Status Hartanah Hakmilik Sementera, Kekal, Freehold, Leasehold

status hakmilik hartanah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk membeli hartanah, kebiasaannya anda akan menyemak status hartanah tersebut sama ada berstatus sementera, kekal, freehold ataupun leasehold.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang terkeliru dengan istilah-istilah status hartanah ini.

Berikut merupakan hantara yang dikongsi oleh Tuan Salkukhairi N Sons, seorang eguam hartanah.

  • Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title). 
  • Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold).

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title). 

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title). 

Maksud status hartanah

1. FREEHOLD atau pegangan bebas 

Merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal).  

Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).  

Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah.2

2. LEASEHOLD atau pegangan berstatus pajakan

Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. 

3. Hakmiik Sementara

Untuk hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.

Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada ‘Hakmilik Sementara‘ manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) – Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) – Pejabat Tanah Daerah.

Sumber: Tips Hartanah

Artikel berkaitan: Cukai Petak: Maksud, Semakan dan Cara Bayaran

Cara semakan status hakmilik

Macam mana nak kenal sama ada status hartanah tersebut telah adalah hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)
  • Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

  • Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Selama-lamanya”
  • Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan “Pajakan 99 Tahun”

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut