Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)

tarikh gaji penjawat awam 2021
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berikut adalah tarikh gaji penjawat awam 2021 berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) Bilangan 5 Tahun 2020- Tarikh dan Pembayaran Emolumen Tahun 2021

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 adalah seperti di Jadual di bawah dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4
Disember 2020 – Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.

Baca juga: Login 1GovUC: E-mel & Sistem Komunikasi MyGovUC Penjawat Awam

Tarikh dan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2021

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2021

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2021Isnin 
Februari09.02.2021SelasaTahun Baru Cina – 12 & 13 Februari 2021 (Jumaat & Sabtu)
Mac18.03.2021Khamis 
April22.04.2021Khamis 
Mei06.05.2021KhamisHari Raya Puasa – 13 & 14 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2021 (Ahad & Isnin)
Jun14.06.2021IsninHari Gawai – 1 & 2 Jun 2021 (Selasa & Rabu)
Julai14.07.2021RabuHari Raya Haji – 20 & 21 Julai 2021 (Selasa & Rabu)
Ogos19.08.2021Khamis 
September23.09.2021Khamis 
Oktober25.10.2021Isnin 
November25.11.2021KhamisHari Deepavali – 4 November 2021 (Khamis)
Disember20.12.2021IsninHari Krismas – 25 Disember 2021 (Sabtu)
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Penyata Gaji Online Penjawat Awam

Kini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata Gaji melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  • 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  • 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan versi mobile sedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”. Panduan Pengguna boleh didapati  di Halaman Utama ePayslip JANM mobile. 

Sila rujuk langkah-langkah semakan slip penyata gaji penjawat awam di artikel ini: e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Tarikh bayaran gaji Penjawat Awam atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini
boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut