Rekod Bacaan Buku SPLKPM: Format & Cara Menulis Sinopsis

bacaan buku splkpm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu untuk melakukan sinopsis buku SPLKPM bagi meningkatkan ilmu dan mata kredit dalam aplikasi Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui format dan cara menulis sinopsis dengan betul bagi memastikan sinopsis yang ditulis memenuhi standard yang ditetapkan.

Berikut diterangkan cara menulis sinopsis ini beserta perkara yang perlu diisi bersama sinopsis ini.

Mengenai SPLKPM

SPLKPM digunakan untuk mendaftarkan dan merekodkan mata e-pembelajaran SPLKPM.

Sebelum ini, sistem ini dikenali sebagai e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru), di mana ia telah ditambahbaik dengan mewujudkan sub modul CV dan sijil online.

Berbanding sistem terdahulu, sistem ini lebih memfokuskan latihan dan modul individu yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.

Maksud Sinopsis

Sinopsis ialah ringkasan keseluruhan penceritaan yang dibuat untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu cerita atau perkara dalam sesebuah cerpen, drama, atau novel.

Sinopsis sangat penting bagi pembaca untuk membuat penilaian tentang keseluruhan jalan cerita yang hendak disampaikan.

Oleh kerana itulah sinopsis yang baik ialah sinopsis yang mampu memberikan pembaca gambaran keseluruhan sesebuah cerpen, drama, atau novel tersebut.

Butiran Rekod Bacaan Buku SPLKPM

Butiran yang perlu ada bagi rekod bacaan buku seperti berikut:

  • Jenis bahan bacaan
  • Tajuk bahan bacaan
  • Penulis
  • Diterbitkan oleh
  • Bidang
  • Sinopsis
  • Nilai Pengetahuan
  • Aplikasi Ilmu dalam Organisasi
  • Bahasa Pengantara Bacaan
  • Bilangan Muka Surat
  • Tarikh Pembacaan

Cara Perekodan

Untuk merekodkan sinopsis di dalam sistem, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan http://splkpm.moe.gov.my
  2. Login seperti biasa
  3. Pilih P10: PEMBACAAN
  4. Klik “Tambah Aktiviti.”
  5. Isi semua butiran buku yang diperlukan

Contoh Sinopsis

i) Contoh 1

ii) Contoh 2

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perekodan ini, sila layari https://splkpm.moe.gov.my/.

Baca juga: SPLKPM : Login Sistem Pengurusan Latihan splkpm.moe.gov.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut