Memilih susu formula bayi terbaik untuk anak sihat di Malaysia Tahun 2024
Pastikan hanya susu yang terbaik untuk anak anda!
Adakah anda masih baru dalam dunia keibubapaan? Pening nak pilih jenis susu yang terbaik untuk anak tersayang? Sebagai seorang ibu atau bapa, salah satu keputusan penting yang perlu dibuat adalah pemilihan susu formula untuk si kecil.
Hari demi hari, produk susu formula di Malaysia telah berkembang dengan jayanya oleh kerana penekanan yang lebih besar pada kualiti dan keberkesanan. Kini, Ibubapa mempunyai lebih banyak pilihan daripada sebelumnya untuk memastikan anak-anak mereka mendapat nutrisi yang terbaik.
Tetapi, anda tidak perlu risau kerana kami telah menyediakan senarai untuk rujukan anda! Tujuan kami adalah untuk memudahkan urusan para ibu bapa di luar sana.
Semoga artikel ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dan memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang keperluan bayi anda.
Seperti biasa, beli dekat Shopee saja untuk penjimatan masa dan tenaga!
Mamil Step 3 Growing Up Milk Formula
Susu formula untuk usus yang sihat
Pros
- Mudah lawas
- Dapat tingkatkan tenaga
- Menjadikan minda anak lebih kreatif
Mamil Step 3 Growing Up Milk Formula ini mengandungi 96mg DHA iaitu bahan yang penting untuk memberikan nutrisi kepada anak kesayangan anda. Rumusan ini juga boleh membantu tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak yang berumur 1 sehingga 3 tahun.
Bukan itu sahaja, tiada kandungan sukrosa dalam susu ini tau! Ini bagi mengelakkan pegambilan gula yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah berat badan.
Sistem penghadaman anak anda juga akan menjadi lebih baik kerana ia mempunyai rumusan pribiotik untuk usus dan perut yang sihat!
Enfalac A+/Enfalac Baby 2′-FL Step 1 Susu Bayi Milk Formula Powder
Susu formula untuk anak 0-12 bulan
Pros
- Kandungan kalsium yang tinggi
- Mempunyai Vitamin D dan zat besi
- Menguatkan gigi dan tulang
- Membantu sistem pencernaan dan sel darah
Anda mahukan susu yang sesuai untuk bayi berumur 12 bulan? Jika begitu, anda boleh dapatkan susu dari Enfalac ini!
Susu formula ini mengandungi rumusan MFGM dan DHA+ARA, khas untuk memberikan tumbesaran yang sihat kepada si kecil.
Untuk pengetahuan anda, MFGM adalah sumber semulajadi yang terdapat di otak. Malah, rumusan ini juga disokong dengan kandungan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat!
Selain itu, ia juga boleh menguatkan gigi dan tulang anak kesayangan anda!
KARIHOME STEP 1 Goat Milk Infant
Susu formula untuk bayi sembelit
Pros
- Harga mampu milik
- Halal
- Diluluskan oleh KKM
- Mengandungi Nukleotida semula jadi
- Tiada kandungan minyak sawit
Jika anak kecil anda mengalami masalah sembelit, anda boleh cuba susu dari KARIHOME ini. Hal ini kerana, susu formula ini dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan usus untuk perut yang sihat.
Selain itu, ia juga dapat membantu perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun. Susu kambing ini juga sesuai untuk si kecil yang mengalami masalah kolik atau perut kembung!
HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 (0-12 months)
Susu formula yang organik
Pros
- Mengandungi bahan organik premium
- Bebas GMO
- Tiada penggunaan racun perosak atau serangga
- Bebas hormon tiruan
- Mengandungi 100% laktosa organik tulen
HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 (0-12 months) ini hanyalah mengandungi bahan yang organik sahaja tau! Jenama susu organik no. 1 di Eropah ini dipercayai dan telah wujud sejak tahun 1899.
Formulanya dihasilkan mengikut peraturan dan prosedur yang ketat. Dengan kandungan Galacto-oligosaccharides (GOS) organik, ia dapat mengalakkan pertumbuhan bakteria baik dlaam usus dan membantu menghasilkan konsistensi dan kekerapan najis.
Selain itu, ia mengandungi DHA & ARA mengikut saranan pakar untuk otak, sel saraf dan perkembangan visual.
Dumex Dugro Step 3 Fruit & Veg Growing Up Milk Formula 1-3 years
Susu formula untuk tumbesaran yang baik
Pros
- Mempunyai perisa yang sedap
- Mengandungi 13 ekstrak buah-buahan
- Diformulasi dengan zat besi aktif
- Membina dan memperbaiki tisu badan
- Menguatkan gigi dan tulang
Susu Dugro® Fruit & Veg Langkah 3,4 dan 5 dengan rasa buah yang lazat dan Tanpa Sukrosa ini diformulasikan dengan kebaikan NextGen NUTRI dengan Zat Besi Aktif. Ia diperkaya dengan 13 ekstrak buah-buahan seperti pati pir, epal, plum, lobak merah, aprikot, pic, pisang, buah markisa, lemon, oren, tembikai susu, strawberi dan bayam.
Malah, ia mengandungi VItamin A dan E yang tinggi untuk kesihatan kulit, mata dan tisu badan. Dwi Protein (60% Protein dadih) membantu membina dan memperbaiki tisu badan.
Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan Vitamin D dan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat!
Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g)
Susu formula untuk bayi pramatang
Pros
- Mengandungi tenaga dan protein
- Mempunyai DHA dan ARA
- Membekalkan nutrien yang penting
Sukar untuk mencari susu formula untuk bayi pramatang? Jangan risau, anda boleh dapatkan Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g) di Shopee sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Pre NAN® ialah formula khas untuk bayi pramatang dan membekalkan nutrien untuk menampung keperluan dan tumbesaran bayi pramatang membesar sehingga 4 kilogram. Seterusnya, ia memberikan manfaat seperti tenaga dan protein, asid lemak dan DHA & ARA. Dengan kandungan dan suplemen baik yang terkandung dalam susu ini, anak anda dapat membesar dengan sihat.
Similac Isomil Plus 1-10 Years 850g
Susu formula untuk lactose intolerance
Pros
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
- Boleh mengembangkan membran sel
- Meningkatkan kesihatan mata
- Membekalkan asid amino
- Mengandungi DHA, AA dan Lutein
- Tanpa laktosa
Cons
- Harga yang agak mahal
Adakah si kecil anda mempunyai alahan terhadap susu lembu? Jika anda menunjukkan simptom ruam atau ekzema, mereka mungkin mengalami alahan protein susu lembu atau dikenali sebagao (CMPA). Usah khuatir lagi kerana kami ada alternatif untuk si kecil kesayangan anda.
Similac Isomil Plus ini dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 sehingga 10 tahun. Ia diperbuat daripada 100% protein soya yang berkualiti tinggi, dan boleh membantu mengurangkan alahan susu anak anda.
Tambahan, susu ini boleh menggalakkan pertumbuhan bakteriab baik dalam saluran penghadaman tau!
Diformulasikan dengan DHA dan AA, ia menyokong perkembangan otak dan meningkatkan kesihatan mata anak anda.
Fernleaf Milk Powder for Children 1 – 3 years
Susu formula untuk kanak-kanak berusia 1 – 3 tahun
Pros
- Perisa madu yang lazat
- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan si kecil
- Mengandungi nutrien penting
- 5x lebih DHA
- Menguatkan gigi dan tulang
- Harga yang murah
Jom membantu tumbesaran anak anda dengan Fernleaf Milk Powder! Susu formula ini mengandungi nutrien, protein dan vitamin yang penting bagi memastikan anak anda membesar dengan sihat dan kuat.
Susu ini juga mempunyai perisa yang sedap iaitu madu. Anak anda perlu mengambil sebanyak 3 gelas sehari untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Harganya juga tidaklah terlalu mahal berbanding dengan susu berperisa madu di kedai biasa!
FAQ Susu Formula Terbaik
Susu formula adalah alternatif untuk susu ibu bagi memberikan nutrisi kepada bayi sekiranya mereka tidak dapat menyusukan bayi secara langsung.
Sebaiknya, bayi diberi susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama kehidupan mereka. Selepas itu, susu formula boleh diperkenalkan secara beransur-ansur bersama makanan pepejal lain, tetapi adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum membuat perubahan.
Semestinya tidak! Terdapat pelbagai jenis susu formula yang direka khas untuk memenuhi keperluan yang berbe bayi dengan alahan atau keperluan diet yang diperlukan, dan banyak lagi. Penting untuk memilih formula yang sesuai dengan keperluan kesihatan dan perkembangan bayi anda.
Ya betul, susu formula mempunyai tempoh luput yang dinyatakan pada pembungkusan. Sangat penting untuk memeriksa tarikh luput dan menyimpan susu formula di tempat yang sesuai untuk memastikan kualitinya sentiasa terjamin..
Kami syorkan anda untuk berunding dengan doktor sebelum membuat sebarang perubahan kepada susu formula bayi anda. Doktor akan dapat memberikan panduan yang lebih baik berdasarkan keperluan khas bayi anda.
Antara tanda-tanda bahawa bayi mungkin tidak sesuai dengan susu formula termasuk masalah pencernaan seperti kembung atau cirit-birit, ruam kulit, atau kesulitan tidur. Jika anda mengesan sebarang gejala ini, adalah penting untuk berbincang dengan doktor secepat mungkin.
Anda perlu ingat bahawa setiap bayi adalah berbeza, dan apa yang sesuai untuk bayi anda mungkin tidak sesuai untuk yang lain.
Dengan memahami keperluan dan perkembangan bayi anda, anda dapat membuat keputusan yang bijak mengenai susu formula yang terbaik untuk mereka. Selamat mencuba!