Telur Kutu: Penyebab Kutu dan Cara Menghapuskannya

Telur Kutu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sangat penting untuk orang yang mempunyai masalah kutu untuk mengetahui cara menghapuskan telur kutu ini. Hal ini kerana, kutu membiak dengan pantas dan banyak dalam satu-satu masa.

Untuk anda yang ingin ketahui lebih lagi berkenaan telur kutu ini dan cara untuk menghapuskannya, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Kutu?

Kutu merupakkan serangga kecil yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kutu ini mempunyai tiga pasang kaki, bewarna kelabu kecoklatan dan tidak mempunyai sayap. Jangkitan kutu pada manusia dikenali sebagai pedikulosis.

Jangkitan kutu pada manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

  • Kutu Kepala (Pediculus Capitis)
    • Berada di bahagian kepala manusia.
    • Selalunya ia akan mudah menjangkiti golongan kanak-kanak.
  • Kutu Badan (Pediculus Humanus)
    • Berada di bahagian badan manusia.
    • Biasanya menjangkiti golongan yang tidak menjaga kebersihan badan.
  • Kutu Kemaluan (Phitrus Pubis)
    • Berada di bahagian kemaluan manusia
    • Biasanya menjangkiti golongan yang tidak menjaga kebersihan badan.

Bagi kutu kepala, mereka akan menghisap darah pada kepala manusia. Ketika menghisap darah, air liur yang mengandungi kesan toksik akan disuntik masuk ke dalam salur darah pada kulit kepala manusia. Ini akan mengakibatkan rasa kegatalan, gelisah dan hilang tumpuan, yang boleh mengganggu aktiviti harian kita.

Untuk pengetahuan anda juga, kutu kepala ini dapat hidup selama lebih kurang 4 minggu dan mempunyai tiga peringkat perkembangan iaitu dari peringkat telur kutu, ke peringkat Nimfa dan akhir sekali peringkat dewasa.

SUMBER: HCTM UKM

Penyebab dan Tanda-Tanda Kutu

Jangkitan kutu rambut ini selalunya berlaku disebabkan serangga ini merangkak dan membiakkan telur kutu ke kepala anda atau anak-anak anda dengan cara berikut:

  • Sentuhan daripada rambut ke rambut dengan individu yang dijangkiti.
  • Berkongsi peralatan peribadi seperti sikat, berus rambut dan aksesori rambut dengan individu yang dijangkiti.
  • Menggunakan bantal atau fabrik pakaian di tempat yang terdapat kutu.

Untuk mengetahui sama ada anda telah dijangkiti atau tidak, anda boleh perhatikan tanda-tanda di bawah:

  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala.
  • Merasakan ada sesuatu merayap di pemurkaan kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Telur kutu ini selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
telur-kutu
Sumber: Sinar Harian

Cara Menghapuskan Kutu dan Telur Kutu

Menurut Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, UKM, cara paling mudah untuk menghapuskan kutu dan telur kutu adalah dengan membotakkan rambut. Hal ini demikian kerana dengan cara ini, kutu dapat dikesan dengan mudah dan pembiakannya dapat dihentikan.

Namun begitu, perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan dan juga mungkin boleh mengganggu emosi kanak-kanak tersebut. Oleh itu selain cara ini, anda juga boleh menggunakan ubat kutu yang boleh anda peroleh di farmasi berdekatan anda.

Penggunaan shampoo khas untuk menghilangkan kutu juga boleh diamalkan sehingga kutu itu hilang sepenuhnya. Anda juga boleh membunuh kutu dengan menggunakan sikat kutu yang telah direndam agar telur kutu dapat dikeluarkan dengan mudah.

Selain itu, anda juga harus membasuh cadar dan membersihkan fabrik-fabrik di rumah anda bagi memastikan kutu tidak melekat di situ. Hal ini bagi memastikan, jangkitan ke atas isi rumah yang lain dapat dielakkan.

ubat-telur-kutu

Jika anda ingin mengetahui tentang penyakit-penyakit lain, anda boleh dapatkan maklumat berkenaan penyakit kelopak garam di SINI.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut