TERKINI : Kerajaan mengumumkan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam berkuat kuasa 1 November ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang penamatan subsidi ini.
Subsidi Ayam Tamat 1 November 2023
Kerajaan mengumumkan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam berkuat kuasa 1 November ini menerusi sebuah sidang media oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 30 Oktober 2023 sebentar tadi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi ayam ini dilakukan selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa dan rasional penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
“Dalam hal ini, kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar yang munasabah”, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Penamatan subsidi ayam ini telah mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.
“Dalam hal ini, kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar yang munasabah,” katanya ketika sidang media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ibu negara.
Kerajaan Akan Pastikan Harga Stabil & Tidak Membebankan Rakyat
Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan status bekalan dan harga ayam di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat, serta tidak berlaku sebarang aktiviti pencatutan di sepanjang rantaian bekalan.
Mengulas mengenai kenaikan harga apungan jualan ayam, Mohamad Sabu meletakkan keyakinan bahawa harga apungan tidak akan mengalami kenaikan mendadak dan membebankan pengguna.
Beliau menjelaskan memandangkan ketika ini, rata-rata peniaga menjual ayam jauh lebih rendah daripada harga siling ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram, selain jaminan pembekal bahawa bekalan sumber protein itu mencukupi.
“Oleh itu, kalau berlaku pengapungan kita berkeyakinan harganya tidak akan naik mendadak, ia akan stabil, kalau naik mendadak kita akan tanya kenapa, sebab bekalan cukup.
“Yang selalu naik mendadak bila bekalan tidak cukup, sekarang pihak pembekal jamin bahawa bekalan cukup dan kalau tidak cukup kita siap sedia bawa dari luar dengan segera,” katanya.
Sumber: Buletin TV3
Harga Kawalan Telur Kekal
Dalam sidang media tersebut, turut dimaklumkan bahawa subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisma sedia ada.
Jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan tentang harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
Baca juga: Harga Kawalan Gula Pasir 1kg & Gula Premium (2023)
Sidang Media Penamatan Kawalan Harga dan Subsidi Ayam oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan :
https://www.facebook.com/kpkmmalaysia/videos/862551945183386