boleh singgah ke Cafe Amazon untuk merasai kopi berkualiti tinggi yang dijual di sini. Selain kopi, terdapat juga pelbagai kek dan pastri untuk dinikmati bersama. 

Dengan suasana tropikal yang santai dan banyak sudut yang estetik, kafe ini juga sering menjadi lokasi pengunjungnya mengambil gambar ootd (outfit of the day). Memang lawa ambil gambar dekat kafe ni!

15. Seaverse Cafe & Restaurant

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi sehingga 7 malam

Selain Cafe Amazon, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung juga ke Seaverse Cafe & Restaurant. Restoran ini menawarkan pemandangan laut yang indah serta hidangan makanan laut yang lazat. Suasananya ala-ala macam di pulau. 

Menu di sini menampilkan hidangan makanan laut segar serta hidangan antarabangsa yang memenuhi selera pelbagai pengunjung. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Jika anda mencari tempat untuk menikmati hidangan istimewa sambil menikmati keindahan alam berlatarbelakangkan pemandangan laut yang cun melecun, Seaverse Cafe & Restaurant adalah lokasi yang tepat.

16. Ku Tao Hanging Leg Noodles

Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 pagi sehingga 7 malam.

Satu lagi restoran viral yang wajib anda kunjungi di Hatyai ialah, Ku Tao Hanging Leg Noodles. Kedai makan ini terkenal dengan konsep ‘hanging leg noodles’. 

Di sini, pengunjung dapat menikmati makanan sambil duduk dengan kaki bergantung di atas air. Menarikkan? 

Restoran ini menyediakan makanan halal untuk para pengunjungnya. 

Tips: Sebaiknya datang lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk kerana restoran ini sering penuh dengan pelanggan.

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

17. Kao Seng Rock

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi sehingga 7 malam.

Kao Seng Rock adalah sebuah destinasi fotografi yang sering menjadi tumpuan untuk para pelancong yang inginkan gambar menarik. 

Sumber: Google Review

Di sini terdapat formasi batuan semula jadi yang bersaiz besar. Lokasinya yang terletak di tepi pantai, menambahkan lagi daya tarikannya. 

18. Baan Iyara Massage & Cafe

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (11 pagi – 12 malam), Jumaat-Ahad (10 pagi – 12 malam)

Tidak sahlah kan kalau ke Thailand tapi tak singgah di spa atau pusat urutan. Bagi wanita muslimah, anda boleh singgah ke pusat urutan mesra muslimah. Baan Iyara Massage untuk mendapatkan pengalaman relaksasi terbaik. 

Pusat urutan ini menawarkan pelbagai jenis urutan tradisional Thai yang boleh membantu melegakan dan menyegarkan badan. Dah penat jalan sana sini, bolehlah datang ke sini untuk merehatkan badan. 

Bukan itu sahaja, kafe yang berkonsepkan pusat urutan ini juga menjual pelbagai minuman dan snek ringan untuk pengunjungnya. 

Tips: 

19. Hatyai Kitchenware (Peng Heng Chan)

Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 8.30 pagi sehingga 7 malam. 

Bagi kaum ibu-ibu, Peng Heng Chan atau lebih dikenali sebagai Hatyai Kitchenware adalah destinasi yang wajib anda singgah. Ia merupakan lokasi yang popular untuk membeli perkakas dapur yang berkualiti tinggi di Hatyai. 

Terdapat pelbagai pilihan produk dapur seperti periuk, kuali dan peralatan memasak lain yang dijual dengan harga yang berpatutan. 

20. Kaysorn Souvenir 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 pagi sehingga 6 petang (kecuali Ahad, 8 pagi sehingga 6 petang).

Sebelum pulang, pastikan anda singgah ke Kaysorn Souvenir ini untuk membeli cenderahati unik dan autentik dari Hatyai. 

Kedai ini menawarkan pelbagai pilihan barangan tempatan Thailand seperti kraftangan tradisional,  makanan ringan Thai dan macam-macam lagi. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Tips: Semak dulu harga cenderahati di beberapa kedai sebelum membuat pembelian untuk mendapatkan harga terbaik. Jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak, mungkin anda boleh mendapatkan diskaun tambahan. Jangan lupa bawa beg tambahan untuk meletakkan barang yang diberli.

21. Nora Plaza

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi sehingga 6 petang.

Nora Plaza adalah tempat yang wajib dikunjungi khususnya bagi pengunjung yang ingin mencari barangan sutera Thai asli dan kraftangan tempatan. 

Selain terkenal dengan koleksi kain suteranya yang berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan teknik tradisional, Nora Plaza ini juga menjual pelbagai jenis barangan yang sesuai dijadikan sebagai ole-ole. 

Tempat Menarik di Hatyai 2024 - Sesuai untuk Percutian Bajet!
Sumber: Google Review

Penutup

Dengan jarak yang dekat dan kos yang berpatutan, ramai memilih Hatyai sebagai tempat percutian hujung minggu atau percutian singkat.

Walaupun kecil berbanding bandar-bandar besar lain di Thailand, Hatyai mempunyai daya tarikannya tersendiri ada yang pastinya akan memberikan pengalaman berharga kepada setiap pengunjungnya. 

Semoga senarai tempat menarik di Hatyai yang dikongsikan di atas dapat memudahkan anda merancang percutian anda. Selamat bercuti!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut