Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2025 : Semakan, Permohonan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME TELAH DI BUKA

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama, khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang didiagnos dengan spektrum autisme.

Pengenalan Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2025

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di Bawah Dasar Bajet 2025 – Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-Kanak.

Pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak ini bagi mengurangkan beban ibu bapa mempunyai anak Autisme YANG AKAN dan SEDANG mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme/Terapi bertauliah.

Syarat Permohonan

Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme / Terapi bertauliah merupakan pusat yang menyediakan khidmat pembelajaran dan terapi Autisme oleh Pengendali yang mempunyai kepakaran dan Latihan bagi kanak-kanak Autisme.

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • IBU BAPA / PENJAGA
    • Warganegara Malaysia
    • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2000 isi rumah*** (rujuk contoh pengiraan pendapatan perkapita di bawah)
    • Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun
    • Kanak-kanak autisme mengikuti terapi / Early Intervention Program di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Austisme yang bertauliah
  • PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
    • Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
    • Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran / percakapan / kerja / keperluan autisme

*** Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita

  • Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
    • Cara kiraannya adalah RM8500 ÷ 5 orang = RM1,700
    • LAYAK menerima subsidi
Sumber infografik : Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jumlah Bantuan

Bantuan yuran pembelajaran ini adalah secara One-off berjumlah RM500.

Cara Permohonan Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2025

Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.

Proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Ibu bapa isi borang permohonan
  2. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
  3. Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran
  4. Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Tarikh Permohonan

Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme 2025 dibuka dalam tempoh berikut:

  • 1 FEBRUARI SEHINGGA 28 FEBRUARI 2025

Maklumat Lanjut Subsidi Yuran Kanak-kanak Autisme 2025

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) ringkas dalam lampiran di bawah:

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut