Biodata Soh Wooi Yik, Juara BWF World Championship 2022 (Beregu)

Siapa yang tidak kenal dengan Soh Wooi Yik, pemain badminton beregu negara yang pernah membanggakan Malaysia dengan kejuaraannya dalam Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo dua tahun lalu.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Soh Wooi Yik.

Baca juga:

Latar Belakang

NamaSoh Wooi Yik
Nama PanggilanSoh Wooi Yik
Tarikh Lahir17 Februari 1998
Tempat LahirKuala Lumpur
PekerjaanAtlet badminton
Pasangan BereguAaron Chia
JurulatihRexy Mainaky dan Tan Bin Shen
Tangan UtamaKanan
Ketinggian185 cm
Berat Badan 73 kg
Akaun Media SosialInstagram @sohwooiyik
Facebook @wooiyiksoh
TikTok @sohwooiyik
X @sohwooiyik

Kehidupan Peribadi

Soh Wooi Yik sehingga kini berstatus bujang dan belum berkahwin. Beliau adalah anak kepada Soh Goon Chup dan Soo Boey Tjeng. Abangnya ialah Soh Wooi Liang.

Beliau juga merupakan anak saudara kepada Soo Beng Kiang iaitu pemain badminton negara yang pernah mewakili Malaysia dalam acara Olimpik dan berpasangan dengan Datuk Cheah Soon Kit untuk memberikan kemenangan pada Malaysia pada Thomas Cup 1992.

Kerjaya & Profesional

Soh Wooi Yik mula bermain lebih awal iaitu pada usia 4 tahun bersama bapanya yang merupakan bekas pemain badminton negara pada era 70an, Soh Goon Chup.

Atas dorongan profesional dari ayahnya, bakat Soh dapat diasah lebih awal dan beliau sudah bergelar pemain profesional sejak berusia 6 tahun!

Beliau telah menyertai acara antarabangsa lebih awal iaitu pada tahun 2012 dalam acara Smiling Fish International Series. Namun, beliau direkrut lebih lewat ke dalam skuad kebangsaan iaitu pada tahun 2017.

Chia dan Soh mula mewakili Malaysia sebagai pasangan beregu badminton sejak 2015. Ketika itu, mereka dipadankan bagi mewakili Malaysia untuk World Junior Championships 2016.

Berdasarkan portal BWF World Tour Finals, Aaron Chia setakat ini telah mencatatkan sebanyak 219 kemenangan sepanjang karier. Beliau di tangga ke-4 dalam ranking dunia untuk kategori beregu lelaki.

Pencapaian Soh Wooi Yik

Sebagai pemain badminton beregu, Soh Wooi Yik telah berjaya mendapat pelbagai anugerah dan pingat dalam arena sukan badminton tanah air. Berikut adalah antaranya:

Penghargaan:

  • Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) 2022

Pencapaian:

PertandinganKeputusanTahunAcaraTempat
Sukan Asia TenggaraEmas2019Beregu LelakiFilipina
Sukan Asia TenggaraPerak2019Pasukan LelakiFilipina
Kejohanan Berpasukan AsiaEmas2020Pasukan LelakiSelangor
Kejohanan Berpasukan AsiaPerak2022Pasukan LelakiFilipina
Kejohanan AsiaPerak2022Beregu LelakiFilipina
Sukan AsiaGangsa2022Beregu LelakiChina
Sukan KomanwelEmas2022Pasukan CampuranEngland
Sukan KomanwelGangsa2022Beregu LelakiEngland
Piala SudirmanGangsa2021Pasukan CampuranFinland
Piala SudirmanGangsa2023Pasukan CampuranChina
Kejohanan DuniaEmas2022Beregu LelakiJepun
Kejohanan DuniaGangsa2023Beregu LelakiDenmark
Sukan OlimpikGangsa2020Beregu LelakiJepun
Terbuka DenmarkEmas2023Beregu LelakiEngland

Fakta Menarik Mengenai Soh Wooi Yik

  • Ayah sauadaranya, Soo Beng Kiang adalah pemain badminton veteran yang pernah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu.
  • Mempunyai kebolehan bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Kantonis.
  • Pernah dilantik untuk menjadi duta beberapa jenama popular seperti 100Plus, Haier dan Platinum Victory.
  • Pernah dilantik sebagai Duta Anti-Scam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.
  • Pernah mencapai status No.2 dunia dalam sukan badminton beregu.
  • Merupakan sahabat baik kepada pemain badminton negara, Lee Zii Jia.

Tahniah Soh Wooi Yik! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @sohwooiyik
  2. Soh Wooi Yik. Badminton Association of Malaysia
Bantu kami share artikel ini: