Adakah anda pesakit kencing manis dan sedang mempertimbangkan untuk mula amalkan susu diabetes?
Disebabkan susu tepung biasa dan produk tenusu seperti yogurt dan keju mempunyai kandungan karbohidrat, gula dan lemak yang agak tinggi, mungkin terdapat penghidap kencing manis yang disarankan untuk mengambil susu ini.
Selain itu, susu tepung dan susu dalam tin seperti susu pekat dan susu cair yang berada di pasaran juga mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi.
Jadi, apakah contoh atau jenis susu diabetes yang sesuai untuk diambil dan keperluannya untuk pesakit kencing manis?
Ayuh kita semak bersama-sama.
Contoh Jenis Susu Diabetes Untuk Pesakit Kencing Manis
1. Glucerna
Glucerna merupakan antara jenama susu diabetik yang cukup popular di Malaysia. Susu ini mengandungi campuran karbohidrat yang rendah glisemik (GI) yang diperbuat daripada gabungan serat.
Ini bermakna karbohidrat akan dilepaskan ke dalam badan secara perlahan atau sedikit demi sedikit ke dalam salur darah.
Hasilnya, penyerapan gula akan menjadi lebih perlahan dan terkawal.
Mengandungi sehingga 28 nutrien penting untuk kesihatan tubuh, susu ini juga mempunyai 4 kali lebih kandungan myo-inositol bagi menyokong sensitiviti insulin pesakit diabetes.
2. Appeton Wellness 60+ Diabetic
Susu Appeton Wellness 60+ ini difomulasikan dengan inulin dan serat kacang pea bagi mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.
Susu rendah sodium ini juga mengandungi casein, iaitu sejenis protein dengan rembesan perlahan bagi memenuhi keperluan protein tubuh tanpa membebankan buah pinggang.
Susu yang bebas laktos, gluten dan kolesterol ini juga mengandungi khasiat omega-3 (EPA & DHA) untuk mengekalkan fungsi jantung.
3. Nutren Diabetik
Susu diabetes keluaran Nestle ini pula telah diformulasikan sesuai mengikut Garis Panduan Diabetes Antarabangsa.
Juga mengandungi kadar glisemik yang rendah seperti kebanyakan susu diabetik lain, ia turut mengandungi 50% kandungan protein whey dan tinggi serat larut.
Susu bebas laktosa dan sukrosa ini juga kaya dengan asid lemak mono tidak tepu (MUFA) yang boleh mengawal kandungan gula puasa.
Lebih menarik lagi Nutren Diabetik juga boleh dijumpai dalam botol kecil yang sedia diminum.
4. Supplement-D
Turut menekankan tindakan serat dalam kawalan gula, Supplement-D juga merupakan susu diabetes yang membantu slow release atau rembesan gula yang perlahan dalam darah.
Susu ini juga sesuai untuk pesakit diabetes dengan masalah lactose intolerance kerana ia bebas laktosa.
Ia juga padat dengan nutrisi penting seperti vitamin A, C, E, selenium dan beta carotene bagi meningkatkan sensitiviti insulin serta kesihatan tubuh secara menyeluruh.
5. Diabetasol
Susu jenama Diabetesol ini turut menjadi pilihan pesakit diabetes dalam menguruskan penyakit di samping melengkapi keperluan nutrien seharian.
Juga mempunyai nilai glisemik yang rendah serta tinggi dan kalsium, susu ini turut hadir dalam pelbagai perisa seperti coklat dan cappucino menjadikan ia sangat sedap untuk dinikmati setiap hari.
Had Pengambilan Dalam Sehari
Pesakit diabetes yang memerlukan nutrisi tambahan disarankan untuk mengambil 2 ke 3 hidangan susu diabetik setiap hari.
Bagi pesakit yang perlu menggunakan susu ini sebagai pengganti makanan (termasuk pemakanan melalui tiub), anda perlu mendapatkan arahan daripada doktor atau pakar pemakanan.
Perlukah Minum Susu Diabetes?
Seperti yang kita tahu, susu merupakan antara sumber kalsium yang baik bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.
Namun, harus diingat bahawa susu diabetes bukanlah ubat yang mampu menyembuhkan kencing manis. Sebaliknya, susu ini hanyalah sebagai pengganti makanan bagi pesakit yang ingin mengawal paras gula dalam darah.
Jadi, ia bukanlah suatu kemestian bagi pesakit diabetes untuk amalkan susu ini. Sebaliknya, ia hanyalah sebagai pelengkap nutrisi harian atau pengganti makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis.
Ini bermakna pesakit masih perlu makan ubat kencing manis dan lain-lain seperti yang disarankan doktor.
Sekiranya masih ragu, pesakit boleh mendapatkan nasihat pemakanan daripada sebelum mula mengamalkan susu ini.
Baca Juga : Ubat Kencing Manis Yang Diluluskan KKM Berserta Kegunaannya