STL 2025: Jadual Perlawanan,Live Streaming & Keputusan Terkini
Liga Sepak Takraw (STL) 2025 akan membuka tirainya pada 28 Mei 2025 , dengan format baharu yang menarik perhatian peminat sukan tempatan. Majlis pelancarannya pula telah berlangsung pada 20 Mei 2025 yang lalu.
Majlis Pelancaran STL 2025 telah dilancarkan oleh YB Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) di Berjaya Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Pada tahun ini, acara ini akan membawa lebih banyak aksi, persaingan sengit, dan detik-detik yang mengujakan.
Berikut dikongsikan jadual perlawanan, senarai kumpulan, dan cara untuk menonton siaran langsung liga ini.
BACA JUGA: Piala Dunia Sepak Takraw 2025, Final LIVE Perlawanan Malaysia
Pengenalan Sepak Takraw League
Liga Sepak Takraw (STL) adalah sebuah liga profesional sepak takraw yang dianjurkan di Malaysia.
Liga ini telah ditubuhkan pada 7 November 2014 dengan tujuan untuk membangunkan bakat sepak takraw tempatan dan mempromosikan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.
STL 2025 memperkenalkan sistem kelayakan baharu yang membahagikan pasukan kepada Kelas Satu dan Kelas Dua selepas peringkat kumpulan.
Hanya pasukan Kelas Satu akan layak merebut kejuaraan, manakala Kelas Dua akan bersaing untuk tempat kelima hingga kelapan. Format ini dijangka meningkatkan intensiti dan mendebarkan lagi aksi perlawanan untuk peminat.
Musim kali ini (2025), terdapat enam siri Grand Prix di enam lokasi berbeza, termasuk penambahan satu Grand Prix di Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan lebih menarik dan kompetitif.
CelcomDigi diumumkan sebagai penaja utama STL 2025, menggantikan penaja sebelum ini.
Jadual Perlawanan STL 2025
STL 2025 menampilkan tiga kategori utama iaitu STL Divisyen 1, STL Premier, dan STL Champions Cup.
STL akan mula berlangsung bermula dengan saingan Div 1 pada 28 Mei 2025 hingga 01 Jun 2025 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang bagi mencari 2 lagi pasukan Juara dan Naib Juara untuk bersaing dalam Premier 2025.
Saingan Premier akan mula berlangsung pada GP1 mulai 17 Jun 2025 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, GP2 di N9 Arena, Nilai, GP3 di Johor, GP4 di Kuala Lumpur, GP5 di Ipoh dan GP6 di Penang.
Manakala STL Champion Cup juga akan dipertandingkan pada 27-31 Ogos 2025 di Johor.
Berikut dikongsikan jadual perlawanan Liga Sepak Takraw (STL) 2025 dengan lebih terperinci:
STL Division 1
- Tarikh: 28 MEI 2025 – 1 JUN 2025
- Tempat: Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang.
STL Premier League
Grand Prix 1
- Tarikh: 18 – 22 Jun 2025
- Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Grand Prix 2
- Tarikh: 25 – 29 Jun 2025
- Tempat: Arena N9, Nilai, Negeri Sembilan.
Grand Prix 3
- Tarikh: 09 – 13 Jul 2025
- Tempat: Larkin Arena, Johor Bahru, Johor.
Grand Prix 4
- Tarikh: 29 Jul 2025 – 3 Ogos 2025
- Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
Grand Prix 5
- Tarikh: 13 – 17 Ogos 2025
- Tempat: Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Grand Prix 6
- Tarikh: 20 – 24 Ogos 2025
- Tempat: SPICE Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang.
STL Champions Cup 2025
- Tarikh: 10 – 14 Sept 2025 / 17 – 21 Sept 2025
- Tempat:
- Iskandar Malaysia Studio (IMS), Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
- Arena N9, Nilai, Negeri Sembilan.
- Penyertaan: EMPAT (4) pasukan terbaik STL Premier 2025.
Sebarang perubahan tarikh dan pindaan akan dimaklumkan.
NOTA: Maklumat lanjut mengenai jadual perlawanan boleh didapati di laman web rasmi STL dan platform sukan yang berkaitan.
Senarai Pasukan Bertanding STL 2025
Liga ini akan menyaksikan penyertaan beberapa pasukan terkuat dari seluruh negara. Setiap kumpulan akan bersaing untuk mendapatkan tempat ke suku akhir, di mana pasukan terbaik akan berpeluang untuk meraih kejuaraan STL 2025.
Division 1
- Melaka Titans
- Sabah Mountaineers
- Kedah Eagles
- Mammoth Pahang
- Penjara Enforcers
- Sarawak Hunter
- Perlis Vipers
- Putrajaya Cyborg
- PSM Mavericks
- Bomba Fighters
- PDRM Defenders
NOTA: Senarai rasmi penuh STL Divisyen 1 2025 hanya akan disahkan selepas proses kelayakan dan pengesahan pasukan oleh pihak penganjur.
STL Premier
- Kuala Lumpur Thunder
- Perak Bison
- Negeri Sembilan Antlers
- Selangor Pistons
- ATM Guardians
- Terengganu Turtles
- Penang Blacks Panthers
- Johor Tigris
- PDRM Defenders
- Kelantan Warriors
- Juara Division 1
- Naib Juara Division 1
STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Senarai Kumpulan
Division 1
Terdapat 4 pembahagian kumpulan untuk Division 1 iaitu:
KUMPULAN A
- A1: Malaysian University Knights
- A2: Labuan Drillers
- A3: Sarawak Hunters
KUMPULAN B
- B1: Putrajaya Cyborg
- B2: Perlis Vipers
- B3: Pahang Mammoth
KUMPULAN C
- C1: Kedah Eagles
- C2: PSM Mavericks
- C3: Bomba Fighters
KUMPULAN D
- D3: Penjara Enforcers
- D1: Sabah Mountaineers
- D2: Melaka Titans
STL Premier
Terdapat 4 pembahagian kumpulan untuk Liga Premier STL 2025 iaitu:
[AKAN DIKEMASKINI]
STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI]
Live Streaming STL 2025
Bagi peminat yang ingin menyaksikan setiap aksi perlawanan secara langsung, STL 2025 menawarkan pilihan live streaming.
Perlawanan boleh ditonton melalui saluran Astro Arena 801, strim di Astro GO & aplikasi sooka bermula 28 MEI 2025.
Beberapa perlawanan juga akan disiarkan secara langsung di saluran rasmi STL. Pastikan anda mengikuti laman sosial STL untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai siaran langsung dan jadual perlawanan.
BACA JUGA: Selangor Red Giants – Pasukan Bola Sepak dan E-Sukan Selangor
Info Penjualan Tiket STL 2025
Tarikh rasmi penjualan tiket STL 2025 belum diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.
Lokasi Grand Prix STL 2025 yang dijadualkan adalah di enam negeri berbeza:
- Kuala Lumpur (Stadium Titiwangsa)
- Negeri Sembilan (Arena N9, Nilai)
- Johor (Larkin Arena, Johor Bahru)
- Terengganu (Stadium Gong Badak)
- Perak (Stadium Indera Mulia, Ipoh)
- Pulau Pinang (SPICE Arena, Bayan Baru)
Penjualan tiket untuk setiap Grand Prix biasanya dibuka beberapa minggu sebelum tarikh acara bermula, dengan pas bermusim dibuka lebih awal daripada tiket normal.
Cara pembelian tiket:
- Melalui platform rasmi STL dan penganjur acara.
- Melalui laman web atau aplikasi penjualan tiket yang ditetapkan.
- Tiket juga boleh dibeli secara fizikal di lokasi tertentu bergantung kepada pengumuman penganjur.
Keputusan Terkini
Pemenang Perlawanan STL DIVISION 1
Juara Divisyen 1 : [AKAN DIKEMASKINI]
Senarai pemenang STL Division 1 2025
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Pemenang Perlawanan STL Premier
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Pemenang Perlawanan STL Champions Cup
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ikuti media rasmi Sepak Takraw League:
- Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM
- Instagram Sepak Takraw League
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik ini!