Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2024 telah berlangsung pada 6 Februari 2024. Dengan muktamadnya pelancaran ini, pihak sekolah, penganjur dan pelajar yang terlibat bolehlah bersiap sedia melakukan persiapan rapi dengan sebaiknya.
Kejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).
Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.
Sejarah MSSM
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri.
Mesyuarat kali pertama diadakan pada 3 Mac 1958 di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.
Untuk memperkasakannya, MSSM diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.
Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.
Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996.
Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.
Baca lagi: Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) – KPM
Jenis-jenis Sukan Dipertandingkan Dalam MSSM 2024
Untuk makluman, hanya 24 jenis sukan yang telah diwartakan untuk dipertandingkan mengikut takwim MSSM:
24 jenis sukan ini adalah seperti yang berikut:
- Akuatik
- Badminton
- Bola Baling
- Bola Keranjang
- Bola Tampar
- Boling Tenpin
- Catur
- Gimnastik Artistik
- Gimrama
- Golf
- Hoki
- Kriket
- Memanah
- Pelayaran
- Ping Pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Skuasy
- Tenis
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Sofbol
- Olahraga
- Merentas Desa
Takwim MSSM 2024
Takwim kejohanan adalah seperti berikut:
- Merentas Desa (23-26 Mei 2024) : WP Putrajaya
- Bola Sepak (13-21 September 2024) : Johor
- Bola Tampar (13-21 September 2024) : Johor
- Catur (13-20 September 2024) : Johor
- Gimnastik Artistik (13-20 September 2024) : Johor
- Memanah (13-20 September 2024) : Johor
- Skuasy (13-21 September 2024) : Johor
- Bola Jaring (14-20 September 2024) : Pulau Pinang
- Pelayaran (13-21 September 2024) : Pulau Pinang
- Ping Pong (13-20 September 2024) : Pulau Pinang
- Sepak Takraw (13-20 September 2024) : Pulau Pinang
- Sofbol (13-20 September 2024) : Pulau Pinang
- Bola Baling (13-20 September 2024) : Selangor
- Bola Keranjang (13-21 September 2024) : Selangor
- Boling tenpin (13-21 September 2024) : Selangor
- Golf (15-20 September 2024) : Selangor
- Ragbi (13-21 September 2024) : Selangor
- Kriket (13-21 September 2024) : Selangor
- Akuatik (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur
- Badminton (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur
- Gimnastik Berirama (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur
- Hoki (13-21 September 2024) : WP Kuala Lumpur
- Tenis (13-20 September 2024) : WP Kuala Lumpur
- Olahraga (18-25 September 2024) : Perak
Lokasi penganjuran
6 Negeri Pengelola MSSM bagi tahun 2024 adalah:
- Pulau Pinang
- Perak
- Selangor
- WP Kuala Lumpur
- WP Putrajaya
- Johor
Senarai bawah adalah senarai lokasi tuan rumah dan jenis-jenis sukan yang dipertandingkan di setiap lokasi.