PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 DIKREDITKAN MULAI 22 JANUARI 2025.
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 22 Januari 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
STR pada tahun 2025 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa kumpulan B40 dan M40.
Jom baca selanjutnya tentang bantuan ini serta pengumuman rasmi oleh Kerajaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah serta tarikh pengkreditan bayaran STR Fasa 1,2,3 dan 4.
STR Fasa 1 (Sumbangan Tunai Rahmah 2025)
Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 akan dikreditkan mulai 22 Januari 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.
Rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah:
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.
Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.
Ingin semak kelayakan anda? Layari Portal Rasmi STR bantuantunai.hasil.gov.my dan sentiasa berhati-hati dengan tawaran scammers di luar sana.
Jika nama anda tiada dalam pangkalan STR, jangan risau kerana permohonan baharu dibuka sepanjang tahun.
Jumlah Bayaran STR Fasa 1
Berapa bayaran Fasa 1 STR 2025 yang akan diterima bagi setiap kategori yang layak?
Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
- Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM150 – RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
- Bujang : RM150
Kaedah Pembayaran
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.
Semakan Status
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.
Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:
Status kelulusan STR Fasa 1 boleh disemak secara online melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kadar Bantuan Penuh STR 2025
Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori yang diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025 :
Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2025 (SARA)
Baca selanjutnya tentang bantuan ini:
- MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2025
- Bantuan SARA 2025: Tarik Bayaran Sumbangan Asas Rahmah
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ) atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: