Talian Kasih: Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan JKM Setiap Negeri

bantuan jkm talian kasih
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SENARAI NOMBOR TELEFON BILIK GERAKAN JKM & TALIAN KASIH

JKM sedia membantu berhubung permohonan bantuan COVID-19 dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam tempoh pandemik ini.

Berikut dikongsikan no telefon Bilik Gerakan JKM bagi setiap negeri di Malaysia.

Senarai Nombor Telefon Bilik Gerakan atau Talian Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

talian kasih

Sebarang pertanyaan, pihak klien boleh menghubungi No. Telefon Bilik Gerakan JKM yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari waktu bekerja.

Baca juga: Semak Status Penerima PRIHATIN Kasih: RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Talian Kasih JKM

Jika anda mengalami situasi berikut atau anda mengetahui jiran anda atau sesiapa yang lain mengalami situasi yang menyukarkan, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau menerusi aplikasi Whatsapp di 019 261 5999.

Talian bebas tol ini yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun adalah talian integrasi yang merupakan penghubung antara kumpulan sasar dengan pihak kementerian bagi tujuan pertanyaan, aduan dan pemohonan bantuan.

Ia diwujudkan bagi menangani isu berkaitan kumpulan sasar kementerian antaranya penderaan kanak-kanak dan wanita, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja, mangsa bencana, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan isu pemerdagangan orang.

talian kasih
talian kasih

Jika anda mengetahui sesiapa yang memerlukan bantuan, atau anda sendiri memerlukan tele-kaunseling, sila hubungi Talian Kasih pada nombor yang tertera.

Sekiranya perlu, terus laporkan lepada pihak polis.

Semoga membantu!

Baca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan

Maklumat Lanjut

Semua urusan PERMOHONAN bantuan kebajikan boleh boleh dibuat secara ATAS TALIAN ebantuanjkm.jkm.gov.my

Untuk info terkini, sila layari Portal Rasmi JKM di www.jkm.gov.my dan Laman Rasmi Media Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut