Logo & Tema Hari Kebangsaan 2025 / Hari Malaysia

tema logo hari kebangsaan 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2025

‘Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.

Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025.

tema logo hari kebangsaan 2025

‘Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni’ Dipilih Sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025

‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ diangkat sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama serta logo dikekalkan hingga tahun 2027 telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2025, YB Datuk Fahmi Fadzil pada 11 Jun 2025.

Sambutan bulan kebangsaan dimulakan dengan penganjuran acara berikut:

  • Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 pada 27 Julai 2025 di Johor
  • Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2025 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya
  • Sambutan Hari Malaysia 2025 akan diraikan di Pulau Pinang pada 16 September 2025

Mengenai logo HKHM 2025, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan HKHM 2025, marilah kita sama-sama mengambil tahu dan melaksanakan inisiatif bagi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan perumahan, sekolah dan pejabat-pejabat. Jom bersama kibarkan Jalur Gemilang!

PENJELASAN TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

  • Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan.
  • Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat.
  • Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

Logo Hari Kebangsaan 2025

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2025.

Pemilihan logo Malaysia MADANI yang dikekalkan daripada 2023 ini berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

tema logo hari kebangsaan 2025
tema logo hari kebangsaan 2025
tema logo hari kebangsaan 2025

MUAT TURUN : Logo Hari Kebangsaan 2025 & Buku Tema

logo hari kebangsaan 2023

MUAT TURUN PNG :

Rasional Logo

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

logo malaysia madani

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
logo malaysia madani
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface

Sumber: Youtube Anwar Ibrahim

Malaysia MADANI (Official Lyric Video)

Lirik Lagu

Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface

Lirik :

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

lirik lagu malaysia madani bunkface

Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/

Baca juga:

Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025, sila layari http://merdeka360.my/ atau rujuk Kit Media HKHM 2025 di sini:
https://shorturl.at/S2MhL

Maklumat Lanjut

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia

Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Laman web rasmi: www.merdeka360.my.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut