TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2024 / 1446H
Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.
Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.
Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.
Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.
Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.
Tema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan dan siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.
Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445H adalah : “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.
Jom bersama kita meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan menghayati pengajaran dari kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
- 📅 Tarikh : 16 September 2024
- 🕌 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
- Tema: Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
- Live streaming : RTMKlik
Saksikan siaran secara langsung di saluran media sosial rasmi JAKIM dan di RTM TV1 bermula jam 9.00 pagi.
Untuk makluman, tema bagi sambutan 2023 adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani.”
Aktiviti & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024
Sambutan Maulidur Rasul peringkatkan kebangsaan akan berlangsung pada 16 September 2024.
Sebelum tarikh tersebut, beberapa penganjuran program lain akan berlangsung iaitu:
- 13 – 15 September : Karnival Healing De’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
- 15 September : Pameran Artifak Rasulullah SAW & Selawat Perdana di Dataran Putra, Putrajaya
Satu lagi program utama yang akan berlangsung adalah Malam Cinta Rasul 2024 yang akan diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Putra, Putrajaya.
Program akan bermula dengan solat Maghrib dan solat Isya’ secara berjemaah dan akan disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul.
Program Malam Cinta Rasul kali ini akan membawakan 4 orang pentausiyah iaitu:
- Sahibus Samahah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Mufti Selangor)
- Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Bin Othman (Mufti Pulau Pinang)
- Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Manap Bin Lakariba (Timbalan Mufti Sabah)
- Tuan Habib Ali Zainal Abidin.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M, JAKIM turut menjemput anda untuk hadir ke Pameran #Al-Falah yang akan diadakan pada :
📅 Tarikh : 16 September 2024 (Isnin)
🕖 Masa : 7:30 pagi hingga 3:00 petang
🏢 Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan daripada 14 agensi di bawah Agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang bermakna sempena sambutan ini.
Mari bersama kita raikan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dan semarakkan tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.
Semua dijemput hadir!!!
Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia
CUTI MAULIDURRASUL 2024 jatuh pada tarikh berikut: 16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
PERTINDIHAN HARI KELEPASAN AM HARI MALAYSIA & HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W PADA 16 SEPTEMBER 2024
Hari Malaysia dan Maulidur Rasul jatuh pada 16 September (Isnin) tahun ini. Namun dimaklumkan bahawa tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja berikutnya iaitu Selasa, 17 September 2024.
Rujuk kenyataan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui infografik di bawah ini untuk makluman majikan pihak swasta :
Dilampirkan juga kalendar kuda untuk memudahkan anda merancang cuti anda.
Sila rujuk kalendar penuh: Cuti Umum 2024 & Cuti Sekolah Malaysia KPM
Dapatkan Al Quran Digital Al Falah ORIGINAL dilengkapi dengan kelulusan KDN untuk membantu anda mempelajari Quran dengan lebih lancar dan mudah.
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.
Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.
Jom Selawat Ke Atas Nabi!
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW.
Antara selawat yang boleh dibacakan :
- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal
Ketahui lebih lanjut : KEAJAIBAN 40 SELAWAT PILIHAN
Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.