Di Amerika Syarikat, Black Friday biasanya cukup sinonim dengan musim membeli belah memandangkan banyak penjual akan membuat promosi Black Friday yang menawarkan harga diskaun yang ada kalanya tidak masuk akal.
Black Friday adalah hari jualan besar-besaran yang biasanya diadakan selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving) di Amerika Syarikat.
Pada hari ini, kedai fizikal dan dalam talian membuat promosi tawaran diskaun besar-besaran untuk menarik pembeli.
Tradisi ini menandakan permulaan musim membeli-belah Krismas, di mana ramai orang memburu barang-barang idaman mereka dengan harga yang lebih murah sama ada sebagai hadiah sempena Krsmas atau barangan untuk kegunaan sendiri sahaja.
Kebiasaannya hari yang istimewa ini ialah hari membeli-belah paling sibuk ini di Amerika Syarikat dan penjual mengutamakan hari ini dan Cyber Monday memandangkan ramai pembeli yang memang mahu berbelanja besar untuk sambutan Krismas.
Budaya Black Friday di luar negara
Di luar Amerika Syarikat, Black Friday juga telah menjadi fenomena global, dengan banyak negara lain yang mengadopsi tradisi ini dan menawarkan promosi yang menarik.
Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dengan promosi jualan sempena hari istimewa ini namun suasanya tidaklah seperti di Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat, sempena hari istimewa ini kebiasaannya kedai akan dibuka lebih awal dan para pelanggan sanggup beratur berrjam-jam lamanya di pintu kedai kerana pelanggan yang lebih awal mempunyai lebih banyak pilihan untuk barangan yang boleh dibeli pada harga istimewa.
Artikel berkaitan: 15 SD Card Terbaik Untuk Telefon Pintar, Kamera, Drone & Dash Cam
Promosi Black Friday di Malaysia
Banyak jenama-jenama besar turut menawarwarkan diskaun menarik sempena hari Black Friday.
Sekiranya anda sedang mencari sesuatu, mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk beli pada harga lebih murah daripada harga pasaran.
Berikut merupakan antara promosi sempena Black Friday yang terdapat di Malaysia:
1. Xiaomi Malaysia – Diskaun sehingga RM210!
2. JD Sports – Diskaun sehingga 35%
3. Sephora – Tawaran sehingga 20% diskaun
4. Adidas – Sehingga 50% diskaun + 20% diskaun tambahan
5. SOGO – Sehingga 80% diskaun
6. Bath and Body Works – Promosi Beli 2 Percuma 2
7. Klook – Tawaran menarik untuk pelbagai pakej percutian