Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah satu nama yang asing lagi terutamanya dalam arena politik Malaysia.  Beliau merupakan antara ahli politik mudah yang berani memperjuangkan prinsip dan misinya. 

Beliau terkenal kerana kepimpinannya yang lantang bersuara mengenai isu-isu belia, pendidikan, dan pembaharuan sistem politik negara.

Mari kenali lebih lanjut sosok Syed Saddiq melalui perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Bella Astillah – Biodata, Kerjaya, Keluarga & Update Terkini

Siapakah Syed Saddiq?

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah salah seorang ahli politik muda yang paling dikenali di Malaysia. Dengan karisma dan semangat juangnya, beliau berjaya mencipta nama dalam dunia politik sejak usia yang sangat muda. 

Sebagai pengasas dan presiden pertama Parti Malaysia United Democratic Alliance (MUDA), beliau membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang berwawasan dan berani. 

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Sumber: Instagram @syedsaddiq

Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018 semasa berusia 25 tahun. Sekaligus, menjadikan beliau menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Syed Saddiq mempunyai latar belakang sebagai bekas pendebat antarabangsa juga benar. Beliau pernah memenangi anugerah Pendebat Terbaik Asia dalam pertandingan Asian British Parliamentary (ABP) sebanyak tiga kali.

Biodata Ringkas

Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai Syed Saddiq:

  • Nama penuh: Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff
  • Tarikh lahir: 6 Disember 1992
  • Umur: 32 tahun (pada 2025)
  • Tempat lahir: Pulai, Johor Bahru, Johor
  • Pendidikan: 
    • Maktab Tentera Diraja
    • Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    • Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service, Universiti Nasional Singapura (2021)
  • Kerjaya: Ahli politik, bekas Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Muar
  • Jawatan semasa: Ahli Parlimen Muar (sejak 2018)
  • Parti politik: Malaysia United Democratic Alliance (MUDA)
  • Pencapaian utama:  pelopor Undi18, Menteri Belia dan Sukan termuda dalam sejarah Malaysia (2018-2020)
  • Instagram: @syedsaddiq

Kehidupan Peribadi

Syed Saddiq merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Bapanya adalah seorang pekerja buruh binaan warga Singapura manakala ibunya seorang guru Bahasa Inggeris.

Semasa di universiti, beliau juga sangat aktif dalam kegiatan debat dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Pencapaiannya dalam bidang debat telah membantu mengasah kemahiran komunikasi dan pemikiran kritisnya. Kemahiran yang dimilikinya sangat memainkan peranan dalam kerjaya politiknya.

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Sumber: Instagram @syedsaddiq

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan keluarganya terutama ibunya. Dalam beberapa wawancara, beliau berkongsi bahawa ibunya merupakan sumber inspirasi terbesarnya

Syed Saddiq juga seorang yang aktif dan suka melakukan aktiviti kecergasan dan sering berkongsi tentang gaya hidup sihat di media sosialnya. 

BIODATA: Soloz – Biodata, Kerjaya & Filem Terbaru, Game Of Life

Kontroversi

Baru-baru ini hubungan antara ahli politik Syed Saddiq dan pelakon serta penyanyi Bella Astillah telah menjadi topik hangat dalam media sosial dan berita hiburan Malaysia/ 

Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai status hubungan mereka, gelagat mereka yang semakin akrab di media sosial mengundang perhatian netizen.

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Sumber: Instagram @syedsaddiq

Keakraban mereka sering mendapat reaksi positif daripada peminat yang menganggap mereka pasangan yang serasi​. 

Terbaru, video Syed Saddiq mengupas udang untuk Bella Astillah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang kata “kahwinlah cepat”, tak kurang juga yang menganggap Syed Syadiq telah berubah fokus. 

Kes Undang-undang (Update Terkini)

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 dan 20 Mac 2025 untuk mendengar rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). 

Beliau kini menunggu keputusan rayuan ini selepas dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta pada November 2024. 

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Sumber: Instagram @syedsaddiq

Walaupun menghadapi kes undang-undang, Syed Saddiq terus aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. 

Syed Saddiq masih kekal sebagai Ahli Parlimen Muar sementara menunggu proses rayuan undang-undangnya.  Namun telah meletakkan jawatan sebagai Presiden MUDA selepas sabitan pada November 2024.

Fakta Menarik

Biodata Syed Saddiq: Kontroversi & Kes Undang-undang
Sumber: Instagram @syedsaddiq

    1. Merupakan Seorang Menteri Termuda

    Syed Saddiq dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 2 Julai 2018 iaitu usia 25 tahun. Ini menjadikan beliau menteri termuda dalam sejarah Malaysia. 

    2. Pengalaman Mengajar

    Sebelum menjadi menteri, beliau aktif mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk hubungan antarabangsa dan pengucapan awam. Beliau pernah mengajar di 25 negara, termasuk di Universitas Bina Nusantara di Indonesia. 

    3. Penubuhan MUDA

    Syed Saddiq merupakan pengasas parti politik Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang ditubuhkan pada 17 September 2020 dan didaftarkan secara rasmi pada 23 Disember 2021. 

    4. Hubungan dengan Bella Astillah

    Baru-baru ini, Syed Saddiq menarik perhatian media kerana dilihat sangat mesra melakukan pelbagai aktiviti bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah. Mereka sering berkongsi aktiviti bersama, termasuk mendaki Gunung Kinabalu. 

    5. Pemenang anugerah Asia’s Best Speaker

    Syed Saddiq memang memenangi anugerah Asia’s Best Speaker dalam Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship sebanyak tiga kali.

    BACA JUGA: Kim Seri – Biodata Influencer, Kerjaya, Keluarga & Isu Terkini

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut