Sistem Dokumen Pelaut merupakan sebuah sistem atau portal yang dibangunkan oleh Jabatan laut Malaysia untuk pelbagai fungsi yang berkaitan dengan jabatan tersebut.
Melalui sistem ini, segala urusan seperti verifiksi, permohonan dan banyak lagi boleh dilakukan di satu tempat sahaja, menjadikan segala urusan lebih efisien.
Sistem ini juga turut dikenali sebagai Seafarer Document System
Apa itu Sistem Dokumen Pelaut?
Sistem Dokumen Pelaut ini juga dikenali sebagai ‘Seafarer Document System’ telah mula di bangunkan oleh Kerajaan (Jabatan Laut).
Pembangunan ini melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Laut di peringkat Ibu Pejabat Laut berlokasi di Pelabuhan Klang yang bertanggungjawab terhadap proses-proses aktiviti dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelaut Dan Pelabuhan.
Sistem ini boleh diakses melalui pautan https://marine45.marine.gov.my/public/MYPage1.aspx
Sistem SDPx adalah sistem yang diwujudkan berdasarkan teknologi internet terkini serta pengalaman mengendali sistem-sistem Jabatan Laut yang sebelumnya iaitu SIS (JALIN) dan SDP.
Atas usaha Kerajaan meningkatkan perkhidmatan dan penyampaian kepada pelangganya Sistem Dokumen Pelaut telah beroperasi secara berperingkat bermula bulan Mei 2009 di beberapa pejabat pelabuhan seperti di Dayabumi, Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang, Pasir Gudang, Kuala Terengganu, Labuan, Kota Kinabalu, Labuan, Sibu, Kemaman dan Sandakan (Sumber dari MSN 4/2009).
Fungsi dan peranan
Sistem Dokumen Pelaut ini memberikan perkhidmatan dimana pelanggan boleh membuat permohonan secara talian samaada di rumah, pejabat atau Cyber Cafe dan ini dilihat mampu memendekkan tempoh menunggu di kaunter bagi satu-satu urusan.
Setelah beberapa bulan SDPx ini beroperasi, tempoh pengeluaran perakuan COC dan COR telah dipercepatkan dan ini amat mengembirakan pelanggan.
Satu lagi kelebihan yang pelanggan perolehi adalah kebolehsemakan secara talian terhadap status permohonan yang dibuat.
Pelanggan tahu setakat mana status permohonannya dan oleh itu boleh memaklumkan kepada bahagian pengurusan dan operasi kapal untuk tindakan dan keputusan selanjutnya.
Namun, bagi perkhidmatan Perjanjian Anak Kapal (Crew Article / Agreement) pelanggan merasakan perkhidmatan Sistem Dokumen Pelaut ini amat menyenangkan dan banyak membantu menjimatkan kos operasi pihak majikan seperti kos penggangkutan, penginapan, perjalanan dan sebagainya.
Jika dibandingkan dahulu, proses sign-on atau sign-off amat leceh dan membebankan terutamanya pada waktu malam. Kesemuan pelaut atau crew kapal yang ingin sign-on atau sign-off perlu hadir di pejabat pelabuhan secara individu bersama ejen dan master dengan dokumen-dokumen asal untuk semakan.
Artikel berkaitan: Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & Lencana
Permohonan dan semakan status
Melalui Sistem Dokumen Pelaut ini, pengguna boleh membuat permohonan dan semakan status permohonan untuk perkara-perkara berikut:
- Pendaftaran Pelaut
- Perakuan Kekompetenan (COC)
- Perakuan Kelasi Pengawasan (WKR)
- Perakuan Pengiktirafan (COR)
- Dokumen atau Sijil Keanggotaan Selamat
- Kelulusan Pengamal Perubatan
- Endorsan Latihan Khas (STE)
- Peperiksaan Lisan
- Pencari Kerja (untuk pelaut tempatan sahaja)
Untuk panduan atau manual penggunaan bagi urusan-urusan yang dinyatakan di atas, rujuk Manual Penggunaan di https://marine45.marine.gov.my/public/manual.pdf
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Sistem Dokumen Pelaut atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila emel ke [email protected]