Teka-teki merupakan salah satu bentuk hiburan yang dapat merangsang kecerdasan dan imaginasi seseorang terutamanya teka teki kanak-kanak.
Oleh kerana itulah, kanak-kanak lazimnya tertarik untuk menjawab soalan teka-teki bagi mencabar minda dan pemikiran mereka.
Maksud Teka-Teki
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, teka-teki bermaksud soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga atau soalan utk menduga akal.
Ia juga membawa maksud penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang.
Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.
Manfaat Teka-Teki Kanak-Kanak
Teka-teki sebenarnya mempunyai manfaat untuk kanak-kanak bagi membantu meningkatkan keupayaan berfikir dan kreativiti mereka.
Ia juga membolehkan mereka seronok dan juga memberi peluang untuk belajar.
Melalui teka-teki ini, mereka akan dapat banyak peluang untuk berfikir dan berkembang.
Apabila mereka mula berfikir, ini akan meningkatkan keupayaan otak dan akal mereka untuk berfikir dan memberikan jawapan.
Contoh Teka-Teki Kanak-Kanak
Contoh teka teki ini adalah seperti di bawah:
- Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikutlandasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip - Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar). - Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang). - Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing. - Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan). - Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makantepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut. - Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman. - Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam. - 4 orang kongsi satu payung ketika berjalan. Kenapa seorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan. - Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: SALAH. - Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?
Jawapan: Ketika makan tembikai. - Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba. - Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan adabulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la. - Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow. - Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh. - Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan: Bunga tayar. - Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuangmacam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape. - Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Tumpah la. - Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat. - Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu?
Jawapan: Habuk kayu. - Kotak apa yang tak boleh buka?
Jawapan: Kotak penalti. - Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia
Jawapan: Telur - Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam. - Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais. - Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi takboleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita. - Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin - Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur - Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut - Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan. - Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki - Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. - Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku
Jawapan: Pisang Goreng - Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu
- Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3
Jawapan: Manusia. Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. - Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai teka-teki kanak-kanak, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=CM0gkBD2rTM
Baca juga: Buku Cerita Kanak-Kanak: Muat Turun 6 Kisah Menarik