10+ Tempat Menarik di Batam, Indonesia [2025]

10+ Tempat Menarik di Batam [2025]
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

10+ Tempat Menarik di Batam, Indonesia [2025]

Kalau hujung minggu anda terasa membosankan, haa apa kata anda ke terminal feri di Johor dan beli tiket feri untuk ke Batam, Indonesia!

Batam adalah sebuah pulau yang terletak lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja dari Johor dengan menaiki feri. Dekat je dan sangat mudah diakses.  

Jadi, apa tarikan dan tempat menarik di Batam? Jom teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut! 

BACA JUGA: Johor ke Batam – Cara Naik Feri Dari Johor + Cadangan Itinerari

10+ Tempat Menarik di Batam 2025

1. Pantai Nongsa

  • Waktu Operasi: 24 jam
  • Tiket masuk: Rp 3.000/orang

Pantai Nongsa adalah salah satu destinasi pantai yang popular dan menarik di Batam. Pantai ini adalah merupakan spot terbaik untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Batam. 

Selain itu, ia juga menjadi lokasi pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti air yang seperti jet ski, banana boat, parasailing dan lain-lain. 

Sumber: FB Pantai Nongsa

Di pantai ini juga ada beberapa resort mewah untuk mereka yang ingin menginap. Resort-resort ini biasanya menawarkan pakej termasuk aktiviti pantai dan lawatan ke tempat-tempat menarik berdekatan.

2. Jambatan Barelang

  • Waktu Operasi: – 
  • Tiket masuk: – 

Jambatan Barelang ni merupakan salah satu mercu tanda (landmark) di Batam yang terkenal. Ia menjadi penghubung beberapa pulau di Batam.

Sumber: Batam Tourism Information

Apa yang menarik dengan jambatan ini?

Tarikan jambatan ini adalah pemandangan yang ditawarkannya. Anda boleh melihat panorama lautan yang luas dan pulau-pulau kecil di sekitarnya. 

Selain itu, ia juga merupakan lokasi terbaik untuk mengambil gambar semasa matahari terbenam. Yang paling utama, utamakan keselematan anda!

3. Pantai Viovio

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 06.00 – 21.00 WIB
  • Tiket masuk: Rp 10.000–Rp 25.000/orang

Selain Pantai Nongsa, Pantai Viovio juga antara pantai yang popular di Batam. Salah satu tarikan utamanya adalah ayunan yang terletak di tengah laut. Ayunan ini menjadi spot kegemaran ramai pengunjung untuk mengambil gambar. 

Sumber: Batam Terminal

Di pantai ini juga terdapat banyak kemudahan umum seperti gazebo untuk bersantai, surau dan warung makan. 

4. Ocarina Theme Park

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 09.00 – 22.00 WIB
  • Tiket masuk: RP 25,000/orang

Ocarina Theme Park adalah antara pilihan tempat menarik di Batam yang mesra keluarga.  

Taman tema ini menyediakan pelbagai jenis permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah ‘giant wheel’, roller coaster, gelongsor air, go kart dan sebagainya. 

Sumber: Tripadvisor

Selain bermain sepuasnya, Ocarina Batam Theme Park juga mempunyai kawasan yang dikenali sebagai Kampung Seni. 

Di Kampung Seni ini, pengunjung boleh menyaksikan persembahan budaya. Ini memberikan peluang kepada pelancong untuk mengenali dan menghargai warisan budaya Indonesia.

NOTA: Buat masa ini, banyak permainan tidak dibuka dan sedang diselenggara. 

5. Nagoya Hill Shopping Mall

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 09.00 – 22.00 WIB
  • Tiket masuk: – 

Jika anda suka membeli-belah, jangan lupa singgah di Nagoya Hill Shopping Mall. Ia adalah pusat beli-belah terbesar di Batam. 

Di sini anda boleh beli pelbagai jenis barang berjenama, makanan tempatan serta cenderamata dengan harga yang lebih rendah berbanding di Malaysia.

Lokasinya yang strategik berhampiran terminal feri Harbour Bay menyebabkan ia mudah diakses oleh pelancong yang datang dari Singapura atau kawasan lain di Batam.

6. Batam Miniature House

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 08.00 – 18.00 WIB
  • Tiket Masuk: – 

Batam Miniature House atau lebih dikenali sebagai Miniature House Indonesia adalah satu lagi destinasi menarik di Batam untuk diterokai. 

Taman ini menawarkan pengalaman budaya dengan mempamerkan replika miniatur rumah-rumah tradisional dari seluruh Indonesia. Setiap replika tersebut mewakili gaya seni bina yang berbeza-beza dari pelbagai wilayah, seperti Sumatra, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi.

Masuk percuma sahaja. 

7. Taman Rusa Sekupang

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 07:00 – 18:00 WIB.
  • Tiket Masuk: Rp5.000 (dewasa), Rp2.500 (kanak-kanak)

Taman Rusa Sekupang adalah destinasi menarik untuk membawa anak-anak melihat rusa secara dekat. Selain rusa, ada juga beberapa jenis haiwan lain seperti arnab, angsa dan burung merpati.

Terdapat kawasan di mana pengunjung boleh melihat dan memberi makan rusa secara langsung. Taman ini juga menyediakan pelbagai tempat menarik untuk bergambar, termasuk rumah pokok, stonehenge, dan gazebo. 

Taman Rusa Sekupang juga sedang dikembangkan dengan konsep “Smart and Green Garden” untuk meningkatkan daya tarikannya. Yang menariknya lagi, terdapat taman permainan disediakan untuk kanak-kanak. 

8. Kampung Vietnam

  • Waktu Operasi: Setiap hari, pukul 07:00 – 18:00 WIB.
  • Tiket Masuk: Rp5.000 (dewasa), Rp2.500 (kanak-kanak)

Kampung Vietnam yang juga dikenali sebagai Camp Vietnam atau Galang Refugee Camp adalah sebuah lokasi bersejarah di Pulau Galang, Batam, Indonesia.

Ia merupakan bekas sebuah perkampungan bersejarah yang pernah menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Vietnam. Kini, Kampung Vietnam ini telah dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan sejarah (muzium) yang menarik di Batam.

Di sini, anda boleh melihat bangunan-bangunan bersejarah, artifak dan pameran yang menggambarkan kehidupan pelarian Vietnam pada masa dahulu. 

9. Pulau Abang

  • Waktu Operasi: –
  • Tiket Masuk: (ikut pakej)

Pulau Abang juga salah satu tempat menarik di Batam yang terkenal dengan keindahan bawah lautnya. Dengan terumbu karangnya yang cantik dan air laut yang jernih, pulau ini menjadikan destinasi popular untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. 

Sumber: suara batam

Selain aktiviti bawah air, Pulau Abang juga menawarkan pantai yang indah dengan pasir putih dan air yang jernih serta dikelilingi oleh pokok kelapa dan bakau. Memang cantik sangat landskap di pulau ini!

Untuk mengunjungi Pulau Abang, anda perlu menaiki bot dari Jambatan 6 Barelang. 

10. Bukit Clara

  • Waktu Operasi: –
  • Tiket Masuk:

Bukit Clara ni memang tempat wajib singgah di Batam. Di sinilah tempat orang selalu ambil gambar berlatar belakangkan tulisan “Welcome to Batam”. 

Selain spot mengambil gambar, di sini juga ada banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan. Inilah masanya untuk anda mencuba makanan tempatan Batam 

Terdapat juga taman di mana anda boleh bersantai dan menikmati suasana di hadapan monumen tersebut. 

11. Kepri Coral Resort

  • Waktu Operasi: –
  • Tiket Masuk:

Kepri Coral Resort adalah destinasi pelancongan baru di Batam yang menawarkan resort atas air serta pelbagai aktiviti seperti snorkeling ,menyelam, berbasikal air, menaiki kanu, memancing dan menjelajah pulau.

Pengunjung juga boleh menikmati keindahan hutan bakau dan pantai berpasir putihnya yang cantik. Bagi mereka yang ingin bermalam, resort ini menyediakan penginapan unik seperti Kampung Dome yang dilengkapi dengan kemudahan setaraf hotel. 

Dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan yang ditawarkan, kunjungan anda ke Kepri Coral Resort pasti memberikan kenangan terindah!

12. Pasir Warna Pink di Blue Fire Beach Club

  • Waktu Operasi: 12.30 PM – 01.00 AM
  • Tiket Masuk: –

Pasir warna pink di Blue Fire Beach Club ini antara tarikan utama di Batam yang unik. Keunikannya membuatkan destinasi ini menjadi viral dan menarik ramai pengunjung. 

Selain pasir warna pink, beach club ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk pengunjung seperti bersantai di tepi pantai, berenang, atau menikmati hidangan di restoran yang tersedia. 

Kalau nak lepak kawasan pasir warna pink, anda perlu beli makanan atau minuman terlebih dahulu. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut