Tanda Slip Disc, Cara Mencegah dan Kaedah Rawatan
Sakit belakang mungkin sesuatu masalah yang biasa bagi sesetengah orang.
Namun, ia boleh menjadi tanda slip disc yang mungkin ramai tidak sedari.
Ayuh kita sama-sama kenali penyakit ini dengan lebih dekat.
Apa Itu Slipped Disc?
Slipped disc dikenali sebagai gelinciran cakera dalam Bahasa Melayu.
Keadaan ini berlaku apabila cakera di antara tulang belakang tergelincir atau terkeluar daripada kedudukan normal.
Antara punca yang sering dikaitkan dengan slipped disc adalah :
- Postur badan yang tidak betul
- Berat badan berlebihan
- Keturunan
- Faktor penuaan pada cakera tulang belakang
- Trauma atau kemalangan
Ia boleh berlaku di mana-mana lokasi tulang belakang (cervical, thoracic, lumbar).
6 Tanda Slip Disc
Antara gejala yang selalu dialami pesakit adalah :
- Sakit belakang
- Kaki menjadi lemah, sakit atau kebas
- Tanda slip disc yang lebih teruk juga boleh dialami oleh pesakit seperti :
- Kebas pada bahagian punggung
- Lumpuh
- Hilang kawalan untuk membuang air kecil atau air besar (cauda equina syndrome).
Cara Mencegah Slipped Disc
Untuk mengekalkan kesihatan tulang belakang dan mencegah slip disc, anda boleh amalkan beberapa kaedah seperti berikut :
- Membaiki postur terutamanya ketika duduk dan berdiri. Duduk dalam keadaan menegak. Jangan bongkok atau menyandar sehingga menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok.
- Hentikan tabiat merokok
- Amalkan senaman
- Atasi stres atau tekanan
- Kekalkan berat badan yang ideal
- Angkat barat dengan postur yang betul. Tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus ketika menundukkan badan. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan sendi pinggul.
- Tukar kedudukan ketika duduk secara kerap dan sentiasa ingat untuk perbetulkan postur.
Rawatan
Selain mengamalkan kaedah pencegahan, pesakit juga boleh diberikan rawatan seperti berikut :
Ubat Tahan Sakit dan Anti-radang
Pesakit akan diberikan ubat tahan sakit dan anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID) bagi memgurangkan simptom.
Penggunaan Alat Membetulkan Postur
Beberapa alat sokongan seperti bengkung boleh digunakan bagi mengekalkan postur tubuh yang betul.
Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu melindungi pesakit daripada serangan slip disc yang lebih kerap.
Ubat Relakskan Otot
Selain ubat tahan sakit dan anti radang, ubat untuk relakskan otot juga boleh digunakan pada fasa awal serangan slip disc.
Ketika fasa awal serangan, pesakit biasanya akan mengalami kekejangan otot dan sakit di bahagian tulang belakang.
Sekiranya anda mengalami tanda slip disc dan sering sakit belakang, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dengan segera.
Ini bagi mengenalpasti tahap slipped disc yang dialami serta rawatan bersesuaian yang boleh diberikan bagi mengatasinya.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (1), (2)
Baca Juga : Berat Badan Ideal: Cara Mudah Kiraan BMI