Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2025 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Bagi penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tarikh bayaran gaji bulanan telah dinyatakan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan setiap tahun.
Dengan mengetahui tarikh gaji bulanan anda, diharapkan anda lebih mudah untuk merancang kewangan anda setiap bulan kerana ada kalanya tarikh gaji anda akan diawalkan apabila adanya musim perayaan.
Berikut dikongsikan makluman tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025.
Suka shopping di Shopee? Guna Voucher ni untuk jimat RM120x2 (terhad)
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2025
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.
Jadual Bayaran & Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 22.01.2025 | Rabu | Tahun Baru Cina 29 & 30 Januari 2025 (Rabu dan Khamis) |
Februari | 25.02.2025 | Selasa | |
Mac | 24.03.2025 | Isnin | Hari Raya Puasa 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin dan Selasa) |
April | 24.04.2025 | Khamis | |
Mei | 22.05.2025 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat dan Sabtu) |
Jun | 25.06.2025 | Rabu | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2025 (Ahad dan Isnin) Hari Raya Haji 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu dan Ahad) |
Julai | 24.07.2025 | Khamis | |
Ogos | 25.08.2025 | Isnin | |
September | 25.09.2025 | Khamis | |
Oktober | 16.10.2025 | Khamis | Hari Deepavali 20 Oktober 2025 (Isnin) |
November | 20.11.2025 | Khamis | |
Disember | 18.12.2025 | Khamis | Hari Krismas 25 Disember 2025 (Khamis) |
Baca lagi: Kalendar 2025: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia
Setelah mengetahui jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2025 di atas, diharap anda dapat merancang kewangan dengan sebaiknya.
Berikut dikongsikan lampiran penuh dari SPANM BIL 5/2025:
Harap maklum bahawa tarikh pembayaran gaji bulanan untuk penjawat awam ini terpakai untuk semua negeri di Malaysia.
Soalan Lazim Gaji Penjawat Awam 2025
Gaji untuk bulan 6 akan dibayar pada 25 Jun 2025
Gaji untuk bulan Julai akan dibayar pada 24 Julai 2025
Gaji untuk bulan Ogos akan dibayar pada 25 Ogos 2025
Gaji untuk bulan September akan dibayar pada 25 September 2025
Gaji untuk bulan Oktober akan diawalkan iaitu pada 16 Oktober 2025 sempena Hari Deepavali pada 20 Oktober 2025.
Gaji untuk bulan November akan dibayar pada 20 November 2025.
Tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk bulan 12 akan diawalkan iaitu pada 18 Disember 2025 sempena Hari Krismas pada 25 Disember 2025.
Maklumat terperinci mengenai gaji minimum dan maksimum untuk setiap gred SSPA 1-22 boleh didapati dalam pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berikut: https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/SSPA_LAMPIRAN_D.pdf
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baru telah diselaraskan. Kadar KGT di Gaji Maksimum (KGM) menggantikan kadar tetap 3% yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan 2/2015. Kenaikan gaji ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada Disember 2024 dan Januari 2026.
Fasa 1 (Disember 2024):
Kenaikan gaji untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan dinaikkan sebanyak 4%.
Fasa 2 (Januari 2026):
Kenaikan gaji untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan dinaikkan lagi sebanyak 3%.
Berikut adalah cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam. https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan gaji penjawat awam bagi tahun 2025, boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)
Baca juga: