Tarikh Haji 2025 – Penerbangan & Info Penting Jemaah Malaysia

Tarikh Haji 2024, Tarikh Penerbangan & Info Penting Untuk Jemaah Haji
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tarikh Haji 2025: Tarikh Penerbangan & Info Penting Jemaah Haji

Selepas berakhirnya bulan Syawal, kini tibalah bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah merupakan bulan yang ke-11 dalam kalendar Hijrah (Islam).

Ia adalah salah satu daripada bulan-bulan suci dalam Islam, yang dikenali sebagai “Asyhurul Hurum” (bulan-bulan yang dihormati).

Pada bulan ini, umat Islam yang layak dan mendapat panggilan haji akan membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji yang dilaksanakan pada bulan Dzulhijjah, iaitu sekitar bulan Jun 2025 ini.

BACA JUGA: Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Untuk Anak / Dewasa Online

Ibadah Haji

Tarikh Haji 2024, Tarikh Penerbangan & Info Penting Untuk Jemaah Haji

Merujuk laman sesawang Mufti WP, Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. 

Manakala dari segi istilah bermaksud  mengunjungi Baitullah (Ka’bah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijjah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. 

Haji merupakan salah satu dari rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya (sekali seumur hidup jika dilakukan lebih dari itu maka ia dikira sunat). 

Firman Allah;

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

 (Surah Ali-Imran: 97) 

Rukun Haji

Rukun haji adalah perbuatan-perbuatan yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika salah satu rukun ini ditinggalkan, maka haji tersebut dianggap tidak sah. Berikut adalah rukun-rukun haji:

1. Niat Ihram (Niat dan Memakai Pakaian Ihram)

Jemaah mesti berniat untuk menunaikan haji dari miqat (tempat yang telah ditetapkan) dan memakai pakaian ihram.   

2. Wukuf di Arafah 

Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah dari waktu Zuhur hingga terbenam matahari. Ini adalah rukun yang paling penting dalam haji.

3. Tawaf Ifadah

Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali yang dilakukan selepas wukuf di Arafah. Tawaf ini dilakukan pada 10 Zulhijjah atau selepasnya.

4. Sa’i

Berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali antara bukit Safa dan Marwah. Ini dilakukan selepas Tawaf Ifadah.   

5. Tahallul

Menggunting atau mencukur sekurang-kurangnya tiga helai rambut setelah selesai melakukan sebahagian rukun haji.

6. Tertib

Mengikut urutan dalam melakukan rukun-rukun haji adalah penting untuk kesahihan ibadah haji.

Tarikh Haji 2025

Haji pada tahun 2024 dijadualkan berlangsung dari Khamis, 8 Jun 2025 hingga Rabu, 10 Jun 2025. Berikut adalah butirannya:

1. 8 Zulhijjah (4 Jun 2025)

 Jemaah memulakan ibadah haji dengan menuju ke Mina dan melakukan ibadah tarwiyah.

2. 9 Zulhijjah (5 Jun 2025)

Wukuf di Arafah, jemaah berada di Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan. Ini adalah kemuncak ibadah haji.

3. 10 Zulhijjah (6 Jun 2025)

Hari Raya Aidiladha. Jemaah melontar Jamrah Kubra di Mina, menyembelih korban, dan melakukan Tawaf Ifadah serta Sa’i.

4. 11-13 Zulhijjah (7-10 Jun 2025)

Jemaah melontar ketiga-tiga Jamrah (Ula, Wusta, dan Kubra) di Mina dan menyelesaikan baki amalan haji.

NOTA: Tarikh-tarikh ini mungkin berbeza sedikit bergantung kepada penampakan anak bulan dan keputusan pihak berkuasa agama di setiap negara. Pastikan untuk mengesahkan tarikh tepat dengan pihak masjid atau badan agama tempatan.

Tarikh Penerbangan Haji – Jemaah Malaysia

Terdapat dua fasa penerbangan haji untuk tahun 1446 H.

Fasa pertama ialah penerbangan pergi, manakala fasa kedua ialah penerbangan balik. 

Penerbangan pergi yang pertama telah diterbangkan pada 29 April 2025 yang lalu dan penerbangan pergi yang terakhir ialah pada 30 Mei 2025. 

Rombongan jemaah pertama tiba di Tanah Suci

Manakala penerbangan balik yang pertama daripada tanah suci ke Malaysia ialah pada 14 Jun 2025, dan penerbangan balik yang terakhir ialah pada 10 Julai 2025. 

Rujuk jadual yang disediakan oleh pihak Tabung Haji di bawah:

Stesen Berlepas

Stesen berlepas Bakal Haji (BH) adalah seperti berikut:-

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
  6. Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu
  7. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
  8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Haji 2025/1446H, sila layari laman web rasmi Tabung Haji atau ikut media sosial rasmi Tabung Haji. 

Sumber:

  1. BAYAN LI AL-HAJ SIRI 2 : PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH SERTA PERBEZAANNYA – Mufti WP
  2. Informasi Haji 1445H/2024M – Tabung Haji 
  3. The Blessed Nights
  4. IslamicFinder
  5. Dar Al-Iftaa
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut