Solat sunat sebelum jumaat adalah salah satu daripada sunat rawatib dan ianya wujud di dalam amalan sunat di hari jumaat.
Hal ini jelas sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA:
جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَاعِدٌ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَعَدَ سُلَيْكٌ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ” أَرَكَعْتَ رَكْعَتَيْنِ ” . قَالَ لاَ . قَالَ ” قُمْ فَارْكَعْهُمَا
Maksudnya: Telah datang Sulaik al-Ghatafani pada hari jumaat, dan Rasullulah SAW sedang duduk di atas mimbar. Kemudian Sulaik pun duduk sebelum dia menunaikan solat. Maka bersabda Baginda SAW kepadanya: “Adakah kau telah ruku’ (solat) dua rakaat?” Sulaik menjawab: “Tidak”. Maka Baginda SAW bersabda: “Berdirilah dan rukuklah (solatlah) dua rakaat”
iwayat Muslim (875)
Solat sunat rawatib merujuk kepada solat tambahan yang diiringi solat fardu lima waktu, sama ada sebelum (Qabliyyah).
BACA JUGA: Solat Sunat Sebelum Zuhur : Niat, Panduan & Kelebihannya
Solat Sunat Sebelum Jumaat
Solat sunat sebelum Jumaat atau Qabliyah Jumaat adalah solat sunat yang dikerjakan sama seperti solat sunat sebelum solat fardhu Zuhur.
Solat sunat ini boleh ditunaikan empat rakaat dengan dua salam. Dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad, sedangkan dua rakaat yang terakhir adalah sunat yang bukan muakkad.
Berikut penjelasannya:
> Solat Sunat Rawatib Muakkad (Amat Dituntut)
Solat sunat rawatib ini dilaksanakan oleh Rasulullah SAW secara istiqamah, konsisten dan berterusan yang mana Baginda sama sekali tidak pernah meninggalkannya.
> Solat Sunat Rawatib Bukan Muakkad (Baik Jika Dilakukan)
Solat sunat rawatib ini menjadi amalan kebiasaan Rasulullah SAW yang mana kadangkala Baginda melakukannya dan kadangkala Baginda meninggalkannya.
Dalam kitab Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin berkata sunnah merupakan sesuatu yang menjadi konsistensi dan kebiasaan Rasulullah SAW.
Jika sunnah itu tidak pernah ditinggalkan oleh Baginda, maka ia adalah sunnah muakkad. Sebaliknya jika sunnah itu adakalanya ditinggalkan oleh Baginda, maka ia adalah sunnah bukan muakkad.
Bila Waktu Melaksanakannya?
Solat sunat Qabliyah Jumaat boleh ditunaikan diantara dua azan, iaitu sebelum khatib naik ke mimbar untuk memberi khutbah.
NOTA: Apabila khatib berkhutbah di atas mimbar, maka ditegah untuk solat kecuali solat sunat tahiyatul masjid.
Tatacara Menunaikan
Rakaat Pertama
1. Takbiratul ihram & Niat.
Rumi: Usolli Sunnatal Jum’ati Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Taala
Maksud: Sahaja aku solat sunat sebelum jumaat dua rakaat kerana Allah Taala
2. Membaca AlFatihah.
3. Membaca Surah Pilihan.
4. Rukuk.
5. Iktidal.
6. Sujud.
7. Duduk di antara dua sujud.
8. Sujud kedua.
Rakaat Kedua
1. Mulakan dengan Lafaz Takbir intiqalat – takbir permulaan.
2. Membaca AlFatihah.
3. Membaca Surah Pilihan.
4. Rukuk.
5. Iktidal.
6. Sujud.
7. Duduk di antara dua sujud.
8. Sujud kedua.
9. Tahiyat Akhir.
10. Memberi salam.
RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3464-al-kafi-1279