Kini anda dapat menjimatkan masa menunggu di Jabatan Imegresen Malaysia dengan penggunaan Sistem Penggiliran atau QMS.
Penggunaan sistem baru ini selari dengan kemajuan teknologi yang mana individu yang mempunyai urusan dengan pihak Jabatan Imegresen boleh mengambil nombor giliran mereka secara digital.
Sistem Penggiliran (QMS)
Sistem Penggiliran (QMS) adalah aplikasi telefon pintar yang memberikan anda nombor giliran dengan mudah dan cekap.
Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi tertentu dan boleh terus mendapatkan nombor giliran mereka pada awal pagi sebelum datang ke kaunter Jabatan Imegresen.
Penggunaan QMS ini membolehkan pengguna merancang perjalanan dan tidak perlu berkerumun dan menunggu lama di pejabat Jabatan Imegresen.
Artikel berkaitan: MyOnline Pasport: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online
Kelebihan QMS
Berikut merupakan kelebihan menggunakan sistem penggiliran (QMS) berbanding kaedah lama di mana anda perlu datang lebih awal untuk mengambil nombor giliran secara manual:
- Tidak perlu menunggu lama: Dengan aplikasi ini, anda akan mendapat nombor giliran tanpa perlu beratur panjang. Jimatkan masa dan rancanglah jadual anda dengan lebih baik.
- Penyelarasan yang lancar: Sistem QMS memastikan proses perkhidmatan yang teratur dan lancar di pejabat kami. Anda akan dipanggil pada waktu yang ditetapkan, memberikan kemudahan yang sepenuhnya.
- Keselesaan dan kecekapan: Dengan menggunakan aplikasi telefon pintar ini, anda dapat menguruskan urusan dengan mudah dan cekap, membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
Promosi: Dapatkan buku passport untuk melindungi passport anda – dengan pelbagai pilihan warna menarik!
Cara akses dan guna QMS
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi QMS yang terdapat dalam telefon pintar anda sama ada di Apple App Store dan Android Play Store di bawah:
Pilih pejabat Imigresen, cawangan yang berkaitan dan dapatkan nombor giliran anda dengan satu sentuhan!
Pastikan anda memuat turun aplikasi ini dan bersedia untuk pengalaman yang lebih baik di Jabatan Imigresen Malaysia.
Syarat penggunaan
Pastikan anda telah membaca terlebih dahulu syarat-syarat penggunaan sistem penggiliran QMS: