Solat sunat tahiyatul masjid merupakan solat sunat dua rakaat yang dilaksanakan sejurus anda menziarahi atau mengunjungi sesebuah masjid, iaitu sebelum anda duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan solat sunat ini, sama ada berkenaan niat atau cara melakukannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat sunat tahiyatul masjid ini secara ringkasnya boleh disimpulkan sebagai solat sunat “Selamat Datang”. Hal ini demikian kerana, solat ini dilakukan sejurus anda hadir ke sebuah masjid, dan perlu dilakukan sebelum anda duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
Solat sunat ini merupakan solat sunat dibawah sunat muakkad, yang membawa maksud ia merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dituntut seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”
Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim
Hukum bagi orang tidak menunaikan solat sunat ini, sejurus mereka memasuki masjid adalah Makruh.
Tertib Tahiyatul Masjid
Adab ketika memasuki masjid sangat perlu dijaga. Hal ini demikian kerana, masjid merupakan tempat yang sangat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini telah diriwayatkan Abu Hurairah RA yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tempat yang paling dicintai Allah SWT adalah masjid-masjid Nya dan tempat yang paling Allah SWT benci adalah pasar-pasarnya.”
Hadis Riwayat Muslim
Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan bagi menunjukkan tanda hormat anda ketika memasuki masjid:
1. Membaca doa di bawah ketika masuk dan keluar masjid:
2. Melakukan solat sunat tahiyatul masjid
Solat sunat masuk masjid ini merupakan sunat yang dituntut, dan hukumnya makruh bagi orang yang tidak menunaikan solat ini.
3. Beriktikaf
Sejurus sahaja selesai melaksanakan solat sunat masuk masjid, anda digalakkan untuk berdoa dan berniat iktikaf:
Nawaitul iktikafa fi hazal masjidi sunnatal lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku Iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala”.
Niat & Panduan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Bagi anda yang ingin mula mengamalkan solat sunat Tahiyatul Masjid ini, panduan atau kaedah menjalankan solat ini adalah sangat mudah, kerana ia dijalankan sama seperti solat Subuh (2 rakaat) cuma ia dilakukan tanpa membaca doa qunut.
Anda hanya perlu memastikan anda membaca niat di bawah dan mengikut 13 rukun solat di bawah sewaktu menjalankan solat ini, bagi memastikan solat anda sah dari setiap segi:
Hikmah Melaksanakan Tahiyatul Masjid
- Mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda kerana melaksanakan perintah Allah dan mengerjakan sunnah dari Rasulullah SAW
- Mendidik diri agar menghormati kesucian masjid
- Meningkatkan rasa kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT
- Mendidik umat Islam untuk lebih berdisiplin