SEMAKAN TARIKH BAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021
Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra setiap bulan ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.
Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 5 bulan.
Terkini, KWSP telah memaklumkan bahawa bagi bulan Disember ini, bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.
Namun, tarikh bayaran penerima mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Berikut adalah cara membuat semakan kelulusan (bagi yang baru memohon) dan caa melihat status / tarikh bayaran yang lebih tepat melalui i-Akaun ahli KWSP.
Cara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP
i) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra
- Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
ii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Baca juga: Cara Mohon i Citra KWSP (Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah)
Semakan Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Bulanan)
Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Baca juga: Cara Kemaskini No Telefon KWSP Online Bagi Proses OTP/TAC i-Citra
Apakah i-Citra
- Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
- Amaun pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah:
- Sehingga maksimum RM5,000
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Tarikh Bayaran Akhir i-Citra
Permohonan i-Citra telah dibuka mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai telah dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Maka, bagi anda yang membuat permohonan dan menerima bayaran pada bulan Ogos, bayaran akhir i-Citra adalah pada bulan Disember 2021 (tertakluk kepada baki dalam akaun).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).