Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT): Syarat & Cara Mohon

SPOT
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berita baik bagi usahawan dalam talian (online) kerana anda boleh memohon Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka

Keutamaan diberikan kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.

Jumlah pembiayaan

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini:

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal
  • RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)

Tempoh pembiayaan adalah Sehingga 60 bulan @ 5 tahun.

Artikel berkaitan: TEKUN eDokumen : Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Harga

Syarat asas permohonan SPOT

Hanya pemohon yang memenuhi syarat asas Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk pembiayaan ini:

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Dapatkan tips perniagaan dengan mendptkan buku ‘Business Like Muhammad

Cara mohon SPOT

Permohonan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di alamat https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Pertanyaan dan soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mngenai SPOT, sila hubungi pihak TEKUN:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut