SST Emas : Barang Kemas yang Dikenakan / Dikecualikan Cukai

sst emas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mulai 1 Julai 2025, isu SST emas menjadi topik hangat dalam kalangan pembeli dan peniaga barang kemas.

Ramai yang masih keliru sama ada semua jenis barang kemas akan dikenakan Cukai Jualan (SST) atau tidak.

Artikel ini akan menghuraikan dengan jelas jenis barang kemas yang dikenakan cukai dan yang dikecualikan, berdasarkan kod tarif rasmi dan penjelasan terkini daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Elakkan salah faham dan ketahui hak anda sebagai pengguna.

Baca juga: Senarai Barang Dikenakan / Dikecualikan Cukai SST 2025

Penjelasan Cukai SST Emas

Barang kemas perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai, loket dan lain-lain aksesori yang diperbuat daripada emas atau perak TIDAK dikenakan cukai jualan. Ini termasuk dalam kategori di bawah Kod Tarif 7113, yang dikecualikan daripada SST.

Sebaliknya, barang perhiasan rumah seperti tepak sirih, pemegang pintu, pinggan mangkuk dan perhiasan lain yang diperbuat daripada emas atau perak akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak 5%. Barangan ini dikategorikan di bawah Kod Tarif 7114, dan dikenakan cukai kerana ia bukan untuk perhiasan diri tetapi untuk kegunaan dekorasi atau fungsi di rumah.

Kredit: FB Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Baca juga: Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai SST 8% Mulai 1 Julai 2025

Senarai Panduan Industri

1. Panduan Peralihan Perubahan Kadar Cukai Jualan

2. Panduan Pengilang, Import / Eksport

sst emas

3. Panduan Pengenangan Cukai Jualan Ke Atas Barang Bernilah Rendah (Low Value Goods -LVG)

sst emas

Maklumat Lanjut Barang Dikenakan SST

Untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pelaksanaan SST tahun ini, anda boleh rujuk dari semasa ke semasa laman rasmi Kementerian Kewangan:

Atau, anda juga boleh hubungi Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian : 1300 888 500 atau email kepada [email protected]

Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut