Sudahkah anda mendaftarkan ibu bapa anda di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
Melalui program ini ahli SMUE bakal menikmati manfaat baucer beli belah RM100.00 pada bulan kelahiran mereka setiap tahun.
Dengan mendaftar skim ini, setiap ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 150 dan juga khairat kematian bernilai RM 500.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang skim ini dan bagaimana cara untuk mendapatkan manfaat melaluinya.
Apakah Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
Skim Mesra merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Ia merupakan program yang telah dijenamakan semula dari program Skim Mesra Usia Emas.
Ini lanjutan daripada pelaksanaan sebelum ini dimana nama Skim Mesra Usia Emas sering disifatkan sebagai program untuk golongan warga emas sahaja walaupun pada hakikatnya program ini turut dibuka untuk golongan OKU juga.
Oleh yang demikian, nama Skim Mesra kini menjadi nama utama bagi program ini, dan di bawah Skim Mesra, terdapat dua (2) program iaitu Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa yang menyasarkan dua (2) kategori golongan berbeza.
Skim Mesra Usia Emas kini akan menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja.
Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Setiap pemohon yang telah lulus pendaftaran Skim Mesra Usia Emas atau Skim Mesra Insan Istimewa akan dikira sebagai ahli Skim Mesra.
Setiap ahli Skim Mesra layak untuk menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.
Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150 yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup.
Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra.
Manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:
1. Baucar Beli-Belah Jom Shopping RM 150 (Manfaat Semasa Hidup)
- Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
- Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
- Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
- Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
- Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
- Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
- Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
- Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
- Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
- Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
- Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
- Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
- Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian
Syarat Kelayakan
Untuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; DAN.
- Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Bermula pada 1 April 2023 permohonan akan tertakluk pada syarat berikut :
- Warganegara Malaysia; DAN.
- Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE 2023)
- Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di e-mesra.yawas.my.
- Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
- Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
- Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
- Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
- Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), boring dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAU Pejabat YAWAS
*Sila rujuk video di bawah untuk penerangan lanjut:
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SMUE 2023:
# | Perkara | |
---|---|---|
1 | Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) | Muat Turun |
2 | Borang Permohonan Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS) | Muat Turun |
3 | Borang Tuntutan Khairat (SMUE) | Muat Turun |
4 | Borang Tuntutan Khairat (SMIS) | Muat Turun |
5 | Borang Tukar / Kemaskini Pewaris | Muat Turun |
6 | Borang Mastautin | Muat Turun |
Baca juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2023
Semakan Ahli & Penebusan Baucar Jom Shopping
Jika anda pernah mendaftar atau pernah mendaftarkan ibu bapa di bawah skim ini, sila buat semakan terlebih dahulu dengan memasukkan nombor kad pengenalan melalui pautan https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php
Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh dimuatturun di laman web tersebut atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.
MAKLUMAN TERKINI
Pemberian Baucer Jom Shopping Skim Mesra sudah diberi sepenuhnya oleh YAWAS bermula 3 Julai 2023.
Hari : Isnin – Khamis (Tutup hari Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
REHAT : 1.00 petang – 2.00 petang
Tempat: Ruang Legar Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam
Sila buat semakan terlebih dahulu di link ini https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php .
Jika sudah lulus jangan lupa untuk membawa kad pengenalan original untuk membuat penebusan baucer Jom Shopping ini okay. Jumpa anda di sana!
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.
E-mel : [email protected]
Alamat:
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor
Facebook : Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). Terdapat beberapa program bantuan yang telah di kendalikan oleh YAWAS, antaranya:
- 1) Iltizam Anak Selangor (i-Anas) – https://anas.yawas.com.my/
- 2) Program Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) – https://asuhpintar.yawas.my/web/
- 3) Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska Anak Selangor Anak Kita (PINTAS) – https://pintas.yawas.com.my/
- 4) Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) – https://tunas.yawas.my/web/
- 5) Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) – https://www.anisselangor.com/bantuananis
- 6) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) – https://e-mesra.yawas.my/mesra/
Untuk keterangan lanjut berkenaan program-program di bawah YAWAS boleh saya tekan link di setiap program yang telah disediakan seperti di atas atau boleh sahaja ke lawan sesawang YAWAS https://yawas.com.my/
Youtube YAWAS TV: https://youtu.be/5x_lS_Dyc3Q
.