Pernahkah anda dengar tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP)?
Untuk anda yang masih belum memiliki rumah, inilah peluang untuk anda memanfaatkan insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah!
Menarik kan?
Jom kami kongsikan lebih lanjut tenang Skim Rumah Pertamaku ini, khususnya bagi yang belum pernah memiliki rumah.
Apakah Skim Rumah Pertamaku?
Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.
Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia
Skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.
Secara ringkasnya, apa yang anda perlu faham adalah:
- Memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan
- Mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat
- Pinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad
Syarat-syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku
Apa pula syarat-syarat untuk memohon skim ini?
Menurut laman web rasmi SRP, syaratnya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah pertama
- Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
- Pemohon individu atau bersama
- Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
- Nilai harta tanah sehingga RM500,000
- Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
- Pembiayaan sehingga 110% *
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000
Cara Permohonan
- Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
- Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
- Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
- Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
Baca juga:
Bank-bank Yang Terlibat
Berikut adalah senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku.
Sila hubungi bank pilihan anda dalam senarai di bawah:
Affin Bank | 03-8230 2222 | |
Affin Islamic Bank | 03-8230 2223 | |
Alliance Bank | 03-5516 9988 | |
Alliance Islamic Bank | 03-5516 9989 | |
AmBank | 03-2178 8888 | |
AmBank Islamic | 03-2178 8888 | |
Bank Islam | 03-2690 0900 | |
Bank Muamalat | 03-2600 5500 | |
Bank of China | 03-2059 5566 | |
CIMB Bank | 03-6204 7788 | |
CIMB Islamic Bank | 03-6204 7789 | |
Hong Leong Bank | 03-7626 8899 | |
Hong Leong Islamic Bank | 03-7626 8900 | |
Maybank | 1 300 88 6688 | |
Maybank Islamic | 1 300 88 6688 | |
MBSB Bank | 03-2096 3000 | |
OCBC Al-Amln Bank | 03-8314 9310 | |
OCBC Bank | 03-8317 5000 | |
Public Bank | 1 800 22 9999 | |
Public Islamic Bank | 1 800 22 9999 | |
RHB Bank | 03-9206 8118 | |
RHB Islamic Bank | 03-9206 8118 | |
Standard Chartered Bank | 1 300 888 888 | |
Standard Chartered Saadiq Bank | 1 300 888 888 | |
United Overseas Bank | 03-2612 8121 |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku ini, sila rujuk Soalan Lazim di SINI.
Sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi SRP : https://www.srp.com.my/bm
- Telefon : +603-2262 1800
- E-mel: [email protected]
- Alamat: Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
- Muat turun brosur PDF: Brosur Skim_Rumah_Pertamaku_2022