5 Cara Baiki Sinki Tersumbat di Yang Berkesan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Memang stres kalau sinki tersumbat dan air tidak turun-turun bila sedang basuh pinggan.

Namun, anda tak perlu risau. Di sini kami akan kongsikan beberapa cara mudah untuk atasi masalah sinki tersumbat di rumah anda.

Dengan kaedah yang betul, anda pasti dapat selesaikannya tanpa perlu memanggil tukang paip.

Ayuh kita semaknya bersama-sama.

5 Cara Atasi Sinki Tersumbat Dengan Mudah di Rumah

1. Cuba Plunger

Langkah pertama yang anda perlu lakukan bila sinki di rumah tersumbat adalah gunakan plunger atau pelocok sinki.

Setiap rumah wajib ada plunger untuk kes-kes kecemasan seperti sinki yang tersumbat.

Ada kalanya, sumbatan ini berlaku disebabkan ada sesuatu yang tersangkut dalam sinki atau saluran paip.

Jadi, plunger dapat membantu anda hasilkan tekanan dan sedutan untuk melepaskan sekatan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah gunakan plunger dengan betul dan pastikan tiada ruang kosong antara plunger dengan sinki.

Anda juga boleh gunakan high pressure plunger untuk selesaikan masalah sinki atau tandas tersumbat dengan lebih mudah di rumah.

2. Buang Halangan Guna Drain Snake

Selain plunger, anda juga boleh sediakan drain snake di rumah untuk atasi masalah sinki tersumbat. Drain snake adalah alat seakan wayar besi panjang untuk menembus dan menolak sampah dalam saluran paip.

sinki tersumbat
Sumber : Amazon

Ia juga sangat fleksibel dan boleh didapati sehingga 10 meter Panjang.

Cara untuk gunakannya juga tidak susah. Anda hanya perlu masukkan drain snake ke dalam lubang sinki dan tolak ke dalam sehingga terasa ada halangan.

sinki tersumbat
Sumber : Ryan Old Plumbing

Bila sudah terasa, anda boleh terus tarik atau tekan perlahan-lahan dan ulangi beberapa kali sehingga halangan tersebut tertanggal.

3. Gunakan Campuran Cuka dan Baking Soda

Bukan hanya untuk kegunaan dalam masakan, malah cuka dan baking soda juga boleh menjadi solusi bagi masalah sinki yang tersumbat.

Ia bukan sahaja berkesan, malah campuran cuka dan baking soda ini tidak seperti produk chemical lain yang mungkin mengakibatkan saluran paip terjejas atau rosak.

Sebelum mencampurkan dua bahan ini, ia akan menggelegak. Jadi anda perlulah ambil Langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.

Cara-cara untuk menggunakan dua bahan ini di sinki adalah seperti berikut :

Masukkan 1/3 cawan baking soda ke dalam lubang sinki dan biarkan seketika.

Tuangkan pula 1 cawan cuka di lubang tadi.

sinki tersumbat

Kemudian, tutup rapat lubang sinki untuk dapatkan kesan yang lebih kuat dan biarkan selama 15 minit

Akhir sekali, siramkan lubang tadi dengan air panas secukupnya untuk bersihkan sinki.

sinki tersumbat

4. Tuang Air Mendidih

Jika rambut, minyak dan mendakan sabun membuatkan sinki di rumah tersumbat, anda mungkin boleh gunakan air mendidih.

Caranya ialah didihkan kira-kira 2 liter air.

Tuangkan air mendidih secara berhati-hati di lubang sinki yang tersumbat.

Boleh ulangi proses ini beberapa kali sehingga berhasil.

Nota : Cara ini tidak sesuai untuk sinki yang disambungkan dengan paip PVC kerana air panas boleh merosakkan plastik.

5. Bersihkan P-Trap

Jika aliran air sinki tidak lancer, mungkin ada sesuatu yang tersekat di P-trap iaitu paip berbentuk sesiku di bahagian bawah sinki.

Ada kalanya, sisa makanan, minyak dan kotoran lain boleh tersekat di situ dan seterusnya menghalang aliran air.

Walau bagaimanapun, cara ini boleh menyebabkan bahagian sinki agak bersepah. Namun, anda tidak perlu risau.

Dengan persediaan yang mencukupi, anda pasti boleh lakukannya dengan baik. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  • Letakkan baldi di bawah paip untuk menangkap air dan kotoran yang keluar daripada P-trap.
  • Longgarkan penyambung P-trap yang memegang bahagian melengkung ke paip saliran menegak dan mendatar. Biasanya terdapat ‘slip nut’ pada kedua-dua hujung P-trap.
  • Keluarkan P-trap dan bersihkan paip daripada serpihan, kotoran dan sisa. Anda juga boleh periksa dengan menggunakan lampu suluh atau lalukan P-trap dengan air.  
  • Kemudian, pasang semula P-trap.
  • Hidupkan pair air untuk alirkan air ke dalam saluran.
  • Anda boleh rujuk video di bawah untuk penjelasan.

 Jika masalah saliran masih belum selesai, penyumbatan mungkin berada lebih jauh di dalam paip. Anda perlu kembali ke bawah sinki untuk mencari punca penyumbatan tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila sampai ke sana:

  1. Ulangi langkah untuk membuka P-trap.
  2. Keluarkan paip mendatar yang menyambungkan sistem ke dinding.
  3. Masukkan drain snake atau penyangkut baju ke dalam paip dinding. Apabila anda merasakan halangan, gunakan alat anda untuk menarik penyumbatan keluar dari paip.
  4. Ulangi proses ini sehingga semua kotoran atau halangan Berjaya dikeluarkan.
  5. Pasang semula paip dan P-trap, dan ketatkan penyambung dengan tangan. Perlu diingat bahawa penyambung tidak boleh dipasang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan keretakan.

Sinki tersumbat boleh menjadi masalah yang menjengkelkan. Namun, dengan langkah-langkah yang betul, ia dapat diselesaikan tanpa perlu memanggil tukang paip.

Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan sinki dengan tidak membuang sisa makanan atau minyak ke dalam saluran.

Jika masalah ini berlaku, cuba gunakan kaedah seperti menggunakan air panas, campuran baking soda dan cuka, atau alat plunger.

Semoga panduan ini membantu anda menyelesaikan masalah sinki tersumbat dengan lebih mudah dan efektif. Selamat mencuba!

Sumber : homeserve.com, renovate-rumah.com, rasa.my

Baca Juga : Warna Cat Luar Rumah yang Sejuk & Nyaman Sesuai Untuk Anda

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut